23
Jun

Rest in peace, sayang.

Filed in Kucing

I ada berita yang sedih. At least, sedih bagi pihak I sekeluarga dan pencinta kucing yang lain. Hari ini, kira-kira lepas Maghrib tadi, I kehilangan seekor anak kucing yang baru lahir kira-kira sebulan yang lepas. Sebak tengok saat-saat akhir dia dengan I, Mak dan adik. Perginya pun atas peha Mak. Nasib baik Mak perasan anak kucing tu dah lemah petang tadi. Sekarang, anak Kiki tinggal tiga sahaja. Macam kurang lengkap bila dah jadi nombor ganjil, kan?

Baby, tak sempat pun nak fikir nama. Baby mesti dah ada dekat syurga, kan? Baby doakan untuk kita sekeluarga tau. Kalau Baby jumpa Abah, mesti Abah nak jaga Baby. Tapi, Baby tak pernah jumpa Abah kan. Baby tak kenal siapa Abah kan. Haih, sebaknya hati I. Memang tak kuat langsung nak berdepan dengan sesuatu yang menyebabkan kematian atau kepergian. Dulu, masa arwah Abah meninggal dunia pun, I ego, cuba tak nak menangis depan orang, tapi semua tu bohong, ego lah macamana pun, memang tak boleh.

Bayangkan, kalau berhadapan dengan kematian, kita tak akan dapat tengok muka dia lagi buat selama-lamanya? Kita tak akan dapat dengar lagi suara dia buat selama-lamanya? Kita juga tak akan tengok lagi gelagat dia buat selama-lamanya, tak kiralah tengah marah atau gembira. Kan?

Sekarang I tak kuat, tapi orang mesti akan cakap, “Sabar, Rara”, yes I’m trying. Memang itu sajalah perkataan yang boleh digunakan untuk menenangkan seseorang atau sesuatu keadaan kan? Hidup, macam tu lah :(

11 Responses to “Rest in peace, sayang.”

  1. Munirah AbdNo Gravatar
    23Jun

    kucing i mati beberapa bulan lepas. mati yg sgt tragik. i xde di tpt kejadian. my angah mmg dah melalak terlolong abis dah mcm mati anak. family member yg lain menitik2x. ayah dan adik laki tlg kebumikan arwah kucing.pastu bila tgk album puteh dkt fb i melalak sorang2x dlm bilik T__T sanak saudara yg sememangnya rapat dgn puteh pun turut menangisi pemergian arwah puteh. sedihnya. ni tgk entry rara pun sedih teringat arwah puteh T_____________T
    Munirah Abd´s last [type] ..Idiots??

    [Reply]

  2. tiefazatieNo Gravatar
    23Jun

    sedihnye..
    aritue kucing ifa pun baru je mati..
    tapi mama kucing la..
    dah tua..
    xpe la..
    dah ajal die..

    [Reply]

  3. cik elinaNo Gravatar
    23Jun
  4. hudaNo Gravatar
    23Jun

    hari tu anak kucing bf I pun mati sbb bf I terpijak. mak dia pegi letak dia bawah selimut. Bf i tak nampak then terpijak. I tgk camne kucing tu menggelupur pastu darah terpancut2. wuuuu sedih oh terus menangis :((

    btw, out of topic jap, ok tak layout baru i hee :D
    huda´s last [type] ..Ini perempuan ke?

    [Reply]

  5. Huda LunaNo Gravatar
    23Jun

    i xtau nak cakap macam mana
    sbb bab2 macam ni i sedih T__T
    Huda Luna´s last [type] ..Jom main masak-masak Daging Masak Cili.

    [Reply]

  6. De'dinNo Gravatar
    23Jun

    x minat bela kucing..
    tpi suka tgk kucing yg comel2 :)
    De’din´s last [type] ..Pewiiiiiiitt

    [Reply]

  7. liyana azizNo Gravatar
    23Jun

    sis, x pela, dah ajal dia sampai situ, mesti de hikmah kenapa dia pergi dulu..
    liyana aziz´s last [type] ..ALAHAI, PASANGAN MUDA…

    [Reply]

  8. syidashukorNo Gravatar
    23Jun

    semua yang hidup pasti akan kembali (‘:
    syidashukor´s last [type] ..musnah harapan nak cuci mata lagi

    [Reply]

  9. kilaaaNo Gravatar
    23Jun

    sayang, i harap sangat u tabah.i lagi lah haritu.ingat kan baby2 yang krol bagi i tu.adik diaorg ada satu mati.i halfday semata mata nak bawak dia pergi klinik.lepas bawak, balik, bagi ubat.i tengok die makin lemah je.gile sedih lh.last last i baring tepi dia.tengok je muka dia.die tersedak sedak, last last mati.opismate i risau sangat tgk i nangis nangis tepi baby tu :( :sobs:

    [Reply]

  10. Piston PecahNo Gravatar
    23Jun

    dah tiba masanya untuk dia pergi kan?selamat tinggal….
    Piston Pecah´s last [type] ..Dia Wanita & Juga Terkuat Di Dunia

    [Reply]

  11. . ieqa .No Gravatar
    23Jun

    sedihnye. sob3
    bertabah selalu ye sis rara? :sobs:
    . ieqa .´s last [type] ..frust, frost, frist

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge
:j: :i: :h: :g: :f: :e: :d: :c: :b: :a: