25
Jun

Jaga diri baik-baik tau.

Filed in Random

Ini entri emosi, konon.

Lagi satu hari saja lagi, seorang gadis berusia 18 tahun, yang kadang-kadang menjadi seorang adik, seorang kawan, dan kadang-kadang menjadi seorang kakak bila I memerlukan nasihat dan pendapat. Gadis tersebut akan pergi meneruskan kehidupan baru di tempat baru, kembali kepada status lama iaitu sebagai seorang pelajar. Tapi dulu dia pelajar sekolah, dan mulai esok (26 Jun 2010), akan menjadi pelajar/penuntut di UiTM Segamat.

Sebagai seorang kakak dan kawan, I sangat gembira. Bukan senang untuk semua orang berpeluang sambung study dekat IPTA tau. Bila dia dah dapat, I tumpang bangga.

Mieya, walaupun kita tak ada sebarang pertalian darah daging, tapi kita rapat sangat. Walaupun kadang-kadang Kak Rara macam suka moody, suka merajuk, sensitif, tapi Kak Rara tak bermaksud tak sayangkan Mieya tau. Kadang-kadang Mieya terlalu manja, terlalu bergantung pada orang lain, Kak Rara memang akan tegur perangai Mieya tu. Sebab nanti, masa dekat alam kolej, Mieya tak boleh biasakan diri bergantung pada orang lain tau. Mieya kena cuba berdikari.

Kak Rara sayang Mieya tau. Nanti, kalau Mieya dah ada dekat sana, kena pandai pilih kawan. Boleh berkawan dengan semua orang, tapi berhati-hati. Sampai sana nanti, Mieya nilailah seseorang itu, sama ada boleh dibuat kawan ataupun tak. Jangan cepat percayakan orang selagi kita tak tahu hati budi dia macamana. Tahu?

Kalau dah ada keberanian sikit, meh lah naik bas, turun dekat Terminal Larkin, lepas tu Kak Rara ambil Mieya, bawak jalan-jalan. Hihi. Nak pergi Puteri Harbour? City Square? Jusco Tebrau? Semua pun boleh. Tapi sebelum tu Kak Rara kena call parents Mieya lah untuk minta izin. LOL. Parents Mieya mesti kasi izin kot kalau dengan Kak Rara? Yelah, kan Kak Rara ni anak sulung kan? Aik tetiba kan.

Rasanya tak banyak yang Kak Rara nak pesan sebab Mieya dah besar, Mieya pun lebih matured kot daripada Kak Rara (?). Ala, Mieya pun bukannya masuk sekolah teknik, Mieya masuk U, 24/7 boleh pegang phone. Nanti time dalam class, mesti Mieya curi-curi SMS Zul kan? I bet you’ll love your new life as student, baby. Sebab student life best tau. Dapat kenal kawan-kawan dari merata negeri, dapat dengar dialek lain-lain negeri, eii bestnya. Nak nak lagi dapat kawan dengan orang Utara, mesti comel.

Mieya, apa yang parents Mieya cakap “Tak boleh”, means “Tak boleh” jugak bagi Kak Rara tau? Jangan cuba nak buat apa yang “Tak boleh” tu senyap-senyap. Mama dah pesan duduk sana jangan ikutkan sangat kawan-kawan pergi sana sini, kan? Mungkin ada hikmah juga Mieya dapat dekat Segamat tu. Cuba bayangkan kalau dapat dekat Shah Alam? Maybe parents Mieya sentiasa risau kot? Hihi.

But, I trust you my dear. Mieya tak macam orang lain yang mudah terpengaruh, dan disebabkan itulah, Kak Rara sayang Mieya.

P/S: Siap sedia dengan sesi orientasi. Kak Rara tak surelah orientasi dekat U macamana, teruk tak? Kak Rara dulu masa masuk college, teruk juga kena -______-” Habis orientasi terus demam seminggu tak larat nak bangun. Tidur pukul 2.30am, kena bangun pukul 5am. LOL. Jahat betul Faci tu. Eii.


22 Responses to “Jaga diri baik-baik tau.”

  1. saya nak masuk universiti nanti, takde nak bagi entry jaga diri ke jugak?? hehe tak malunya saya :p

    tahniah cik mieya sbb dapat lanjutkan pelajaran… moga dapat anugerah dekan selalu hehehehe
    Fitrihadi.com´s last [type] ..Logo Baru Fitrihadi.com

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @Fitrihadi.com, copppp bila nak masuk? eleh degree kan? dah pernah masuk kan? mengada nak mintak entri. :P hihihi.

    harapnya macamtu lah, setiap sem DL kan best. jangan jadi macam kakak dia ni ekekeke

    [Reply]

    Fitrihadi.comNo Gravatar Reply:

    @Rara, hehe sajewrr naks menggedix skix :p

    a’ah bertuah sapa dapat DL.. saya tak pernah dapat pun…adoiii
    Fitrihadi.com´s last [type] ..Logo Baru Fitrihadi.com

    [Reply]

  2. AyongQielaNo Gravatar
    25Jun

    mieya mieya, be a good girl ok kt sana. ape ckp rara tu betul jgn cpt terpengaruh. pandai pilih kawan ye syg. we all love u :D
    AyongQiela´s last [type] ..Please lah Celcom

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @AyongQiela, yes we all love Mieya kan babe? and and i love you too :heart:

    [Reply]

  3. ChybeeNo Gravatar
    25Jun

    all the best mieya! hehe…suke tgk relationship korg :)

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @Chybee, marilah kita ber’relationship’ secara dekat juga =))

    [Reply]

  4. MieyaNo Gravatar
    25Jun

    Ya Allah, Kakrara dah buat mieya nangis. Kenapa kakrara selalu buat mieya menangis terharu dengan entry kakrara? Kenapa kenapaaaa? *Ni entry emosi kan so mieya nak emosi jugak* LOL.

    First of all, mieya nak say thanks banyak² sebab buat entry ni untuk mieya. Mieya terharu. Terharu sangat! Sampai mieya taktahu nak cakap apa.

    Macam yang Kakrara tahu, ni first time mieya berjauhan dengan family. So memang dari sekarang kena belajar dan kena pandai berdikari. Lepas ni semua pun kena buat sendiri. Kalau sakit pun kena bawak diri sendiri pergi klinik, bukan lagi abah dan mama yang bawak kan :sobs:

    Cakap pasal kawan, ni yang mieya takut. Mieya takut tak boleh nak get along dengan orang. Lepastu takut tersalah pilih kawan. Mana tahu muka baik, tapi niat tak baik? Tu paling mieya takut.

    And and kalau kakrara nak tahu, semalam and hari ni mama dah bagi ceramah dekat mieya. Ceramah tentang apa boleh buat, apa yang tak boleh buat. Lepas tu mama tunjuk semua cara macam mana nak letak baju, sorok duit, tampal ayat² kursi. Hihi kelakar sangat. Tapi mieya tahu mama buat semua tu sebab mama sayang mieya =’)

    Jangan cakap tentang keberanian dengan mieya sebab mieya memang berani. HAHA. InsyaAllah, kalau ada masa mieya akan datang tempat kakrara. Kalau mieya bawak sepupu mieya takpe kan? Lepastu boleh kita tidur sesama, makan sesama, mandi sesama. Opps! :hikhik:

    Memang ada hikmahnya. Supaya mieya tak merayau, tak keluar selalu. Supaya mieya tumpukan perhatian pada pelajaran. Serious mieya macam eksaited nak masuk U, tapi dalam masa yang sama mieya berdebar-debar. Wuu.

    Again, thank you so muchhhh! Jangan lupa mieya tauu lagi² bila kita dah jarang berhubung sebab mieya busy ke apa kan. I love you kakak! Will always do. *hugs and kiss* :heart:
    Mieya´s last [type] ..Protected: Taktahu nak buat macam mana lagi dengan hati ni

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @Mieya, eleh baru macam ni dah nangis. nanti dekat sana takkan nak nangis bawah bantal kot? =P

    Mieya kena kuat, tak kira apapun jadi, tak kira apapun alasan, mieya kena kuat tau. and kalau sakit pun kena kuat, mieya kena uruskan semua sendiri. itu untuk sementara tau mieya. macam kakrara ni? dulu sakit je, arwah Abah jelah yang diharapkan untuk bawa klinik/hospital tau. tapi sekarang? semuanya kakrara kena uruskan sorang-sorang. orang lain sakit pun kakrara jugak yang kena uruskan T____T kakrara kena buat sorang-sorang sampai bila-bila pulak tu. ha.

    okay kakrara tunggu masa tu nanti bila mieya datang rumah ni tau =) sesekali ajak jugaklah family mieya. kot nak berkelah dekat kota tinggi ke (kakrara sendiri tak pernah berkelah dekat desaru tu ha) ekekeke.

    dekat sana pun, life boleh tahan juga. kakrara tengok student sana selalu buat camping dekat gunung ledang tau. kalau macamtu, apa salahnya mieya pergi kan? untuk release tension study sekali sekala okay =D

    welcome sayang, kakrara takkan lupakan mieya sampai bila-bila. keep in touch tau. i love you. err i mean, we all love you, dear ^_____^

    [Reply]

  5. hailoh =.=” seronoknya dapat kakak mcm kak rara. sy tak ada kakak so tak ada sape nk syg sy mcm sy ni sbg adik. huuuu ~
    mysara newrie´s last [type] ..[Video] Mari Berhahahahahahahahah Dengan Saya ! :D

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @mysara newrie, alololo tak baik cakap macam tu. teehee ;-) boyfriend ada kan?

    [Reply]

  6. hudaNo Gravatar
    25Jun

    wah u dah jumpa dia babe? nk meet both of u ! hehehe
    huda´s last [type] ..Ini perempuan ke?

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @huda, dah, dua kali. jumpa family mieya sekali =) meh meh jom jumpa hihi

    [Reply]

  7. ery fariehaNo Gravatar
    25Jun

    heh
    i yg bce pun terharu
    sob3.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @ery farieha, aik aik terharu ke? i macam buat nak suruh orang gelak sebenarnya, tak boleh sebab menaip penuh emosi T____________T

    [Reply]

  8. nurullNo Gravatar
    25Jun

    gudluck baby mieya.. kak nurul doakan yg terbaik utk mieya.. mcm kak rara cakap.. pandai2 pilih kawan.. life kt uni ni tak sama dgn sekolah.. semua kita sendiri.. pandai2 kne uruskan masa.. mmg biasa lah kalau dah last2 week tuh mcm nak 48jam sehari.. tp kalau pandai manage 24hours yg dh diberi you can handle it.. oke darl.. love yah..

    rara.. touching sob sob lak bce ni.. ye laa.. mieya ni kn dah mcm adik kesayangan kita… :sobs: :sobs:
    nurull´s last [type] ..10 hari tanpa cinta

    [Reply]

  9. nak nanges boleh? T________________T

    [Reply]

  10. Liyana LNo Gravatar
    25Jun

    alahai tiba tiba rasa jeles sebab u siap buat entry utk budak bushuk bacin tu T________________T jelesss. HAHA btw btw mieya sygg, hati2 dekat UITM tauu, kene cari kawan betul2 punyaaa and dont worry kiteorg smua syg mieya. and semua lh adik2 yang disayangi semua :heart:
    Liyana L´s last [type] ..5 Tips efektif menyelesaikan masalah rumah tangga (?)

    [Reply]

    Liyana LNo Gravatar Reply:

    @Liyana L, haaaaaaaa nak merajuk lah sebab tak letak gambar i sekali LOL tiba tiba nak juga hahaa :haha:
    Liyana L´s last [type] ..5 Tips efektif menyelesaikan masalah rumah tangga (?)

    [Reply]

  11. FeezMiorNo Gravatar
    25Jun

    Heh, lps ni hilang lg sorang kwn twitter. dah tak boleh bertwitter sgt eh mieya.. concentrate dkt stdy.bila otak jem baru laa boleh start twitter..

    Mieya jg diri baik2.. pentingkn apa yg penting. jgn abaikan kepercayaan parent Mieya okeh..

    Good luck!
    FeezMior´s last [type] ..Penjara Pudu Dalam Kenangan

    [Reply]

  12. nanieNo Gravatar
    25Jun

    gud luck mieya..
    untung ada sister yg syg :lalala:
    nanie´s last [type] ..Ok tak header baru saya?

    [Reply]

  13. weenNo Gravatar
    25Jun

    sweet :) both of u kenal through blogging kan? good luck mieya!
    ween´s last [type] ..Fashion pick: owl pendant

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge
:j: :i: :h: :g: :f: :e: :d: :c: :b: :a: