Jun
Gerhana bulan dan cara solat sunat gerhana
Assalamualaikum.
Malam tadi lebih kurang pukul 8.30pm – 26 Jun 2010, I dapat tahu dari Eyra & Lizarazak, gerhana bulan sedang berlaku. I rasa macam teruja nak tengok sebab selama ni macam tak pernah tengok. Alhamdulillah, I dapat tengok dengan jelas dari rumah, sekitar Bandar Nusajaya, Johor Bahru. Kagumnya I tengok, bulan tu nampak penuh tapi separuh daripadanya gerhana. Subhanallah, kuasa Allah SWT.


Gambar tak jelas sebab I cuma ada camera baby E72, yang tak mungkinlah dapat zoom dan memberikan hasil yang baik macam DSLR. Siapa pernah dengar, orang tua dulu-dulu ada pesan;
Semasa gerhana bulan separa berlaku, kalau perempuan mengandung tak perasan, nanti anak dia lahir muka separuh gelap, separuh cerah. Kalau nak elakkan, perempuan tersebut mesti mandi bawah tangga. Dan jangan lupa, buat solat sunat gerhana.
Wallahualam. I taktahu sejauh mana kebenarannya. Tapi kalau dah tahu gini, kita patutlah elakkan, kan? Contohnya macam kalau perempuan makan ubah-ubah tempat, nanti kahwin banyak. LOL, itupun I memang tak berani langsung lah nak buat. Kita percaya berdasarkan pengalaman orang dulu-dulu. Kadang tu ada betulnya, kan? Tapi kalau orang tua-tua kata tak elok mengadap cermin malam-malam, I tak buat sangat sebab nak telek jerawat dekat muka -_____-”
Masa gerhana bulan separa tadi, Mak Mah ada call Mak. Mak Mah suruh buat solat sunat gerhana. Tapi I period T______T You guys tahu tak macamana nak solat sunat gerhana ni? Okay meh sini I kongsikan cara-cara solat sunat gerhana.
Niat solat sunat gerhana bulan ;
أصلي سنة خسوف القمر ركعتين لله تعالى
Sahaja aku sembahyang sunat gerhana bulan dua rakaad kerana Allah تعالى
Niat itu hendaklah di dalam hati.
Sekurang kurang solat sunat gerhana seperti solat sunat zuhur.
Sekurang kurang sempurna hendaklah disembahyangkan dua rakaad dengan dua kali rukuk dan dua kali berdiri pada tiap-tiap rakaad dan tidak dipanjangkan bacaan padanya.
Yang paling sempurna disembahyangkan dua rakaad dengan dua kali rukuk dan dua kali berdiri pada tiap-tiap rakaad dan dipanjangkan bacaan pada tiap-tiap rakaad.
Cara yang paling sempurna hendaklah seorang itu
- Takbiratul ihram beserta dengan niat
- Baca doa iftitah
- Baca أعوز بالله
- Baca Al-Fatihah
- Baca surah Al-Baqarah sehingga selesai
- Rukuk dengan membaca tasbih sekadar seratus ayat daripada surah Al-Baqarah
- A’tidal iaitu bangkit dari rukuk
- Baca Al-Fatihah
- Baca surah Ali Al-Imran
- Rukuk kali kedua dengan membaca tasbih sekadar lapan puluh ayat daripada surah Al-Baqarah
- A’tidal iaitu bangkit dari rukuk
- Sujud dengan membaca tasbih pada sujud sekadar seratus ayat daripada surah Al-Baqarah
- Duduk antara sujud serta baca bacaan antara dua sujud
- Sujud yang kedua dengan membaca tasbih pada sujud sekadar lapan puluh ayat daripada surah Al-Baqarah
- Berdiri pada rakaat kedua
- Baca Al-Fatihah
- Baca surah An-Nisa hingga selesai
- Rukuk dengan membaca tasbih sekadar tujuh puluh ayat daripada surah Al-Baqarah
- A’tidal iaitu bangkit dari rukuk
- Baca Al-Fatihah
- Baca surah Al-Maidah
- Rukuk dengan membaca tasbih pada sujud sekadar lima puluh ayat daripada surah Al-Baqarah
- A’tidal iaitu bangkit dari rukuk
- Sujud dengan membaca tasbih pada sujud sekadar tujuh puluh ayat daripada surah Al-Baqarah
- Duduk antara sujud serta baca bacaan antara dua sujud
- Sujud dengan membaca tasbih pada sujud sekadar lima puluh ayat daripada surah Al-Baqarah
- Duduk bagi membaca tasyahud akhir
- Memberi salam
Info :
- Apabila berlaku gerhana sama ada gerhana itu sebahagian sahaja atau keseluruhan disunatkan sembahyang bagi mereka yang bermukim, musafir, merdeka, hamba, lelaki dan perempuan.
- Sembahyang sunat gerhana adalah sunat muakad
- Masuk waktu sembahyang gerhana matahari dengan permulan melindungi bulan akan matahari. Habis waktunya dengan taida lagi permukaan matahari yang terlindung dengan bulan atau jatuh matahari dalam keadan gerhana.
- Masuk waktu sembahyang gerhana bulan dengan permulan masuk bayang bayang bumi pada bulan, dan habis waktunya dengan tiada lagi bayang bayang bumi pada permukaan bulan atau dengan naik matahari. Tidak habis waktunya dengan naik fajar atau jatuh bulan pada malam dalam keadan gerhana.
- Solat gerhana yang kurang akmal (sempurna) seperti ini juga, hanya pendekkan bacaan surah dan kurangkan tasbih pada rukuk dan sujud.
- Sunat dibaca nyaring pada bacaan fatihah dan surah semasa solat gerhana bulan, tidak disunatkan baca secara nyaring pada sembahyang gerhana matahari.
- Setelah selesai sembahyang disunatkan membaca khutbah seperti dua khutbah hari raya, tetapi tidak disunatkan takbi pada dua khutbah itu.
Credit: Almalakawi


27Jun
i pon period =(
Huda Luna´s last [type] ..Nasi Lemak Daun Pisang
[Reply]
Rara
Reply:
June 27th, 2010 at 00:23
@Huda Luna, eh sama ye? u dah hari ke berapa yayang?
[Reply]
27Jun
i tak dapat tengok sebab rumah terlindung T_____________T and i juga mestruasi LOLO :oh:
Liyana L´s last [type] ..5 Tips efektif menyelesaikan masalah rumah tangga (?)
[Reply]
Rara
Reply:
June 27th, 2010 at 00:33
@Liyana L, hoi keluar dari rumah pun tak dapat tengok? :( i tengok daripada tingkap bilik pun nampak hoi. syukur sangat. eh sama juga? Alololo bestfriend memang selalu kena same time kan?
[Reply]
27Jun
Bagusnya rara u buat info² mcm ni *thumbs up*
i taktau pun semalam gerhana bulan. melepas nak tgk :sobs:
ei. comel gila sponge bob bwh ni. :aww:
taz´s last [type] ..Orang reunion dia pun nak jugak Amboiii
[Reply]
Rara
Reply:
June 27th, 2010 at 00:38
@taz, Thanks babe =) I just share info je, mana tahu kan ada yang memang nak cara-cara solat gerhana ke.. eh taktahu ey? itulah, kena selalu alert dengan Twitter, perkembangan apa-apa cepat je tahu, lebih cepat daripada berita TV.
:wink:
[Reply]
27Jun
ni konspirasi ke apa?
si piston pecah pun mms i td gmbr bulan JB td :(
mencikkk! HAHHAAHHA tp puas hati.
clear nampak.
korang dah tgk kan pon ckup lah hahaha
[Reply]
Rara
Reply:
June 27th, 2010 at 00:55
@syahirah sabri, aik aik, itu lagilah awal punya berita tu. KAH KAH KAH. siap MMS bagai, memang sengaja betul hoi. ini bukan konspirasi sama sekali! :P
ehem meh sini meh pindah JB duduk rumah i. LOL.
[Reply]
syahirah sabri
Reply:
June 27th, 2010 at 10:51
@Rara, mencik lah sebab berita minggu hari ni pun tunjuk gambar gerhana semalam dari johor punya. kan dah cakap johor je nampak jelas. pantai timur hujan! hahahahahah
[Reply]
Rara
Reply:
June 27th, 2010 at 11:15
@syahirah sabri, eh serious? ala i tak beli pun newspaper hari ni. sebab baru bangun HAHAHA T_________T pantai timur hujan ye? ooo JB baru pagi tadi hujan pulak, masa tengah sedap tidur.
[Reply]
27Jun
alaa tak dapat tgk :(
mira.abdrahman´s last [type] ..eh- sama laa
[Reply]
Rara
Reply:
June 27th, 2010 at 01:06
@mira.abdrahman, alaaaaaaa :’(
[Reply]
27Jun
[...] This post was mentioned on Twitter by raracandyfloss, raracandyfloss. raracandyfloss said: Gerhana bulan dan cara solat sunat gerhana http://bit.ly/9kBnyZ [...]
27Jun
haha..bulan yang aku tangkap tu ker bulannya @neyrashzeyra?..haha…yang nie lagi jelas ea rara..ish,best taw guna e72..nak carik pas nie..
Piston Pecah´s last [type] ..Love Vs Marriage
[Reply]
syahirah sabri
Reply:
June 27th, 2010 at 10:52
@Piston Pecah, hahahaha sila. aku kan dah pengaruh kau smlm suh beli E72 jugak jangan beli BB kahkahkah
rara, i siap suh mamat ni refer blog u kalau nak tgk review E72 wakakak
[Reply]
Rara
Reply:
June 27th, 2010 at 11:17
@syahirah sabri, bagus. BB camera is not good enough. kira macam okay-okay je. haaa. tapi kalau tak kisah camera, go for BB lah, senang nak online kot. btw, online guna e72 pon best =)
[Reply]
Rara
Reply:
June 27th, 2010 at 11:16
@Piston Pecah, lagi jelas ke? kira okay okay lah nampak juga separuh sikit dia tu, tapi yang gerhananya tak nampak. LOL. carilah sekarang buat apa lepas ni KAH KAH KAH
:hikhik:
[Reply]
syahirah sabri
Reply:
June 28th, 2010 at 04:27
@Rara, seriously, PUAS HATI. online pon laju je
[Reply]