Jun
Celcom Blue Bear ; England eh Englbear
Siapa ada beruang biru?
Wekkk siapa takda padan muka. Hihi. I ada, I ada (Muka berlagak tahap minta kena terajang lima perpuluhan lima kali tanpa belas kasihan). Sekarang ini musim bola, ke mana-mana orang bercerita tentang bola. Eh eh, I tak tahu apa-apa pasal bola. Tapi sebab Syafi kata dia adalah penyokong England, maka I pun menjadi penyokong England secara tiba-tiba. Macam dia sokong Chelsea, I pun tiba-tiba sokong Chelsea, LOL.
Kalau Yiyin ada beruang biru Germany, I pula ada beruang biru England.

Aik aik? Macamana I dapat blue bear England pula sedangkan sepatutnya blue bear England dah takda? Sekarang ini kan hanya ada blue bear Germany? Heh heh. I kan terror, apa yang I nak, mestilah I dapatkan juga. Kata pun menjadi penyokong England takkanlah I nak terima blue bear Germany pula kan? Takkanlah I nak kepit juga blue bear Germany dekat celah ketiak?


Englbear ; comelnya. Size dia takdalah besar sangat tapi not bad lah. At least bukan senang nak dapat blue bear ni, kalau prepaid kena topup RM30 (itupun tak confirm dapat). I pula mendapatkannya dengan tiba-tiba tanpa disangka. Call Celcom, nak tambah volume 5gb untuk broadband, eh tiba-tiba operator tu cakap;
“Cik, boleh bagi nama penuh, nombor IC dan nama ibu?”
“Okay, nama saya Zaiton Sameon (tipu), nombor IC 010101-10-1001, nama ibu Siput Sarawak (tipu)”
“Eh? Sedapnya suara cik!”
“Ha? Mana ada” -Malu
“Okay, cik. Sekejap lagi saya akan bagi message untuk redeem blue bear dimana-mana cawangan Celcom ya”
“Oh, betul ke ni?”
“Ya, cik. Cik boleh bagi redeem code tu dekat mana-mana cawangan Celcom”
Itulah dia. Itulah. I malas betul kalau telefon orang, lepas tu orang tu mesti cakap suara I sedap lah, merdu lah. Dan paling teruk, I pernah call McDonald delivery. Eh, lepas dah letak call tu, dia sibuk pula ambil nombor telefon I dan siap SMS malam tu, cakap nak berkenalan. Kalau I buat report macam menganggu orang ke, ambil nombor telefon orang daripada tempat kerja (yang sepatutnya nombor telefon dirahsiakan), agak-agak boleh saman McDonald tu kot? T__________T Heh, lepas itu I terus maki dan ugut dia jangan ganggu I lagi kalau tak nak kena buang kerja.

Siapa pakai Maxis? Ada ke bear comel macam ni? HAHAHAHA. Digi pun ada orang kuning comel. Blue bear Celcom pun lagilah comel. Ehem. Mieya, cepat pakai Celcom jom. Haishhh, jersey blue bear ni kan, kalau dapat semua kan best! Actually, Syafi pun ada dapat redeem code tapi I tak boleh collect untuk dia. Celcom nak minta tengok IC lah hapa, mengada betul :(
And and, redeem code tu valid selama tujuh hari sahaja ya.



18Jun
Alaaaa jelez lah macam ni semua pun nak buat entry pasal bluebear. :sobs: Mieya nak buat entry pasal bear yg zul bg boleh? :haha:
Mieya´s last blog ..Kenapa saya sayang dia?
[Reply]
Rara
Reply:
June 18th, 2010 at 14:17
@Mieya, hahaha YAHOOOOOOO sebab mieya jeles :p eleh eleh, mana boleh, tak samaaaa :p karang kalau kakrara tunjuk semua bear yang Syafi bagi baru tahu karanggggg
:woo:
[Reply]
18Jun
aikkk? macam mana ada england ni? ini macam nak cari gaduh sama itu minachi sbb dia cakap germany saja ada T_________T
eh eh mieya dh beli broadband ke belum? kalau belum beli lah celcom, 5gb utk student price tauu. kalau digi 3gb and maxis 2gb sahaja :D bulan bulan rm50.
eh ni belog mieya ke rarawkus ni? hihik :heart:
(syggg, jodohkan englbear dengan bearmany jommm )= :muah:
Liyana L´s last blog ..FIFA World Cup 2010 Germany.
[Reply]
Rara
Reply:
June 18th, 2010 at 14:48
@Liyana L, hahahaha memanglah susah sikit nak dapat T__T sebab memang sekarang ni germany saja kan? england punya keluar 17 Jun tahun lepas tau. nasib baik ada, tak kecewa hati i. tsk.
eh eh mieya belum beli broadband, dia macam tak jadi lagi, nanti dah ada dekat sana baru fikir nak beli. harapnya dia beli celcom lah sebab 5gb. kalau maxis and digi bandwidth dia sikit sangat padahal harga sama. lagipun maxis and digi ada certain tempat je coverage bagus. celcom kan lebih meluas teehihi.
ni blog mieya (tiba-tiba). ehem bearmany tu jantan ke betina? englbear jantan tau. kekeke ;p
[Reply]
18Jun
rara, nak tanye lah camne eh nk tambah volume broadband, monthly tambah berapa rm eh?
[Reply]
Rara
Reply:
June 18th, 2010 at 14:49
@shakirah, kena call celcom center then cakap je nak tambah volume gb. tak silap i, kalau tambah 1gb, RM5. 5gb, RM20. I ambil yang 5gb je, rumah I ni pakai celcom broadband tapi sambung ke wifi, so kena pakai 15gb sebulan T_____T
[Reply]
18Jun
i got my own bluebear kat rumah lah sayang, besar pulak tu.hehe
kalah you punya
With Love,
HazzySuperb
[Reply]
Rara
Reply:
June 18th, 2010 at 15:19
@Hazzy, eleh eleh. kita pun ada juga yang besar punya bear , dua lagi. :P
[Reply]
Hazzy
Reply:
June 18th, 2010 at 15:21
@Rara, tapi you tak de bluebear besar.hahaha.
tak mo kalah jugak ni ;P
Hazzy´s last blog ..Beza antara Cupcake dan Muffin
[Reply]
Rara
Reply:
June 18th, 2010 at 15:21
@Hazzy, bluebear yang mana? yang macam dekat atas ni ke? tapi yang besar? aha tak faham ;p
[Reply]
18Jun
bukan yang diatas, sendirian berhad punya, kaler biru.
hehe
[Reply]
Rara
Reply:
June 18th, 2010 at 15:24
@Hazzy, lol. lagilah tak faham. apa sebenarnya ni? kita cerita pasal apa ni? T_____________________T
[Reply]
18Jun
adoi lah, cuma nak bagitau that i got my own bluebear bukan dari celcom. tu je. HAHAHA.
lama2 terus jadi pening. :haha:
Hazzy´s last blog ..Beza antara Cupcake dan Muffin
[Reply]
Rara
Reply:
June 18th, 2010 at 15:33
@Hazzy, err? kalau camtu, rara pun ada. banyak gila.
[Reply]
18Jun
ala kuci kuci bear biru comel. come to mama. haha~
[Reply]
18Jun
rara, sy pun ade bluebear. but i got it from my kezen,
die buat keje gila.
kasi sy bear xde mata!
but i lov it, sebab soft sgt.. :muah:
nona nad´s last blog ..Dah setel. Jom ikut saya jalan-jalan. Sebelum tu, nak refreshkan korang dengan Sesi Perkenalan Diri.
[Reply]
18Jun
jelesnye lily! nak jugak.. ehehe.. lambatnye leh tambah additional volume ni….
:huh:
lily´s last blog ..Sembahyang Hajat kat Masjid.
[Reply]
18Jun
Ehem, Cik Siput Sarawak? ahagahaha :wink:
Lisa´s last blog ..Jom follow blog baru!
[Reply]
18Jun
tunggu jela double A balik sure bear biru diorang bawa balik KL :haha:
eh nak komen pon suh kira tambah darab bahagi…
cujie´s last blog ..Pulau Mutiara
[Reply]
18Jun
[...] Center dulu nak redeem blue bear. Niat asal nak redeem dua lagi blue bear selepas kita redeem Englbear ini. Eh tapi tiba-tiba kan, Syafi forward message yang dia dapat code untuk redeem blue bear jugak. [...]