May
Walimatul Urus
Hari kedua dekat KL. Awal pagi dah dikejutkan untuk bersiap ke wedding abang Jiera. Well, tujuan utama I ajak Mak pergi KL adalah untuk pergi wedding ni la. Kalau takda alasan yang kukuh macamni, jangan haraplah Mak nak naik KL sesuka hati. Yelah, Mak kan ada tanggungjawab untuk jaga Nenek. Kalau Mak tak nak pergi pun, I make sure I akan pergi jugak walaupun sorang heh. Sebab? Nak jumpa kawan-kawan. Hihi.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kau satukan hati kedua mempelai ini seperti mana Engkau satukan Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan sepertimana Engkau satukan hati junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khatijah. Kami memohon dan restuMu, berkatilah majlis ini dan lindungilah agar ia berada dalam keadaan yang sempurna. Semoga jodoh pasangan ini, Ahmad Shaiful & Izatul Haziral berkekalan sehingga ke akhir hayat, di dunia dan akhirat serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Semoga kehidupannya dipenuhi Al-Muwaddah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tahniah kepada abang Jiera (Epul) dengan isteri (Iza). Selamat pengantin baru. Majlis meriah sangat walaupun kenduri ni bagi pihak lelaki. Sama-sama polis lah katakan, mestilah nak buat yang paling terbaik kan. Untungnya, dah tentu-tentu ada kerja tetap, I mean, dua-dua government, terjaminlah masa depan kan.

Dari kiri: Ira, Jiera, Rara & Mira (Mia)
Treng trenggg. Akhirnya jumpa jugak kitaorang berempat ni. I rasa last time kitorang jumpa berempat secara serentak macam ni adalah tahun 2006. Haaa, dah empat tahun! Yang paling susah nak jumpa mestilah Ira, since dia dah pindah Kajang, lepastu sambung study dekat Pasir Gudang, memanglah susah nak jumpa kan T___T Pernah dua kali je Ira datang rumah I dekat JB ni ha. Jiera dengan Mia pulak masing-masing pernah datang sekali je. Tapi okaylah as long as diaorang dah pernah datang rumah I kan. Kitaorang berempat ni memang dari zaman sekolah lagi, tak pernah terpisah, mesti berempat jugak. Tapi bila dah habis sekolah, faham-fahamlah masing-masing sambung belajar, tempat lain-lain pulak. Ira dekat Pasir Gudang, Jiera dekat Kedah, I dekat KL tapi lepas tu kena pindah JB pulak, Mia dekat Kelana Jaya T_____T

Peduli apa I kalau nak cakap bulu kening I bersepah, asalkan original heh HAHAHA

Mia, kau cukur bulu kening tak? T_________T


26May
cantik laa pelamin.. terus jatuh cinta..
.-= FeezMior´s last blog ..Coretan Trafik Minggu Lepas =-.
[Reply]
Rara
Reply:
May 26th, 2010 at 14:55
@FeezMior, haah cantik kan. dah lah belah lelaki, tapi pelamin macam belah perempuan. eii bestnya :house:
[Reply]
26May
aik aik kenapa tiba tiba cakap bulu kening ni? HA HA HA eleh bukan nampak pun bulu kening bersepah pun ;p
btw sama lah dah empat tahun tak jumpa budak kelas i masa dkt sekolah dulu. :D
.-= Liyana´s last blog ..Cita² saya musnah selepas isu crocs berinspirasi kalimah allah. =-.
[Reply]
Rara
Reply:
May 26th, 2010 at 14:57
@Liyana, hahaha sebab pasal entri u la. ramai ingat i cukur bulu kening tau, since sekolah asyik kena tahan dengan cikgu lepastu kena tanya “awak cukur bulu kening ke?” T____T
eh eh ini bukan budak kelas i tau. i tak sekelas dengan diaorang pun. kelas lain-lain, tapi masa rehat mesti bersama :p balik sekolah mesti lepak depan rumah jiera dulu lepastu barulah balik, pukul 5pm lepak lagi, sampai pukul 7pm, pukul 8pm lepak lagi sampai pukul 2-3am HAHAHAHA T_____T
[Reply]
26May
wedding card dia cantik :k:
.-= aily´s last blog ..BLOGGER YANG BAIK? =-.
[Reply]
Rara
Reply:
May 26th, 2010 at 14:58
@aily, simple but nice :m:
[Reply]
26May
rasa-rasanya kenduri je boleh jd tmpat gathering tak rasmi
dpt jumpa kwan2 yang dah lama terpisah
ececehhhh
With Love,
HazzySuperb
[Reply]
26May
Wahh bestnya bestnyaaaa! Pelamin dah lah cantik gilaaaa! Tak sabarnya nak kahwinnn! Eh sorry sorry terover eksaited plak HAHAHAHA :hikhik:
.-= Mieya´s last blog ..Awak nak susu? HAHA. =-.
[Reply]