03
May

Tips : Tujuh kunci untuk tampil cantik

Filed in Tips

Sometimes kaum perempuan suka beli make up terbaru dekat pasaran. Sekarang ni kan tengah hu-ha hu-ha pasal SimplySiti ke apatah tu. Tapi kadang-kadang perempuan ni, suka beli je, lepas tu tak yakin nak pakai. Dok lah make up tu terperam dekat dalam make up bag. Sekarang mari kita semua make sure kita buat semua tips ni supaya lebih yakin bila keluar.

Make up

  1. Jangan keterlaluan – Kalau korang setakat nak keluar biasa-biasa bukan untuk pergi majlis ke apa, tak perlulah make up tebal macam nak pergi bersanding. Elakkan pakai eyeliner terlalu gelap dan tebal. Maskara pon biarlah sesuai dengan mata. Sapuan terlalu tebal akan menampakkan bulu mata bergumpal. Bedak asas pun sama, warna perlu sesuai dengan muka. Kalau tak, muka korang akan nampak gelap atau terlalu cerah. Sentiasa aplikasi konsep less is more supaya muka korang kelihatan cantik semulajadi.
  2. Aplikasi lipstick dengan betul – Lipstick perlu disesuaikan dengan bentuk bibir dan warna kulit. Terlebih dahulu garis bibir dengan penggaris bibir supaya bibir terbentuk dengan sempurna dan pastikan garisan bibir tersebut tak kelihatan. Kalau nak lebih kasual, pilih pengilat bibir berwarna saja.
  3. Sesuaikan solekan dengan majlis yang dihadiri – Perlu bijak dalam mengenakan solekan supaya tak kelihatan aneh masa menghadiri majlis atau aktiviti. Contohnya lah kalau korang pergi majlis pengebumian, takkanlah nak make up macam pergi majlis kahwin kan? Heh memang annoying. Selain tu, kena bijak jugak untuk membezakan antara solekan siang dengan solekan malam. Lain-lain tau!
  4. Jangan ragu-ragu bersolek – Ada perempuan still ragu-ragu untuk mengenakan make up sebab takut muka nampak pelik atau keterlaluan. Ada yang dah usia dua puluh tahun pun macam takut-takut nak make up. I tengok budak berusia enam belas tahun pun dah pandai make up gorgeous berbanding dengan usia macam I ni. Macam segan pulak dengan adik-adik =______=”
  5. Mengenalpasti keseluruhan penampilan – Penting untuk kenalpasti apa yang bersesuaian dengan warna kulit, rambut atau tudung, dan juga bentuk muka serta badan. Pilih solekan yang sesuai dengan warna kulit supaya nampak semulajadi. Contohnya, kalau korang berkulit gelap macam I ni, kena aplikasi solekan yang sesuai dengan warna gelap. Kenalpasti kulit berminyak atau kering. Kulit yang berminyak memerlukan korang pakai pelembap untuk mengawal pengeluaran minyak.
  6. Memilih warna rambut atau tudung yang sesuai – Sama seperti solekan, warna rambut atau tudung pun perlu disesuaikan dengan warna kulit.
  7. Sentuhan terakhir – Setelah mengenakan solekan dengan sempurna, pastikan korang sentiasa touch up supaya make up tak hilang atau pudar. Pastikan puff menjadi teman setia dalam handbag untuk tujuan touch up. Tapi, I tak rajin nak touch up muka, melainkan kalau dalam kereta atau dekat toilet awam. Hehe.

Sumber: InTrend.

So, sekarang kita semua boleh yakin pada diri sendiri. Jangan takut-takut. Kita perempuan ni kena sentiasa yakin untuk jaga penampilan. Jangan nampak kusam, nanti akan dibenci hahahaha.

24 Responses to “Tips : Tujuh kunci untuk tampil cantik”

  1. amoiNo Gravatar
    03May

    Jangan ragu-ragu bersolek (*sigh. sampai skg aku ragu2 nak make up bagai. takat touch up je. nak letak blusher ke, eye shadow ke..aku mana reti T.T)
    :sweatdrop:
    .-= amoi´s last blog ..5 Ciri Lelaki Idaman Aku =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    amoi, cubalah belajar. hehe, zaman sekarang ni macam penting kot. ala takyah lah nak tebal sangat, nipis² asalkan macam just nice pon dah okay dah tau ;)

    [Reply]

  2. MieyaNo Gravatar
    03May

    Terbaikkkkk. I likeeeee. :P Mieya pergi kerja pun ada bawak bedak compact ke apetah tu sebab memang kena lah touch up semua tu. Lipgloss pun mieya bawak. HAHAHA gedik kannn? :dead:
    .-= Mieya´s last blog ..Mieyabubbletalk popular dan glamour? =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    jangan cakap gedik. perempuan memang takleh nak simple simple sangat. kalau muka dah natural cantik takpalah macam hanis zalikha tu. tapi kalau muka macam kakrara ni, kalau make up pon tak lawa, tak make up apatah lagi? hahahaha. kakrara suka okay tengok perempuan yang pentingkan kecantikan.

    [Reply]

  3. x-poNo Gravatar
    03May

    hoho i pun nk blaja solek gak la kalau cmtu..hikhik
    .-= x-po´s last blog ..PATUTKAH ADA MAAF UNTUK KALI KEDUA? =-.

    [Reply]

  4. shakirahNo Gravatar
    03May

    huh, i selalu la rasa macam i budak2 je lagi nak pakai mekap2 ni, how? -____-
    .-= shakirah´s last blog ..laptop rosak dan . . . =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    tak boleh yayanggg, tak boleh macam ituuuu. nanti boyfriend lari sebab dia tengok ada perempuan cantik-cantik aww menarik lebih dari kita awww susah macam itu oh no no noooo T____T please belajar make up dari sekarang

    [Reply]

  5. Miss MirrorNo Gravatar
    03May

    Betul tu…kdg cuma minat je beli….pakainya tah bila. Pd pendpt I…kalau kaler lipstik tu pudar or warna natural… kita kena tekankn pd bahagian mata, then klu lipstik dah merah menyala bhgian mata tak terlalu ditonjolkan pun takpe…..tp sesetgh org mmg pentingkan bahagian mata supaya nmpk segar dan tak nmpk mengantuk.
    .-= Miss Mirror´s last blog ..MUSUH REDMUMMY =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    haaaaa thats right. okay i love ur comment very much. i pun kalau make up, adalah lebihkan mata daripada lips. sebab i rasa macam mata adalah penting hahahhaa :p kalau u ?

    [Reply]

  6. DilakochanNo Gravatar
    03May

    Yeah, bersolek biar berpada pada.

    But nowadays dah jadik trend org sukaaa na pakai eyeliner tebal2.

    Mcm ai skarang makeup w/out foundation. sejak2 habis x terbeli2. berbulan2 lamanya dah ;p

    Lagi satu,ai bile makeup mcm tergantung,suke fokus kat mata yg sepet ni ha, lepastu lipstick xpakai. HAHA. :tongue:

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    eyeliner tebal² macam tak rimas ke? i sukaaaa tengok orang pakai eyeliner nipis gila betul² dekat kelopak mata tu macam whoahhh nice nyaaa macamana dia pakaiiii T____T i tak pandai pakai liquid eyeliner, till now pandai pakai pensil je tau, sedihnyaa >,< okay sama dengan i jugak u punya perangai, fokus dekat mata je dah setengah jam lepas tu terus lupa pakai lipstick hahahhaha

    :laugh: :laugh:

    [Reply]

  7. I.HazwaniNo Gravatar
    03May

    tak , wani keluar tak pakai mekap2 bagai
    bedak asas pun tidak :sweatdrop:

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    takpa. wani budak² lagi takpaaaa hee :p

    [Reply]

  8. LiyanaNo Gravatar
    03May

    i keluar pakai safi duo powder foundation ke apatah dengan lipice sheer color, kalau rajin baru letak blusher ( walaupun tak payah sbb kalau panas habis merah muka T_T ) and kalau rajin sikir letak lah eyeliner. kalau tak rajin, semua tak letak wkakakaka T_T
    .-= Liyana´s last blog ..menjengah 5 belog terhebat di malaysia dan tips mendapat pembaca.( Part 1 ) =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    hahahaha okay i tahu u memang pemalas make up :b hahaha tapi make sure ada jugak pakai heh sekali sekala keluar dengan fwz lepas tu make up mesti fwz tak nak lepas pegang tangan u, ecewah. yelah ada orang cakap ‘pakai make up ke tak pakai ke, bf aku tetap sayang kat aku’ jangan cakap camtu, nanti kalau ada perempuan lebih menarik perhatian dia, kita yang susah tau T_____________T

    [Reply]

  9. ecaNo Gravatar
    03May

    eee. info ini sangat menarik.

    da la saya sangat suka mekap! ;D

    NISECA suka merapu
    .-= eca´s last blog ..Aku sangat marah! =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    haaaa good to hear that! ;)

    [Reply]

  10. ecaNo Gravatar
    03May

    hehe. len kali vanyak2 post cmni tawuu. ;D

    NISECA suka merapu

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    banyak-banyak? kenapa? T_________T nanti boring camana?

    [Reply]

  11. ecaNo Gravatar
    03May

    tak boring punya. suka baca fasal mekap. ;D

    [Reply]

  12. gadis nk npak naturalNo Gravatar
    03May

    erm,sy x suke make up…muke sy x terlalu cerah..tp nk npak natural tnpa make up cm ner arh??contih:bile org pndang je..wah,natural la bdk ni….sy nk g tau la umo sy bwu 13 taun..tp kwn sy sume kate sy x menarik….cm ye nk bg npak menarik..tlg la sy! :j: :i: :h: :g: :f: :e: :d: :c: :b: :a:

    [Reply]

  13. Azie_ZackNo Gravatar
    03May

    kalau akak paling minat pakai eyelinern mascara…..boleh buat mata besar n cantik…lagi pun mata nampak segar..xdela nampak xcukup tido..

    [Reply]

  14. saiziNo Gravatar
    03May

    sy la salah satunya pompuan yg takut nak bermekap dan x pernah nak bermekap…takut plak dicakap zombie,,lau blh rara tulis tips bermekap natural…:)

    [Reply]

  15. pemutih kulit…

    [...]Tujuh kunci untuk tampil cantik | Raracandyfloss[...]…

Leave a Reply

CommentLuv badge
:j: :i: :h: :g: :f: :e: :d: :c: :b: :a: