19
May

Sinetron Cahaya, dua cewek satu cowok

Filed in Drama

Hai lagi. Hari-hari I update blog siapa bosan mari sini cakap depan-depan. Hahaha T________T Hari ini I nak membebel pasal cerita kegemaran. Lepas baca entri ni, I nak you guys comment dan bagi reaksi pada cerita kegemaran I ini. Sama ada korang memang suka cerita ini atau lepas baca entri ni nak tengok atau langsung tak nak ambil peduli haha. Bagi I, anak perempuan yang duduk bawah ketiak Mak dekat rumah, online 24/7, makan minum semua Mak sediakan, memanglah akan menghadap tv jugak, dan start pukul 3pm setiap Isnin-Jumaat akan tukar channel kepada Astro Prima.

glenn aliensky

Handsome ke tak handsome mamat ni? Haaa, ini hero dalam sinetron Cahaya, nama betul dia Glenn Aliensky. Bukan bukan alien, tapi aliensky tau. Nama dia dalam sinetron kegemaran i ini adalah Raka. Nama dia tak sedap sangat tapi sebab dalam cerita ni dia macam macho, I pun macam jatuh hati sikit dekat dia T________T Nasib baik dia dah berpunya, kalau tak, I cari dia dekat Jakarta lepas tu sanggup duduk sana forever. Hek. Main-main jelah. Tapi memang betul lah, kalau tengok dia dalam sinetron Cahaya ni macam macho habis sebab ada dua perempuan tergila-gilakan dia.

Ririn Dwi Ariyanti

Perempuan comel ni nama sebenar dia Ririn Dwi Ariyanti. Nama dalam sinetron Cahaya pulak adalah Talita. Eeee comel sangat dia. I suka tengok dia dalam cerita tu. Sebab? Sebab dia anak orang kaya, manja tapi takdalah mengada-ngada sangat pun. Dia anak perempuan tunggal Tuan Teddy dengan Puan Elga, ada seorang abang. Abang dia pun baik jugak. Lepas tu Talita ni nice sangat dengan pembantu dia, Aya. Haaa, Aya tu lah Cahaya. Talita anggap Aya macam adik-beradik, apa-apa mesti nak backup Aya. Talita dengan Raka kawan sejak kecil sampai zaman sekolah menengah. Lepas tu terputus hubungan sebab Raka malu berkawan dengan Talita T____T Sebab Talita selalu suruh Raka pegangkan teddy bear dia, lepastu kena ejek dengan budak lelaki lain hahaha. Sejak dari tu, Talita selalu tunggu Raka, sebab dia dah sayang sangat dekat Raka tu. Macam dah tangkap cintan lah.

Naysilla Mirdad

Tuan Teddy minta Aya aka Cahaya (Naysilla Mirdad) temankan Talita dekat college. Maknanya sama-sama belajar dengan Talita. Lepastu Aya pulak terjumpa Raka and Raka pulak terjatuh hati dekat Aya ni T_______T Mula-mula masa Talita dapat tahu tu macam sedihlah kan. Tapi sebab Talita taknak kecewakan hati Aya, Talita cuba bertahan. Err, kalau I jadi Talita confirm sedih punya. Lepastu Aya bercintalah dengan Raka. Tapi sekarang ni, Puan Elga minta Aya lepaskan Raka dan bagi Raka dekat Talita. Entah macamana sekarang Talita tengah couple dengan Raka lepastu Aya pulak sedih. Tsk.

Cerita ni macam complicated, macam biasalah kan kalau dah kata sinetron Indonesia. Tapi I suka sebab cerita dia macam best sangat. Taklah merepek macam cerita Bawang Putih Bawang Merah apatah merepek tu yang ada pari-pari haha haha. Siapa yang nak tengok cerita ni boleh bukak channel Astro Prima pukul 3pm setiap Isnin-Jumaat atau ulangan 11.30pm setiap Isnin-Jumaat jugak.

Ini pulak sinopsis sinetron Cahaya.

50 Responses to “Sinetron Cahaya, dua cewek satu cowok”

  1. nurullNo Gravatar
    19May

    i nk komen.. i jarang ikuti tp tgk lah jugak.. pn elga tuh mcm poyo lah.. nk speaking tp ntah pape.. hahaha

    tp adik i.. setia ikut cerita ni.. skrg tgh tgk sbb siang dia kerja.. :laugh: :laugh: dia laa slalu update kat i pasal cahaya neh…
    .-= nurull´s last blog ..dah mengantuk lah.. =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @nurull, hehe puan elga tu comel sebenarnya, dia kecoh tapi fun, i suka dia berlakon since dalam sinetron intan lagi. watak dia sama macam dalam cahaya ni jugak :) dia selalu panggil aya as “AYA CAHAYA AYA!!!” hahaha :D

    haaa adik u sama dengan i lah tu, pengikut setia. i ni lagi teruk, siang dah tengok, malam tengok lagi. hehe

    [Reply]

    nurullNo Gravatar Reply:

    @Rara, i tgk dia dr sinetron sblm intan ‘PUTERI’ dia mmg kecoh.. poyo2 sket.. xsenang duduk dia xda aya sbb aya ikut bapak dia ari tuh.. asyk manggil je.. hehehe

    adik i xde miss.. kalau penat keja pon kol 11.30 misti terjaga.. :laugh: :laugh:
    .-= nurull´s last blog ..dah mengantuk lah.. =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @nurull, haaaa cerita Puteri i tak tengok sebab masa tu i still duduk KL so mana ada heran tv, life dekat KL, takda tv pon takpa :P

    [Reply]

  2. yonnaNo Gravatar
    19May

    err watak laki tu Raka la eh? rara bgtau nama betul laki tu je. takde nama watak pun T_______T ke akak tak baca betul2?

    Ririn Dwi Ariyanti tu muka dia ala2 agnes sikit la. tgk dia posing mcm tu la :D cerita indon mmg suka belit2.tp tu lah kita dok tgk hari2 T____T

    rumah akak takde estro. pukul 3 tgk she wolf cite pilipina tu hahaa
    .-= yonna´s last blog ..Si Madu Goncang =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @yonna, kakak tak baca betul-betul :) ririn dwi ariyanti tu takda pun muka agnes sebenarnya, muka agnes macam lebar sikit kan? muka ririn ni comel je. heee. ayu sangat geram tengok dia.

    yelah cerita indon macam yang kita cakap tasbih cinta tu pon merepek tapi kita suka :(

    [Reply]

    nur aina liyanaNo Gravatar Reply:

    @Rara, nk tau akhir sekli dye ngn spe??i nk dye ngn satria..

    [Reply]

  3. LiyanaNo Gravatar
    19May

    haaa i sebenarnya naik boring tgk intan / sekar sahaja yang berlakon sampai rasa pening pening asyik tgk dia tapi sebab u kan racun i, so myb lepas ni i akan cuba ikuti cerita ini sebab i geram tgk glen. eh dlu dia berlakon cite apa ey dgn perempuan mulut mcm itik dkt tv3 tu. ala lupa :( :sad: :rolleye:
    .-= Liyana´s last blog ..Who Will Win the World Cup? =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @Liyana, i pun naik muak, tapi kali ni i tengok cahaya bukan sebab dia tapi sebab talita. dulu masa sekar, i suka tengok karina. u pun suka karina kan? heee :P lepas ni tengok tau, boleh kita gossip bersama, kisah dia macam sedih ah sebab talita suka raka tapi raka suka cahaya tapi cahaya pon suka raka tapi macam terhalang lepastu raka confuse dia macam bagi harapan dekat talita :( dulu tu cerita apatah tajuk dia yang lagu baby baby apa tu. sebelum cahaya pun, airmata cinta, glenn berlakon dengan perempuan mulut macam itik tu HAHAHA

    [Reply]

    feezNo Gravatar Reply:

    @Liyana, hah, baru teringat Sekar tajuknya.. :D hmm.. boring2.. semua ada muka dia.. dr Liontin dekat tv3 smpai lah cerita Cahaya ni.. haih.. jalan cerita pn mcm hampir sama..
    .-= feez´s last blog ..Lirik – Dan Bila Esok by Sofaz =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @feez, boring? haha, kalau boring, akak ada pilihan untuk memilih tak tengok :)

    [Reply]

    feezNo Gravatar Reply:

    @Rara, boring sbb muka sekar tu jek.. Muka talita tu lebih manis dr sekar. :D

    Raka pilih sapa agak2??
    .-= feez´s last blog ..Lirik – Dan Bila Esok by Sofaz =-.

    [Reply]

    yanaNo Gravatar Reply:

    @feez, raka plh non talita
    satria ngn cahaya la

    [Reply]

  4. HaneemNo Gravatar
    19May

    ehhh. i baru start layan cerita ni tau. ni baru lepas tgk episod hari ni. i layan malam sebab mcm tak ngantuk tengah hari macam mengantuk pulak kalau layan cerita indon ni. tp bagus lah si talita tak menggedik even dia kaya selalu cerita kalau anak org kaya mesti nak belasah maid je kerja dia tapi dia tak. ehh i pening ni sape laki yang dok kejar talita tu? i tak tgk dari awal tu yang tak tau.
    .-= Haneem´s last blog ..#Felt : Pencil =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @Haneem, haaaa i pun sama. tengok petang macam tak fokus, mata kuyu je. lepas tu talita ni dia macam take care dekat aya so taklah buat kita benci watak dia. dia pun selalu minta maaf dekat aya pasal raka kan :( eh eh, lelaki yang dok kejar talita tu sebenarnya kuli bangunan. mak dia pesan “cari gadis yang cantik macam bidadari” so masa dia kerja sebagai kuli bangunan, dia terjumpa talita, lepastu dia pergi cium talita, sekali kena tampar HAHAHA

    talita cakap dia tak layak untuk talita. lepastu tu yang sekarang ni dia dah berjaya. dia macam berusaha nak dapatkan talita T_________T

    [Reply]

    HaneemNo Gravatar Reply:

    @Rara, ohhh. tulah i pelik asal dia tiba-tiba cium talita pulak. menyampah i tengok awek dia tu. asyik je nak cari gaduh. ok tak sabar nak tgk esk. tgk malam jelah, siang asyik mengantuk je.
    .-= Haneem´s last blog ..#Felt : Pencil =-.

    [Reply]

  5. syahirulNo Gravatar
    19May

    kenapa saya tak suka tgk tv akhir2 ni? :(
    .-= syahirul´s last blog ..Saya buat entri ini untuk cikgu! =-.

    [Reply]

  6. feezNo Gravatar
    19May

    Cerita adik akak dok kejar hari2.. sampai akak pn melekat sekali. HEH.. adik akak LELAKI taw.. bygkn mcmana org lelaki minat Sinetron, sbelum ni Air Mata Cinta, sblm tu lg cerita apa ntah si Aya ni belakon jgk.. semua episod dia follow..

    Huh, teringat zaman sekolah.. Sinetron Mexico akak ikutlah.. :D :love:
    .-= feez´s last blog ..Lirik – Dan Bila Esok by Sofaz =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @feez, maybe gf dia suruh tengok kot haha. like me, paksa syafi tengok. lepastu nak make sure dia tengok ke tak, lepas cerita tu habis, akan tanya apa cerita tu untuk hari tu. selalunya paksa dia tengok malam la. siang kerja.

    err mexico pun sinetron ke? bukan telenovela?

    [Reply]

    feezNo Gravatar Reply:

    @Rara, heh, telenovela.. my bad :D
    .-= feez´s last blog ..Lirik – Dan Bila Esok by Sofaz =-.

    [Reply]

  7. hudaNo Gravatar
    19May

    i suka lagi hero cerita putri yang terbuang tu hihihihi :P
    .-= huda´s last blog ..for those who read this title, please help me ! =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @huda, putri yang terbuang macam merepek sikit hihi sama spesies dengan bawang putih bawang merah :hehe:

    [Reply]

  8. dyaNo Gravatar
    19May

    huhu..citer yang parents sy minat..
    tp klo prasan la kan..lately,byk gak yang naysilla mirdad jd heroin..
    dlu Sekar and now Cahaya..sy x layan citer ni tp taw la gak watak2 dlm citer Cahaya..
    rasenye ade ulangan waktu malam jga..dulu 11.00 mlm skrang 11.30 till 12.30
    klo tak silap la.. :yes: :yeahright: :wink:
    .-= dya´s last blog ..Geng Blogger l Komuniti Blogger Anda[macam mana nak join geng blogger??] =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @dya, hihi. aah, tapi dia berlakon best la walaupun watak sama je -_____- sebab dia yang menceriakan sinetron tu. if takda dia, macam cerita ‘airmata cinta’ kan boring :(

    [Reply]

  9. bspotgurlNo Gravatar
    19May

    Wah wah, peminat tegar citer dari seberang yea
    .-= bspotgurl´s last blog ..Bila Blog tak famous dapat AWARD =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @bspotgurl, aah :hikhik:

    [Reply]

  10. HazzyNo Gravatar
    19May

    rasanya drama ni mau beratus ratus episod
    :yes:
    .-= Hazzy´s last blog ..Terkenal dengan jolokan David Bechkam of classical music & pemegang rekod dunia =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @Hazzy, entah ek, kalau macam sinetron sebelum ni, tak sampai 100 episod pun :P

    [Reply]

  11. Piston PecahNo Gravatar
    19May

    Naysilla Mirdad nih dari sinetron tv3 lagi watak dia asik jadi orang susah je ek..watak sedih..haha..

    sinetron..sinetron… aku terlepas tengok yang ada Cinta Laura tuh..best gak,apa ntah title dia,ada kaitan dengan Sultan Teksi..errr,,bibir dia merah gilerrr

    [Reply]

  12. fifiNo Gravatar
    19May

    aku pon tgok gak citer ni.anyways, best juga laa..
    tambahan lg, dah ada watak baru muncul, dr rado eh, di sini dia jd satria..
    mmg suka sgt ngan dia sjk sinetron intan dan aqso & madina..
    citer kemarin best giler, aya dan satria dah mula kenal..hahaha..
    keep watchin”..^_^

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @fifi, haah, dude herlino tu comel kan dah lah manis je muka weewitttt. ada dia, ada naysilla mirdad lagi best. menceriakan sinetron yahooooo :yey:

    [Reply]

  13. fifiNo Gravatar
    19May

    @rara, makin best pulak citer ni bila dah ada satria tue kan..
    lucu memanjang..dude mmg comel dn sweet..minat tul ngan dia..
    apalagi, dia kan actor terbaik dan paling popular di indonesia skrg..
    tambah2 aku minat ngan dia..@rara, change la entri blog ni kpd 2 cewek 2 cowok yer..kan dah ada satria tue..ok? hehehe..

    [Reply]

  14. linNo Gravatar
    19May

    best gak citer nie…baru tgk beberapa kali.lebih kurang citer intan la.cuma tertanya-tanya cahaya tu kawin ngan satria ker…?

    [Reply]

    luvdudeNo Gravatar Reply:

    @lin, yer, cahaya kawin ngan satria jga nnt..tp citer ni nnt makin lama, makin touching..mula-mula ni, kita tgok happy go lucky je kan..

    [Reply]

    yanaNo Gravatar Reply:

    @lin, i skng coz i pown ter tny2

    [Reply]

  15. Ud DellNo Gravatar
    19May

    Asmkm semua peminat sinetron Cahaya ni. Best sangat cerita ni walaupun aku tahu dah ending dia. Episod ni rasanya sampai 5-6 bulan jugak la kena ngadap kat TV sebab episod dia 232. Tapi jangan gusar dan gundah gulana sebab dia happy ending. Nanti Talita nad Raka dia akan berkahwin dan lepas dapat anak baru si nenek Raka tu dapat terima. Aya kaki dia kena potong sebab sakit. Dan akhir sekalidia akan berkahwin dengan Satria jugak akhirnya. Tapi sebab panjang cerita ni Satri dia kahwin dulu dan ada anak sorang. Tapi isteri dia tu mati akhirnya. Macam tu la. Tapi sebab dah tertengok cerita ni jadi memang tak boleh berhenti lah. Sebab jalan cerita dia tak bosan pun. Ok Selamt Bersinetron ya.
    -Ud Dell-

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    hihi thanks :)

    [Reply]

    raisahNo Gravatar Reply:

    salam,
    saya pun dh tgok cite ni sampai habis… cite nya best juga lah…
    yg cayaha tu nti kawin dgn satria pastu cerai sbb nenek n mak satria tak suka … diaorg ada anak bersama pastu anak dia mati sbb kemalangan…. bila nak baik balik ada je halangan pastu satria lumpuh tk leh jalan.. mak dia buat rancangan supaya cahaya kawin dgn ada sorang laki yg mmg suka dgn cahaya tu.. pastu satria kawin dgn perempuan pilihan mak dia …pastu suami cahaya mati… satria pun mmg suka dgn cahaya tu lg kebetulan isteri satria pun mati .. satria boleh jln cahaya lak yg tak leh jalan… sama gak dgn talita tu mula2 kawin dgn org lain pastu akhirnya kawin dgn raka… cite nya mcm pusing2 situ je… saje je nk memanjang kan cite… tu lah sinetron nama nya hehehe

    [Reply]

  16. dyanaNo Gravatar
    19May

    salam…chaya memang best!! bestla pasangan satrya dan chya tu.. huhuhu, tak bosanla tgk gelagat c chya yg polos tu.. ha3

    [Reply]

  17. luvdudeNo Gravatar
    19May

    aku suka sgt ngan citer ini..minat giler ngan dude :))
    tp banyak eps dah t’tinggal skrg, coz duduk kat hostel..
    @rara, why this entry “2cewek 1 cowok”??
    bukannya “2cewek 2 cowok” ker? kan ada aya-satrya, raka-thalita :))

    [Reply]

  18. marlindaNo Gravatar
    19May

    salam..
    cite cahaya mmang best tp watak cayaha x best i suka watak
    talita die cantik dan pandai bawak watak
    kalu cahaya tu boring sikit la..

    [Reply]

  19. lisdaNo Gravatar
    19May

    Aya dalam sinegtron cahaya mmg padan jadi pembantu,dia tepat sekali membawa watak itu…tp kalau pelakon air mata saya lebih suka cinta Laura …byk drama dia saya sampai keluar air mata hahahaa…tp kalau yg cowok saya minat kat aditya herpavi,lakonannya mantop dah ler macho walaupon dah ada 3 anak…hehehe…

    [Reply]

  20. nisaNo Gravatar
    19May

    :i: cerita nie kurang berbeda dari benci bilang cinta dan cinta kirana kan ?????? nampaknya raka dan cahaya kurang seperti adik beradik tapi dengan talita memang padan !!!!!! jangan marahnya cahaya aku cuma gurau aja

    [Reply]

  21. yanaNo Gravatar
    19May
  22. amirahNo Gravatar
    19May

    Saya dh lama tonton cerita ini tapi bila nk habis.Kebanyakkanya ramai org baru.Saya jadi tidak faham :d:

    [Reply]

  23. farahNo Gravatar
    19May

    I tgk cerita ni dh lama.Bila nk endding ye…Raka kahwin ke dgn cahaya. :h:

    [Reply]

  24. farah mNo Gravatar
    19May

    hm…. dr kaji selidik sy, crita ni lambat lagi nak habih…. episod akhir 232…. so byk lg akan berlaku.. biasala soap opera… raka akan kawin ngan talita…cinta cahaya+satria akan dihalang org tua satria… maka msg2 berkawin dgn org lain… tp memang dh jodoh kat dlm sinetron tu kuat… so diorg kawin ler jugak akhirnya…. heheheheh

    tp yg lebih best lagi bila ura2 dude+naysilla ini betul2 bercinta :j: … wah… kalau betul pon apa salahnya… mmg secocok mereka ni kan? walaupn mereka menafikan ada rasa cinta antara mereka dan mengaku mereka hanya kawan rapat, mereka tidak menolak skiranya mereka benar2 berjodoh… apa2 pn…smoga mereka bahagia… :d:

    [Reply]

  25. syasyaNo Gravatar
    19May

    :h: hai , saya suka sangat tengok sinetron ini ….memang best …tapi yang peliknya talita tu senang je berubah perasaan pada lelaki lain , Sama juga dengan aya ….Kadang kadang kelakar juga cerita ni ….

    [Reply]

  26. envy…

    [...]Sinetron Cahaya, dua cewek satu cowok | Raracandyfloss[...]…

  27. rinaNo Gravatar
    19May

    :j: huhuhu :d: :c: :h:

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge
:j: :i: :h: :g: :f: :e: :d: :c: :b: :a: