25
May

Kuala Lumpur, ikan bakar dan secret recipe

Hai. Eh tiba-tiba macam kekok nak berblogging. Aik? Hahaha mana ada lah, apa ingat I ni jenis lupa daratan ke apa? T___T Okay entri pertama selepas empat hari tak update heh, I nak cerita hari pertama I dekat KL. Lepas tu baru hari kedua dan ketiga. Ggr, macam boring kan? Tengoklah dulu camana kalau you guys nak I update, kalau tak nak, I tak payah update lah hihi. Dalam pukul 1.30pm, I bertolak ke KL, eh sebelum tu isi minyak kereta penuh-penuh dulu. Lepas tu tunggu Mak dengan adik beli makanan, minuman apa-apa patut, I snap gambar signboard ni ha.

Taman Nusa Perintis

Dalam pukul berapa entah, berhenti dekat R&R Ayer Keroh Melaka dalam setengah jam gitu. Pukul 5.30pm I sampai rumah kakak Cujie. Teehee. Perjalanan smooth je sebab kereta tak berapa banyak sepanjang highway, kena potong-potong lori jelah, itupun lori pun tak berapa banyak, cuaca pun baik, alhamdulillah. Tapi, masa I berhenti dekat R&R Ayer Keroh tu ingatkan nak paksa Chokilala datang kejap jumpa I, haha. Tapi bila SMS, rupanya Chokilala pun on the way ke Bangi. Cis terlepas peluang. Tapi I ingat nak ajak bloggers jalan-jalan dekat Melaka lah.

Sampai je rumah Kak Cujie, kitaorang suruh Mak siap-siap pukul 8pm, tapi Mak relaks je baring atas katil, I pun sama. Penat tak hilang lagi. Lepastu kitaorang turun, Angah & her fiance dah tunggu dekat bawah rumah Kak Cujie. Naik kereta adalah dalam sejam perjalanan, kitaorang pun sampai dekat Restoran Ikan Bakar, Jeram, Kapar. Pffft. Jauh hoi, I dah siap-siap cakap dekat Angah dah, “Ni pergi lapar, balik pun lapar ni”.

Ahmad Haikal & Alesha

Seronok and berbaloi lah makan restoran tu sebab servis dia cepat. Pilih lauk apa nak, dalam setengah jam dah siap dah makanan. Sekali I tengok makanan dah belambak terhidang atas meja. Hoi, perut I kecik je, mana muat nak sumbat semua T_____T Makanya, I makan sikit je malam tu. Walaupun geram tengok ketam, kerang, tapi I dah macam surrender sebab perut dah macam nak terburai. Eh kenapa dengan Ahmad Haikal? Boleh baca sini.

Mommy

Birthday girl yang ke 48 tahun. Yay, walaupun dah 48, Mak still nampak muda and kalau berbual dengan Mak, confirm rasa macam berbual dengan kawan sebaya. Hihi. Kebanyakkan kawan-kawan I yang jumpa Mak, memang akan cakap Mak sporting. Padahal diaorang tak tahu kalau time Mak garang, macam nak terkencing I dibuatnya. Hahahaha tak tak takkkk, Mak tak garang macam emak orang lain yang siap teba anak pakai rotan sampai berbirat badan anak ke apa tu.

Kak Cujie

Kak Cujie & her husband

Dalam entri Kak Cujie yang ini, tak ada gambar husband Kak Cujie kan? Haaa, dekat dalam handphone I ada. Treng trenggg. Tapi abang ipar I tu kusyuk sangat makan sampai semua gambar dia pun kabur (akibat proses pergerakkan). Hish, exlusive tau gambar ni, bukan senang nak dapat gambar abang ipar I tu.

Mommy, Dina & Alesha

Malam tu bila dah sampai rumah, kitaorang celebrate pulak birthday Mak, adik & Alesha dengan Chocolate Indulgence from Secret Recipe. Walaupun perut dah padat, tapi kan I dah cakap “Pergi lapar balik lapar”. Haaaa malam tu I tidur dengan perut ketat T______T Kalau Chokilala ada Chocolate Indulgence per slice, I ada Chocolate Indulgence for a whole cake. Tapi dah habis lah (?).

15 Responses to “Kuala Lumpur, ikan bakar dan secret recipe”

  1. chokilalaNo Gravatar
    25May

    kehkeh. padan muka. tu la, main terjah-terjah je. nak suruh datang konon, sekali orang dah lagi jauh daripada dia :hikhik:

    nak datang melaka ke? marilah datang. boleh melawat macam-macam tempat. hehehe. jealous la pula tengok kek tu, rasa macam nak pergi beli lagi je. huhuhuhu

    [Reply]

    chokilalaNo Gravatar Reply:

    eh, btw. banyak sangat la emoticon hello kitty dekat bawah ni. kurangkan sikit la, boleh tak. rambang mata nak pilih. lagipun bergerak tergedik-gedik dia dekat bawah ni, berpinar mata nak tengok. hohoho
    .-= chokilala´s last blog ..Video Klip VIP Iwan AF8 Ni Aneh. Teka Kenapa :P =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @chokilala, hoi i pun rasa camtu jugak macam pening kepala. ni tengah penat lagi, dah lah demam. nanti dah tak penat baru i kurangkan tau

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @chokilala, hepppp shadapp. wkakaka, mak i tak bagitahu nak berhenti, i ingat nak terus je tak nak berhenti T_____T sekali u dah sampai senawang, cis betul la. takpa, nanti i nak plan dengan budak² blog, nak pergi melaka, penginapan dorang hotel tapi penginapan i mesti dekat bilik u tau

    [Reply]

  2. Liyana LNo Gravatar
    25May

    hai Mak, saya teringin nk jumpa :(

    hoi kalau nak pergi melaka sila bawak i sekali. ehem ehem i dpt merasa betapa penatnya u yang T_T haaa jerammm tu pun i nak pergi cuma takut sbb jauh nanti lapar balik AGAGA :hehe:
    .-= Liyana L´s last blog ..My Wiggy Design =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @Liyana L, teringin nak jumpa marilah datang JB. hihi. hoi nanti kita tong tong pergi melaka nak tak? huda pernah ajak i, tapi macam senyap je. kata nak pi singapore pun senyap je. tsk. hoi jeram dekat dengan rumah fwz (fuad) kan?

    [Reply]

    Liyana LNo Gravatar Reply:

    @Rara, haaa nanti lahh nanti bulan 10 boleh tak? hihi haah jom la kita tong2 seronokkkk. nnt suruh mieya bwk kereta HAHHAHA ;p tp kalau ramai kene ada kereta lain lah karang kalau kita ramai ramai satu kereta masing2 badan dh senget AGAGA ;p

    hoi, i tak tahu pulak dekat dengan rumah fwz (bukan fuad T_T) HAHAHA nnt i tanya diaaa :q:
    .-= Liyana L´s last blog ..My Wiggy Design =-.

    [Reply]

  3. FeezMiorNo Gravatar
    25May

    wahh,seronok satu keluarga berkumpul utk celebrate mak kn.. mst meriah sgt2..
    .-= FeezMior´s last blog ..Coretan Trafik Minggu Lepas =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @FeezMior, aah meriah, tak selalu pun dapat camni :uwaa:

    [Reply]

  4. yonnaNo Gravatar
    25May

    hoi! tempat makan kat Klang tu memang bapak jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! rasa macam nak balik Penang je time pergi tu hahaha.jauh gila. kena masuk dalam dalam lagi T__________________T

    :h: err saje terai ikon HK ni.comel plak
    .-= yonna´s last blog ..5 Tahun Sebagai Blogger =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    @yonna, haa jauh kan. dah lah pedalaman gila nasib baik murah HAHAHA. masuk dalam dalam lepas tu nak macam gelap gelita tempat dia.

    haaa terai lah terai :p

    :q:

    [Reply]

  5. Piston PecahNo Gravatar
    25May

    wah..bestnya berjalan-jalan dan makan besau..
    .-= Piston Pecah´s last blog ..Kronologi Ketika Makan Tengahari Lelaki Vs Perempuan =-.

    [Reply]

  6. nana ^____^No Gravatar
    25May

    nana pun ade pergi tempat ni. serius sedap dan puan :)
    .-= nana ^____^´s last blog ..Shrek forever after . =-.

    [Reply]

  7. cujieNo Gravatar
    25May

    ish ish gemoknya pompan tu
    ya rabbi makan… kuatnya! :wee:
    .-= cujie´s last blog ..Medan Ikan Bakar, Jeram =-.

    [Reply]

  8. SyafrizalNo Gravatar
    25May

    sedapnya ikan bakar…
    ntah la bila nak makan lagi ni heheh
    .-= Syafrizal´s last blog ..Bekam – Perawatan Sunnah Nabi =-.

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge
:j: :i: :h: :g: :f: :e: :d: :c: :b: :a: