05
Apr

Wanita dengan kecantikan palsu

Filed in Cakap-cakap


Malam.

Zaman dah moden, fashion pun kena lah up to date. Perempuan punya fashion? Dah macam-macam. Siapa yang ketinggalan dianggap katak bawah tempurung. Ayya. Untuk nampak cantik pun dah senang sangat sekarang. Banyak benda palsu yang ala-ala benda asal. Kebanyakkannya memang perempuan dah sinonim dengan barangan palsu. Maksudnya? Haa itulah yang kita nak bincangkan hari ni. Eh tak. Uols tak payah bincang. I taip sorang-sorang je ni heh.

Bulu mata palsu

Eyelashes

Ramai wanita terutamanya artis menggunakan bulu mata palsu untuk menambahkan kecantikan bahagian mata mereka. Yang bukan artis atau yang berlagak artis pun dah sinonim juga dengan bulu mata palsu. Yelah, bulu mata yang ada tak cukup panjang, tak cukup lentik. Guna bergelen mascara kasi lentik pun tak menjadi. Hehe. Bila pakai bulu mata palsu tu boleh lah berlagak diva kejap kan sebab nampak hitam menawan, panjang, lebat dan lentik. Aww. Setakat ni I tak pernah lagi lah pakai bulu mata palsu. Kalau bab-bab mata ni, bakal mak andam I nanti mesti marah I sebab I sangat sensitif di bahagian mata ya =__=”

Gigi palsu

Terdapat juga wanita-wanita yang memakai gigi palsu setelah gigi asli dirongakkan oleh karat gigi (euw), makanan-makanan manis atau makanan-makanan keras. Gigi asli juga akan tercabut dengan sendirinya apabila umur seseorang sudah lanjut dan gusi sudah kecut. Satu-satunya pilihan untuk mencantikkan gusi dan mulut serta memudahkan mereka makan ialah dengan menggunakan gigi palsu. Hehe.

Rambut palsu

Bagi wanita, rambut merupakan mahkota yang sentiasa dijaga dan dipulihara supaya kelihatan cantik. Sekiranya weols yang perempuan ni ada masalah rambut, weols akan rasa tertekan ya tuan puan semua T____T Oh, tapi kalau nak senang, rambut palsu akan menjadi penggantinya. Gahh dan lepas tu rambut kejung tak bergerak. Kepala statik je takut nak melompat ke mendongak ke menunduk ke. Hahaha. Takda masa, I memang takda masa untuk rambut palsu heh. Takpa lepas ni bertudung, insyaAllah.

Kanta mata palsu

Contact lense

Err, contact lense lah maksudnya. Ini pun salah satu cara nak buat mata nampak cantik. Nak warna apa? Pink? Grey? Purple? Orange? Blue? Haa semua ada. Tapi kena betul-betul tahu saiz lah. Jangan pulak anak mata tu besar tapi pilih lense yang kecil. Memang tak selesa lah kan. Dengan memakai contact lense, mata wanita berkenaan nampak berwarna, berseri dan berkaca-kaca. Sampai bila diorang akan memakai contact lense itu ya? Terpulang pada diaorang lah, sebab ada yang pakai contact lense sebab rabun je, bukan niat nak melawa ke apa.

Payudara palsu

Awww rasanya macam tak perlu je ni? Kalau mak nyah tu, I tak sure lah heh? Tapi kan, dekat luar sana ada juga wanita-wanita yang mempunyai payudara palsu iaitu yang memasukkan silikon atau memasukkan susuk dan lain-lain lagi untuk membesarkan dan menegangkan payudara mereka. Euw euw. Malah ada di antara mereka yang melakukan pembedahan untuk mengubah bentuk payudara mereka. Sanggup mengeluarkan bayaran yang tinggi asalkan payudara nampak cantik, menggoda dan memberahikan. Err orang Islam tak payah lah buat camni T________T

Alat seksual palsu

Ayyoookkk. Ini bukan isi-isi yang I fikir sendiri heh, ambil dari majalah dan I cuma berkongsi sahaja. Bagi wanita-wanita (lelaki pun apa kurangnya) yang mempunyai keinginan seks yang kuat, mereka menyimpan alat seksual palsu untuk digunakan bagi memuaskan nafsu mereka. Mereka membeli alat itu di pasaran gelap (Timesquare pun ada HAHAHA) daripada pihak-pihak tertentu. Hoh, dekat Singapore belambak je kedai sex toys ni =__=”

Cinta palsu

Pada zaman ini, di mana manusia mementingkan kebendaan, pangkat dan kuasa, ramai wanita yang memalsukan cinta menjadi benda boleh dijual beli, boleh ditukar ganti, boleh dipindah dan bertukar tangan. Sebab itulah terdapat wanita yang meminta cerai apabila suaminya jatuh bankrap. Sebab itulah juga ada wanita yang bermain kayu tiga atau memperdagangkan tubuh mereka bagi membolehkan mereka menikmati kemewahan hidup. Bagi mereka cinta adalah material, kemewahan dan keseronokan.

So lelaki, korang ingat senang ke nak cari perempuan untuk dijadikan isteri pada zaman sekarang ni?

14 Responses to “Wanita dengan kecantikan palsu”

  1. zatiNo Gravatar
    05Apr

    suka entry nie..
    dlm bnyk2 palsu nie..
    satu je yg sye gne..
    kanta mata palsu..
    sebabnye rabun…huhu
    .-= zati´s last blog ..~ imam VS masak =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    hai zaty. first time drop komen kan? hee thankyou babe. waaa i pulak takda satu pun yang digunakan buat masa ini. btw rabun jauh ke dekat? selesa tak?

    [Reply]

  2. ila-aliNo Gravatar
    05Apr

    hidung dan dagu palsu pun dah melambak dah sekarang ni…
    .-= ila-ali´s last blog ..Kasihmu seteguh Taj Mahal – Nilai Kasih Seorang Suami =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    ah-ha betul tu. dagu palsu amboi amboi amboiiii mantap habisss

    [Reply]

  3. syidashukorNo Gravatar
    05Apr

    tak pernah pakai bulu mata palsu lagi . hehe
    .-= syidashukor´s last blog ..isu Rafiqin Darwisy menghina arwah Din Beramboi adakah patut dikecam ? =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    wah yang lain-lain pernah pakai lah ni? aww

    [Reply]

  4. elvieraNo Gravatar
    05Apr

    Hihi..

    One day nnti,Viera rasa nk try pulak cinta palsu tu kak rara.Boleh tak?HAHA :laugh:

    :tongue:
    .-= elviera´s last blog ...:.Award+ Sakit gigi dan kepala=Masuk ward.:. =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    hepp jangan mengada. kang kena balik nak? T__________T

    [Reply]

    elvieraNo Gravatar Reply:

    Heh..

    betul jugak tu.Karang kena hukum karma pulak.Hishh..

    kalau cmtu nk cuba bulu mata palsu lah..Haha :laugh:
    .-= elviera´s last blog ...:.Award+ Sakit gigi dan kepala=Masuk ward.:. =-.

    [Reply]

  5. LiyanaNo Gravatar
    05Apr

    :love: bulu mata i original.

    gigi i original walaupun rongak ke apatah tapi tetap ori.

    rambut i original walaupun ada sikit kaler merah dari safi HA HA

    tak pernah guna kanta mata palsu cuma ada cermin mata palsu sahaja

    payudara adalah original. mantap tak? HA HA HA

    alat seksual palsu? gila betulllllll HA HA HA i pernah tengok tau dekat times square siap duduk depn2 abg i gatal nk tgk eeww.

    cinta i adalah sejati dan original.

    kira i perfect lah sebab original je smua HA HA :laugh: :laugh:
    .-= Liyana´s last blog ..malang berganda bagi keluarga Allahyarham Din Beramboi kerana rumah dipecah masuk. =-.

    [Reply]

    RaraNo Gravatar Reply:

    syabas sayang, syabas HAHAHAHAHA :P i pun pernah tengok kat timesquare tu. lalu depan kedai tu lepas tu i dengan kakngah gelak-gelak. ingat nak masuk tapi mama ada masa tu wkakka. euw i pernah tengok secara dekat, masa tu kat bugis street singapore. benda tu jual belambak kat sana, slumber je :P siap ada macam robot contoh aww

    [Reply]

  6. MieyaNo Gravatar
    05Apr

    Okay mieya terasa bab contact lens tu. Bye. HAHAHAHA :laugh:
    .-= Mieya´s last blog ..Ada mata lihat, ada otak fikir. =-.

    [Reply]

  7. Azie_ZackNo Gravatar
    05Apr

    i suka pakai bulu mata palsu…memakai takpe..jgn mengubah ciptaan tuhan yang kekal….apa yang penting hati jgn palsu…

    [Reply]

  8. posh76No Gravatar
    05Apr

    blogwalking
    posh76´s last [type] ..Terjebak dengan mekap STAGE ala ala MAC tu

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge
:j: :i: :h: :g: :f: :e: :d: :c: :b: :a: