Apr
Misteri (Kisah Benar)
Ingat lagi tak entri ‘Thankyou, kawan baik‘? I ada bagitahu dalam entri tu, I nak ceritakan kisah misteri yang terjadi selepas I hantar kawan I balik Naza Talyya hotel. Well, sebenarnya, daripada hotel lagi perkara ni macam pelik, tapi masa itu I tak terfikir apa-apa dan I rasa ianya keadaan normal. Kan I hantar Jiera balik hotel pada pukul 8 malam, so dalam pukul 8.30 malam tu weols dah sampai hotel tu. Masa turun je dari kereta, baby yang Jiera jaga (Jiera datang sini sebab tolong jaga baby seorang kakak yang ada meeting dekat JB ni) tu menangis tiba-tiba. Dalam kereta dia senyap je, tapi bila keluar dari kereta, dia terus menangis kuat-kuat. Sampailah weols naik lif dan sampai ke bilik, I dengan Mak teman Jiera naik.

Dalam bilik pun baby tu still menangis lagi. Kakak tu pulak macam tak tahu nak buat apa, apatah lagi Jiera. Alhamdulillah lepas bagi susu, baby tu diamlah kejap. And then I dengan Mak pun balik. I drive macam biasa dari Naza Talyya hotel tu nak balik ke rumah. But bila lepas dari Danga City Mall, Mak cakap ;
“Bila malam, Mak macam tak cam jalan sangat. Bangunan semua macam lain”
“Oh biasalah tu. Kalau esok siang lalu tempat sama, Mak mesti cakap tak pernah lalu jalan ni kan”
“Eh ni kita dekat mana banyak sangat traffic light ni? Lain macam je jalannya”
Terus I gelabah tapi buat-buat cool. Maybe I salah jalan =____=” I nampak signboard ‘Kampung Melayu Majidi’. Err dah jauh sangat dari rumah I. Macamana I boleh drive sampai ke sana? Puas I dengan Mak fikir mana silapnya. Sesat. Mak cakap maybe I tak turun masa depan Danga City Mall tu, maybe I uturn balik. Tapi I rasa mustahil. I masih teringat-ingat I ada turun dari Danga City Mall tu.

Ganjil. I rasa ada yang tak kena. Tapi malas nak cakap banyak. I teruskan perjalanan dengan ikut signboard ke highway Kuala Lumpur. Mak pun dah risau. Adik I tinggal seorang dekat rumah, hari dah makin malam. Suddenly I nampak signboard masuk ke highway Kuala Lumpur. Dengan nekad, I masuk. What to do lah, I tak bawa GPS. Sebelum pergi hantar Jiera tu, I dah tanya Mak ;
“Mak, nak bawak GPS ke tak? Ke tak payah?”
“Tak payah” – Konfiden.
Memang jauh tersasar. Sepanjang highway yang gelap tu memang I tak berani nak pandang belakang. I pakai side mirror je. Back mirror tu I tengok-tengok macam tu je. Tak berani nak tenung lama-lama. Itupun dalam dua saat je agaknya I tengok, just for make sure takda kereta bila I masuk lane kanan/kiri. Tiba-tiba sampai tol. I tanya dekat orang tol tu ;
“Tumpang tanya. Ni kalau terus, jumpa Skudai keluar dekat mana eh?”
“Nak pergi Skudai ke nak pergi tol Skudai?”
“Err tak. Nak balik Bandar Nusajaya” T________T
“Terus je dik. Lepas tu jumpa tol Skudai, depan lagi, baru jumpa simpang Gelang Patah”
“Oh okay. Thanks”
“Masuk simpang Gelang Patah tu. Nanti jumpalah Bandar Nusajaya”

Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat walaupun dah jauh malam T______T Sampai rumah, masa nak masuk pagar, I nampak adik dah tunggu depan rumah. Adik tutup mata sebab silau lampu kereta. I padamkan lampu terus. Dah masuk dalam pagar, I matikan enjin dan keluar. Mak, adik dengan I lepak luar rumah dulu sambil nak kunci pagar. Tiba-tiba lampu kereta terbuka sendiri. Sumpah. Weols tiga beranak tengok sendiri. I terus cakap macam ni ;
“Eh tadikan dah tutup. Apasal bukak balik ni”
I bukak pintu kereta balik dengan niat nak padamkan lampu tu. Tapi dah habis pusing dah. Memang lampu tu patutnya padam. Tapi lampu tu menyala =__=” I dah cuak. Dalam hati dah takut takyah cakap lah. Tapi buat-buat cool. Tapi lepas tu tiba-tiba terpacul dari mulut I macam ni ;
“Errr tiba-tiba teringat pulak arwah Abah pernah cerita dekat gudang simpan kereta DSK (Depoh Simpanan Kenderaan) ada hantu main lampu kereta”
“Ish. Mak baru nak cakap”
Muka masing-masing dah cuak. Dalam cuak tu, tiba-tiba lampu kereta I padam sendiri. Bukan itu je, I terus rasa aneh bila I tengok handphone I tiba-tiba dalam keadaan silent, takda vibrate pulak tu. Bayangkan? Siapa yang pegang handphone I? Padahal I letak dekat seat I je sepanjang I drive tu. I sure sangat, I tak silent handphone I apatah lagi off vibrate, sebab masa on the way ke Naza Talyya hotel tu, Syafi call beberapa kali dan I ada jawab phone call tu. Masa I perasan tu, I tengok ada 7 missed call yang langsung I tak perasan.
Terpulanglah uols nak cakap ini semua kebetulan ke apa. Tapi inilah yang I alami dengan Mak malam itu :(


02Apr
meremang bulu roma baca kisah ni..
seram sangat =0
.-= MrRollies´s last blog ..Facebook vs Twitter : Yang Mana Lebih Baik Untuk Bloggers? =-.
[Reply]
02Apr
you.. apesal seram entri kali ni? :-s :sweatdrop: :sweatdrop: :sweatdrop:
.-= nurull´s last blog ..selamat pengantin baru aina =-.
[Reply]
Rara
Reply:
April 2nd, 2010 at 19:54
kalau cerita rekaan, takkan rasa seram kan? ini uols baru baca je dah rasa seram etc kan? T___________T memang i alami benda ni. i rasa ‘benda’ tu memang sengaja nak sesatkan I dengan mama.
[Reply]
02Apr
wooooaaaa! ada benda nak ajak begurau! T__T dupdapdubdap.. cuak baca.. aduh! :dead:
.-= yashygsempoi´s last blog ..Shotcut Aplikasi Pilihan =-.
[Reply]
Rara
Reply:
April 2nd, 2010 at 20:04
aha, betul. benda tu macam ajak gurau T__________T takut gila nasib baik takda benda buruk jadi ke apa kan
[Reply]
02Apr
seram giler kes kak rara nie.nasib baik tak apa-apa kan?
Thnks God :)
Cobaaann..he..he.. :sweatdrop:
.-= elviera´s last blog ...:.Lesen P akhirnya MILIKKU.:. =-.
[Reply]
Rara
Reply:
April 2nd, 2010 at 20:12
Aah, nasib baik dia tak tunjuk diri ke hapa ke lepas tu jadi benda tak elok T___T syukur sangat.
amboi biasa dia, boleh lagi nak gelak ye? aumm :P
[Reply]
02Apr
OMG! Gila seraammm. Dah lama tak baca cerita hantu. Ni bila baca u punya cerita kasi bulu roma semua naik. Ishhh. Seram seram. Memang kene elakkan drive waktu malam ni. :rgh:
.-= Haneem´s last blog ..Ohh, Laksa Penang Idaman Kalbu. =-.
[Reply]
Rara
Reply:
April 2nd, 2010 at 21:20
nak tak nak kena jugak drive habis nak wat camana kan. alhamdulillah takda la dia buat i accident ke hapa , mintak simpang
[Reply]
02Apr
seram~~~
.-= cintanajihah´s last blog ..Anime Eyes Tutorial =-.
[Reply]
Rara
Reply:
April 2nd, 2010 at 21:19
seram T_____T
[Reply]
02Apr
takot la rara bace entry u kali nih,,
.-= nurulfaridah´s last blog ..Makeup tutorial:Purplish Look =-.
[Reply]
Rara
Reply:
April 2nd, 2010 at 21:19
i yang mengalami lagi takut :((
[Reply]
02Apr
meremang bulu roma baca entri ni.. :dead:
kalau fatin suka sgt baca & tgk citer seram..
tapi, tak beranilah nk alami sendiri peritiwa seram tersebut :weird:
.-= fatin´s last blog ..Kematian Satu Kepastian =-.
[Reply]
Rara
Reply:
April 2nd, 2010 at 21:18
memang tak berani. kalau diberi pilihan samaada nak alami atau tengok dalam tv je, baik tengok dalam tv je =’(
[Reply]
02Apr
bab2 main lampu neh yg lemah neh. bila cakap pasal lampu teringat dulu masa studi kat epoh, umah sewa. rumah tu double storey. waktu tu jam 2am. i nak charge hp. charger kat tingkat atas. member yang lain semua dah tido. lampu kat tingkat atas mmg tak tutup, kitorang bukak jer time mlm.
nak dijadikan cite, elok smp jer kat tingkat atas, tetibe lampu terpadam sendiri. huhuhuhu. tp ntah kenapa i boley buat derk pulak time tu. dgn slumber i kata “janganlah kacau aku” n suddenly lampu tu nyala balik.
tataw lah kebetulan ke apa kan. huhuhu.
.-= drunbella´s last blog ..Saya Tak Boleh Bantu Din Beramboi =-.
[Reply]
Rara
Reply:
April 2nd, 2010 at 21:11
ayyyooook serius ke? benda macam tu kadang-kadang takkan kita asyik nak fikir kebetulan kan yang? >,<
ada yang memang kita ‘diuji’. seram kan bila kena sendiri.
selama ni tengok dalam tv je.
[Reply]
drunbella
Reply:
April 2nd, 2010 at 21:17
nanti i buat entry ada cerita yg lebih seram dari main2 lampu.
.-= drunbella´s last blog ..Saya Tak Boleh Bantu Din Beramboi =-.
[Reply]
Rara
Reply:
April 2nd, 2010 at 21:22
okay yang ;(
[Reply]
02Apr
kalau jenjalan memalam tu pasang cd ayat quran
mudah-mudahan… istighfar dan selawat byk2
baby tu mcmana… tak nangis dah ke pastu…
.-= cujie´s last blog ..pakcik google menggoogle =-.
[Reply]
Rara
Reply:
April 2nd, 2010 at 20:53
haa tu lah. lupa sangat nak sediakan cd tu dalam kereta.
pastu masa tu radio memang tak bukak langsung la.
bulu roma meremang je T________T
baby tu? jiera cakap, lepas kitorang balik, kakak tu keluar hotel balik,
pergi skudai lepak ngan sedara dia. siot kan?
baby tu dia tinggal dengan jiera. and baby tu nangis sampai pukul 2am.
[Reply]
02Apr
uishhhh seramnye… klu akak confirm dah pengsan..tp mmg cam pelik walhal dr naza hotel tu balik ke GP kan sekejap jek…
.-= Mummy Dasy´s last blog ..Dah dewasa ke? =-.
[Reply]
Rara
Reply:
April 2nd, 2010 at 23:38
macamana nak pengsan, ra yang drive kereta. kalau pengsan, sama dengan din beramboi lah jawabnya T____T dari hotel naza ke GP take about 20-30 minutes je :( tapi boleh kan kitorang sesat almost 2 hrs tau
[Reply]
02Apr
ok rara.. akak senyap.. sebb terlampau seram entry neh.. gila, slh jalan, pastu jalan gelap, pastu lampu bukak ttp, handset tbe2 disilentkn.. misteri sungguh..
mlm tuh lena x tdow yang?
[Reply]
Rara
Reply:
April 2nd, 2010 at 23:36
haaa tu la. tak mungkin kebetulan kan? +_____+ malam tu tidur tak lena. nasib baiklah sekarang ni ra dah tengok dengan adik. but then rasa macam something lah. baca bismillah 21x sebelum tidur memang dah jadi perkara wajib dah. alhamdulillah benda tu tak tunjukkan diri dia >,<
[Reply]
02Apr
ok kak rara. mmg seram citer kak rara nie ~
.-= mysara´s last blog ..Lagenda Budak Setan :) =-.
[Reply]
02Apr
Fuhh…kak rara punya entri buat fatin takleh nak tido sebab teringatkan peristiwa yang agak sama dengan kak rara…tapi bezanya…dia tak kaburkan mata kita …tapi tunjuk kat kita ……anyway,mak fatin yang join sekali baca pun kata yang drive memalam memang bahaya lagi2 kat tempat keras tu…memang seram giler citer kak rara ….http://www.raracandyfloss.com/wp-includes/images/smilies/th_dead.gif…nanti nak tidur kena doa2lah…jadinyer…sebab dah terbaca entri “berhantu” niyhhttp://www.raracandyfloss.com/wp-includes/images/smilies/th_thinking.gif
[Reply]
Rara
Reply:
April 3rd, 2010 at 10:19
kirim salam dekat emak fatin heh :) insyaAllah takkan jadi pape lah selagi kita ingat untuk baca surah alQuran
[Reply]
02Apr
Jantung dah rase mcm terhenti sekejap
Terkejut punye osl
Okae skrg da pukul 1.59AM
Benda benda pelik wani da perna rase dah
Nampak pun pernah (kot)
Entah lah
Mase tu nak menjerit tapi tak terkeluar suara
That tima ada kem
Sampai skrg wani dah taknak pergi mane2 kem yg kena tido ape sume tuu
biar lah kem balik-hari jee
serik sudah
[Reply]
Rara
Reply:
April 3rd, 2010 at 10:18
ahaaa kem satu hal kan. memang selalu nampak benda camtu. apatah lagi kalau ada ‘malam burung hantu’ memang boleh terkencing kat situ jugak la T___T
[Reply]
02Apr
err.serius seram baca. :sweatdrop:
tapi memang ada cerita mcmni kan.tapi kena yakin je.jangan cepat cuak.nanti dia lagi suka
[Reply]
Rara
Reply:
April 3rd, 2010 at 10:18
haaaa kan? :( memanglah. kakrara dah alami and rasa macam takut sampai sekarang.
lepasni nak drive malam-malam memang kena fikir namjutakali lah jawabnya =___=”
[Reply]
02Apr
erghhh..ngeri juga… :rgh:
.-= MeZ´s last blog ..#140 – Sorokkan .. =-.
[Reply]
02Apr
er T_________T malam tadi i baca gne hp baru ( HA HA HA) lepas tu terkentut kentut sebab keseraman yang T___________T
btw i belum dan taknak rasa benda bennda macam ni tsk :rolleye:
.-= Liyana´s last blog ..bermain internet dan cafe world menggunakan e72. =-.
[Reply]
Rara
Reply:
April 3rd, 2010 at 15:23
HAHAHA handphone baru lah ye ehem. seram pun kentut? hish tak senonoh pompuan ni tau. cubit kang pipi lagiiiiii
i pun tanak yang :( siapalah yang mahu kan? i tanak tapi nak buat camana :(((
[Reply]
02Apr
auwww. seram. mmg misteri. tp, i bukan nk ckp ape, i dulu agak terbiasa dgn benda2 misteri ni since dulu ade orang penah hantar benda yg misteri tu kt umah, mcm tgl sekali gn ktorang la. mcm2 benda jadi, tp now dah takde la. but u know, my dad selalu cite2 benda2 misteri ceni. huhu~
.-= ayong_qiela´s last blog ..away.. =-.
[Reply]
02Apr
:sweatdrop: mommy!!!!!!!!!!!!!!!!!!
.-= cik mun´s last blog ..Terharu biru. =-.
[Reply]
02Apr
Sepanjang baca entri nih, I hold my breath… So scary… Lain kali jangan drive malam2 okeyhh? :rgh:
.-= Aliya Azman´s last blog ..TTE [Day 2] : Cheshire Oaks & Blue Planet Aquarium 26/12/09 =-.
[Reply]
02Apr
salam. (silent reader tetiba dah tak silent.hehe)
adoih! dah la dok sensorg kat opis, opismate semua tak mai lagik. menitik kot airmata bc entri!huuuu….. mujo la so far takde main OT2 lagi and duduk menyewa berdekatan opis. ni kalo baca entri after bulan 6 nih (balik pindah umah mak kat pj nnt), rasa sumpah buat muka kesian kat juniors tumpang bilik dorg je nnt (sbb ukm dekat je ngan opis!) haha!
.-= fara-d´s last blog ..things i’ve learnt part 2. =-.
[Reply]
02Apr
salam sume…takutkan mati n azab kubur lg baik dri ingat bnda2 cmni…amalkan bacaan al-quran demi memantapkan kita sebagai umat islam yang hebat..iblis syaitan hanya ingin menyesatkan..
[Reply]