Mar
Singapore, again
Amaran: Entri ini adalah di taip oleh budak darjah 1.
Pada hari Sabtu yang lepas, saya dan emak saya pergi ke Singapore. Kami menaiki bas dalam pukul 10 pagi. Saya berasa sangat mengantuk pada pagi itu. Tetapi saya kena pergi jugak sebab saya nak beli bahan-bahan untuk crafting felt. Apabila kami tiba disana, kami terus pergi craft shop di Ang Mo Kio. Selepas itu, barulah kami pergi ke rumah Mak Mah.
Saya membeli beberapa jenis ribbon. Emak suruh saya beli secara banyak tetapi saya kata taknak. Itu adalah alasan saya untuk masuk ke Singapore lagi pada lain hari. Jahat kan saya? Tapi sebabkan saya jahat tu lah, saya demam. Saya tak nak lah pergi Singapore banyak kali lagi dah.
Ini Mak Mah yang belikan untuk saya. Mak Mah membelikan ribbon oren ini sebanyak 5 meter. Saya suka sangat. Terima kasih, Mak Mah.
Kain felt ini saiznya adalah lebih besar dari saiz A4 paper. Saya rasa sangat tak rugi beli dan berbaloi. Pilihan warna sangat banyak. Dan, kain felt ini juga adalah yang jenis tebal. Saya lebih suka yang tebal sebab berkualiti tinggi.
Dan ini pula cerita tentang kucing saya yang kurus. Nama dia Kiki. Saya nak tanya, kenapa dia macam itu?
Itu sahajalah cerita saya pada hari ini. Saya sekarang sedang demam. Tolong doakan saya semoga sihat selalu. Terima kasih kerana membaca. Bye.



08Mar
muahahaha. teringat zaman dolu2 buat karangan.
ehh, kalo sy buat order la kan, bape minggu sampai kat tgn saya?
lalalala~
<3
zida´s last blog ..Mari Kita Menggeletar Sampai Mati Khamis Depan !!!
[Reply]
Rara
Reply:
March 8th, 2010 at 04:16
Hello Zida =)
Hihi aah kan, dulu buat karangan ke main lagi ayat, lepas tu asyik buat tajuk “Cuti persekolahan saya di Port Dickson” Kah kah kah kah.
Kalau buat order, bergantung kepada kuantiti yang Zida order dan customer yang sebelum Zida la ;p
[Reply]
08Mar
karangan anda lulus.. hehe..
comei kiki..
[Reply]
Rara
Reply:
March 8th, 2010 at 04:18
Haha thankyou cikgu Fizah! =P Dapat berapa bintang? 10 kan cikgu?
Kiki memang comel, kan kan
[Reply]
feez
Reply:
March 8th, 2010 at 04:21
yeap..comei.. dia jadi mcm tu sbb letih kot.. ataw dahaga.. kekeke..
ok.. utk anak murid cikgu yg comei mcm kiki neh cikgu kasi 9 bintang..
hehe.. xleh bg 10 bintang nnt guru besar marah.. :D
feez´s last blog ..Hotfmbigjam2010
[Reply]
Rara
Reply:
March 8th, 2010 at 04:22
Eeee cikgu ni kedekut lah. 9 je bagi! Lagi satu dah jadi ‘tahi’ ke? Kekekek. Tahi bintang. LOL.
[Reply]
08Mar
murah ke felt kat spore? kat sini yang ada motif printed dia jual up to 3 dollar. saizA4. tp klu pegi kat kedai2 murah, klu pandai carik boleh dpt lg murah kot. Akak nak carikkan rara a few benda lagi tp masa tu rushing. sbb cousin my husbnd dtg brisbane. so akak terus pass kat dia je. next tim, insyaallah
[Reply]
Rara
Reply:
March 8th, 2010 at 05:31
Kakak Chika, Rara ni sebenarnya dah tak sabar nak update pasal parcel from kak chika ni ha. dok la tenung macam monyet dapat pisang tauu ;b eee seronok sangat dapat parcel ni, yang ni pon cukup sangat dah. Kalau kakak nak Rara bayar, let me know tau, guilty pulak Rara rasa >,<
btw, felt dekat Singapore murah tau. Kalau kakak chika nak Rara belikan pon boleh! =D 1 ela dalam $7 je. Yang saiz besar dari A4 tu only $1 =)
[Reply]
08Mar
oo kucing rara ni mengalami kepanasan.kira dye xley rara jemur2 kat panas rembang.lgpon cuaca skg mmg panas.so keep dye kat lam umh je.rara pon demam gak? alolo cian dye..jgn men panas rara.akk ari tu pon hmpir demam coz asik berpanas je.k rara rajin mkn ubt taw.n get well soon =_+
arin´s last blog ..craft stuff
[Reply]
Rara
Reply:
March 8th, 2010 at 05:33
Ooo itulah. Tapi Kiki tammo duduk dekat dalam rumah. Dalam rumah pun bahang sangat T__T Nak menyorok duduk katmana pun taktahu. Korek tanah buat rumah dalam tanah kangggg.
Thankyou Kak Arin, you take care too :*
[Reply]
08Mar
yayang, i nk order felt lagi. hahah~ boleh ke?
ayong_qiela´s last blog ..Genting ; Part 3
[Reply]
Rara
Reply:
March 8th, 2010 at 07:30
Boleh yayang, tapi kena ambil masa la, hihi yelah order u banyak kan :P Harap bersabar sikit lah ye..
[Reply]
ayong_qiela
Reply:
March 9th, 2010 at 04:08
hahaha. nvm la. take ur time. :D
ayong_qiela´s last blog ..Genting ; Part 3
[Reply]
08Mar
Dik, buat masa ini akak tak rasa nak order felt lagi, masa akan datang insyaAllah. Tapi kalau adik nak belnaja kakak pun tak mengapa jugak. HAHA.
Bagus karangan adik, akak suka :P
Mieya´s last blog ..Welcome to mieyabubbletalk.com
[Reply]
Rara
Reply:
March 8th, 2010 at 07:41
Adik? Kakak? Ewah ewahhh dia. Biasa ni.
[Reply]
08Mar
ini karangan kalau masuk upsr mesti tak dapat A. sebab saya adalah cikgu, dan saya tahu. memang tak dapat A. sila study lagi jangan malas
*switch mode*
sygggggggggg i suka u edit gambar mcm tu. lagi2 yg ada mcm border border tu. sila ajar please.
*switch mode*
saya rasa kucing anda mengalami masalah kencing malam, anda boleh masukkan beliau ke dalam peti ais.
(nasihat dari doktor pakar kulit HKL)
Liyana´s last blog ..hadiah hari jadi ; sebuah pendrive kingston 4gb.
[Reply]
Rara
Reply:
March 8th, 2010 at 10:44
eeee jahatlah cikgu ni. tak nak ah jadi anak murid cikgu. dah lah jahat, kedekut pulak! T__T
*switch mode*
border border yang mana syg nii? yang terpisah-pisah ke babyyy? aaaha tu u pergi photoscape saja. filter > distorts > window =D
*switch mode*
kencing malam? eh bukan u ke malam tadi kencing malam. bwhahaha. peti ais dah penuh, pinjam perut u la, nak simpan dalam perut u je ey? ;p
(amboi dia. dah pandai kan siap buat switch mode segala :P)
[Reply]
Liyana
Reply:
March 8th, 2010 at 12:21
aww. i like boleh reply reply.
heh perut i ramping tak boleh :D
[Reply]
Rara
Reply:
March 8th, 2010 at 16:25
hep suka eh dear? ngee. perut ramping tak boleh? cis! kedekut ah!
[Reply]
08Mar
Haha, kucing Lisa pon salu wat cm uh. Die penat kot. Or panas ke kan?
[Reply]
Rara
Reply:
March 8th, 2010 at 10:45
Ahaa, panas atau penat, kan? Kesian dia kan? T__T
[Reply]
08Mar
salam kak rara.. kucing tu comellah.. :) rasa nak peluk2 jer.. :)
tapi kenapa lidah dia terjelir2, mcm dog?? :) peliklah.. hehe..
apapun.. comel sangat.. :)
sasa´s last blog ..→Tag KamiBlogger Biggest Contest!←
[Reply]
08Mar
rara, kalau pergi singapore balik hari still kena tunjuk pasport ke? ke boleh masuk mcm tu je?
pembaca senyap no. 55´s last blog ..Solution??
[Reply]
Rara
Reply:
March 8th, 2010 at 16:27
Eh? Mana boleh. Haha. Nak pergi luar negara MESTI ada passport, tak kira la u nak masuk 5 minit ke 5 saat ke hihihihi :D
[Reply]
pembaca senyap no. 55
Reply:
March 9th, 2010 at 05:54
eh, tak boleh eh…
haiyooo, baru berangan nak gi singapore jugak…
tp kalo kena buat pasport, uh, berat sikit hati -__-’
dekat singapore banyak jual kain-kain linen japanese utk buat beg kan…
haih~~ tak dpt la pergi jwbnya…
me kasih rara for d info….
pembaca senyap no. 55´s last blog ..Solution??
[Reply]