Archive for March, 2010

31
Mar

Thankyou, kawan baik.

Posted under Craft, Friends 10 Comments

Sejak empat menjak ni, I selalu sibuk. Sampaikan kawan-kawan dekat Twitter, terindu-rindu bayangan dekat I. Tersenyum lebar lah I bila ada orang meluahkan perasaan rindu kepada I. I selalu bersyukur, walaupun I ini bukanlah kaki sosial, bukanlah kaki melepak (bila dekat JB), bukanlah kaki bodek, bukanlah kaki buat muka kasihan, bukanlah mampu nak pakai iPhone, blackberry atau yang mahal-mahal belaka, bukanlah jelita dan comel macam kebanyakkan orang, tetapi, ramai sangat kawan-kawan yang sayangkan I, rindukan I, risau bila I senyap tanpa khabar, sentiasa ambil berat dan setia kawan dengan I. Kawan-kawan dekat cyber pun dah terlalu membahagiakan, apatah lagi kawan di alam nyata. Well, kawan dekat cyber pun kebanyakkannya dah jumpa, dah  menjadi kawan di alam nyata juga.

Bestfriend, Norsham Hajira

Semalam, satu hari I macam senyap dekat Twitter. Sebenarnya I pergi berjumpa dengan kawan baik, Jiera. Well, Jiera datang sini ada kerja. Bukanlah semata-mata nak jumpa I. And then Jiera cakap dia boring duduk dekat hotel sorang-sorang. I bagitahu Mama, terus Mama cakap;

“Haa. Apalagi, siaplah. Kesian dia dekat hotel tu. Siap sempoi-sempoi je. Tak payah melaram ke apa”

T_______________T I pun bersiap macam Donuld Duck tak cukup kaki. Macam lintang pukang habis semua bersepah bedak dekat muka, comot comot rambut terus sepit selekeh-selekeh je. Oh, knowing me, I tak suka ikat rambut kemas rapi lepas tu asyik pergi toilet usha rambut, pantang lain macam sikit, terus nak betul-betulkan. Sikit-sikit selak rambut, sikit-sikit tengok cermin, sikit-sikit sikat rambut heh. That’s not so me! I lebih suka rambut I nampak bersepah, natural dan biar selekeh-selekeh terkeluar sikit kalau ikat HEHEHE.

Oh. I ambil Jiera dekat Naza Talyya hotel, lepak rumah I, makan-makan dan lepak-lepak lagi, jam 8 malam baru I hantar Jiera balik hotel. Oh, dalam perjalanan balik, I dengan Mama melalui peristiwa misteri. I tak tipu. Sumpah. Nanti I cerita dekat next entri heh. By the way, special for my bestfriend;

Thankyou sebab sudi jugak luangkan masa untuk aku. Aku kan dah janji, aku akan pick up kawan-kawan dekat mana sekalipun walaupun jauh dari rumah aku ni. Datang JB, roger je, confirm aku pick up. Aku tak pernah lupa kawan-kawan. Aku harap lepas ni friendship kita kekal macam sekarang and tammo merajuk dengan aku lagi tau. Sayang kau. Muah muah.

Juniza's keychain

Juniza's keychain 2

Fikaryna's keychain

Ini adalah hadiah untuk pemenang-pemenang bertuah dalam giveaway yang Kak Cujie buat. HEHEHE. Diharap pemenang suka dengan hasil kerja I T____T

Nana's keychain

This keychain belong to Nana :’) Hope she like it.

30
Mar

Kepada yang masih single

Posted under Cakap-cakap, Tips 16 Comments

Single

Image: Deviantart
Content: Majalah ‘Perempuan’

  • Kepada yang masih single

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin uols kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila uols biarkan ia terbang, ia akan menghampiri di saat uols tak menduga. Cinta mampu membahagiakan tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila uols berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya. Heh heh. Ayat dia jiwang betul kan? Tapi memang betul lah. Cinta ni, kalau dikejar, memang dapat yang entah apa-apa. Cuba kalau uols tengah seronok hidup single, asyik ada je orang yang pujuk rayu =___=”

  • Kepada yang ragu-ragu dengan pernikahan

Cinta, bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan diri uols sempurna. Kepada playboy/playgirl, jangan cakap “Aku Cinta Padamu!” bila uols tak betul-betul peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tak betul-betul ada dalam diri. Jangan sentuh hidup seseorang bila uols hanya berniat nak main-main saja. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang uols lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta dengan uols, sedangkan uols langsung tak berniat langsung untuk menerimanya saat ia terjatuh.

  • Kepada yang patah hati

Sakit, luka, hancur, patah hati.. bertahan selama uols menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam uols membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya. Gagal sekali dalam sesuatu perhubungan, tak bermakna tidak boleh teruskan hidup baru.

  • Kepada yang belum pernah jatuh cinta

Ayyooo ada lagi ke manusia yang belum pernah jatuh cinta? T_______T Macamana kalau jatuh cinta? Nak jatuh, jatuhlah! Tapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsi tapi jangan tak adil. Cuba untuk memahami tapi bukan bermakna tak boleh meminta apa-apa. Bersedia untuk terluka dan menderita, tapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang betul-betul dialami.

  • Kepada yang ingin menguasai

Hati uols patah tengok orang yang uols cintai sedang berbahagia dengan orang lain, tapi akan lebih sakit lagi bila mengetahui orang yang uols cinta langsung tidak pernah bahagia dengan uols.

  • Kepada yang takut mengakui

Cinta menyakitkan bila uols putuskan hubungan dengan seseorang. Tapi, lebih sakit lagi bila seseorang yang memutuskan hubungan dengan uols. Tapi, cinta paling menyakitkan adalah bila orang yang uols cintai langsung tidak mengetahui perasaan uols terhadapnya.

  • Kepada yang masih bertahan mencintai seseorang yang telah pergi

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila uols bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh uols dan uols telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

P/S: Sampai bila uols nak hidup single?

Page 1 of 1012345...10...Last »