07
Feb

Felt : Winnie The Pooh and announcement.


Macam biasalah. I tengah penat sangat. Jam menunjukkan pukul 12:13am semasa entri ditaip dan I baru sahaja lepas menjahit. I busy sangat sampai tak ada masa nak update blog. Nak makan minum pun terabai. Nasib baik Syafi selalu warning I untuk makan minum. Kalau tak, I sendiri yang merana sebab missed meals. I tak boleh missed meals langsung T_____T Akibatnya sangat teruk, I jadi lembik serta merta, muntah-muntah, sakit perut, lepastu terkulai layu ditasik madu atas katil. Kesian kalau jadi macam itu.

I dah penat. Apakata uols tengok gambar je? Okay kan? Intro pun I dah kasi panjang dah tu. Ha. Ni felt Pooh yang I buatkan untuk customer.




Oh ya. Siapa yang buat order after 9 Februari akan dapat item dia lepas Chinese New Year ya. Sebab I busy dengan Engagement Day my second sister, Angah. She will be engaged on 14 February. Doakan yang baik-baik untuk Angah ye, semoga jodoh dia dengan abang Azam kuat dan disinari dengan kebahagiaan yang tiada tandingan. Amin.

Berbalik kepada order felt names/shape, I still boleh terima order tapi item akan dihantar depends-on-hari-tak-busy-I-lah. Pos yang terakhir (sebelum Chinese New Year) akan dibuat pada 10 Februari, iaitu pagi sebelum I bertolak ke Kuala Lumpur.

And oh, I ada dapat customer yang nak order banyak-banyak tau. Dia buat bisnes cupcakes, so dia nak I buatkan felt cupcakes untuk customer dia as a gift. Alhamdulillah, rezeki I semakin murah. And nanti bolehlah I promote bisnes cupcakes dia tu. And I pun bercadang nak tempah cupcakes jugak ni :P

Eleh konon nak kasi tampal gambar je, tapi bebel jugak macam mak nenek =_____=”

P/S: Today is 8th February. Kalau Arwah Abah masih ada, hari ini adalah hari lahir Abah yang ke 50. Macamana lah agaknya muka Abah bila dah menjangkau 50-an kan? Al-Fatihah.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:j: :i: :h: :g: :f: :e: :d: :c: :b: :a: