I'm a Mommy's Driver. » Tips: Risiko ‘fad diet’

I'm A Mommy's Driver.

Tips: Risiko ‘fad diet’

Diet yang diamalkan sebahagian wanita sekarang adalah TIDAK SIHAT (kena boldkan tanda warning keras), dan dikenali sebagai ‘fad diet’. ‘Fad diet‘ adalah pelan diet yang menjanjikan penurunan berat badan yang cepat tanpa perlu menjaga pemakanan dan senaman. Jenis diet yang sering dilakukan ini berisiko tinggi. Antaranya seperti list dekat bawah ni.
  • Diet terlalu rendah kalori

Pengambilan makanan rendah daripada 800 kalori sehari. Ini menyebabkan tubuh terpaksa mendapatkan tenaga daripada simpanan lemak.
Risiko: Diet ini berisiko tinggi untuk mendapat kesan sampingan seperti pembentukan batu dalam pundi hempedu, kehilangan jisim otot, ketosis dan peningkatan asid urik dalam darah kerana ketidakseimbangan tenaga.

  • Diet rendah rendah

Diet dari pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak akan mengakibatkan kekurangan jumlah kalori. Ramai pengikut diet ini memberi gambaran mitos bahawa selulit adalah disebabkan bahan toksik. Dengan mengamalkan diet ini dapat mengurangkan lemak terutama pada bahagian peha atau pinggang.
Risiko: Diet ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan pengukur lemak tubuh (BMI) dalam badan.

  • Diet tinggi serat

Amalan diet tinggi serat boleh membantu penurunan berat badan dengan memberi rasa kenyang disebabkan pengambilan kalori yang sedikit.
Risiko: Jumlah serat disarankan biasanya terlalu tinggi dan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti senak perut dan cirit birit. Bagi sesiapa yang bermasalah penghadaman akan memburukkan lagi keadaan dan pengambilan bijirin dalam kuantiti besar akan mengurangkan penyerapan mineral seperti zat besi dan zink.

  • Diet tinggi protein

Pengambilan karbohidrat dihadkan kurang daripada 30 gram sehari. Pengambilan terlalu tinggi boleh melambatkan perut kosong dan mengurangkan keinginan untuk makan.
Risiko: Meningkatkan pengambilan kolestrol dan lemak tepu. Diet ini juga kurang kandungan serat berasaskan karbohidrat, terutama bijirin tumbuhan. Pengamal diet ini mungkin mengalami sembelit, fungsi kognitif terjejas dan peningkatan paras asid urik dalam buah pinggang berisiko untuk pembentukan batu karang.

Girlssss, tammo cuba ‘fad diet’ tanpa mendapatkan nasihat doktor tau. Nanti sakit T___T Bagi yang tengah diet tu, if ada something wrong, please cepat jumpa doktor sebelum ada kesan sampingan yang teruk. And girls, tak nak kan kurus keding macam I ni? Sobs.

Eh cuba tengok sarapan I untuk pagi tadi. Lontong. Sedap, kan? Makanan sedap macam ni pun uols ada hati nak diet ke? (Bersiul. Muka tak bersalah)

Papppppppppppp!

“Kan Mama dah cakap bersiul tak baik!” T___________T

Credit: Jelita Januari 2010, page 114

Posted on 28 January '10 by Rara, under tips.








CommentLuv Enabled