13
Jan

Tips : Cara mudah bakar kalori

Filed in Friends, Tips

raraonly Tips : Cara mudah bakar kalori

bagi orang kaya raya macam you guys, tips ni sangatlah tidak perlu dipakai sebab you guys boleh pergi celebrity fitness sahaja untuk membakar kalori. baru berlari 800 meter menggunakan treadmill, liyanaa berjaya menurunkan berat badan sebanyak 3kg. tapi kalau i, baru nak register nama, tengok harga pun dah ketaq lutut kot. bweheheheh.

okay meh sini i share cara mudah bakar kalori yang i dapat dari majalah jelita. antara yang you guys boleh buat:

  • shopping

girls love shopping very much. eh ada ke girls yang tak suka shopping? err. i rasa semua suka, just depends on ada duit dengan tak ada duit je. pantang ada sales, semua berebut pergi kan? walaupun tengah tak ada duit, tapi sanggup pergi manjakan mata nak window shopping, survey harga, sanggup bersesak. fuhh. sebenarnya, kegiatan macam ini pun boleh menjadi pilihan you guys untuk membakar kalori. shopping selama 45 minit non-stop (terus berjalan tanpa rehat) sangat berkesan untuk membakar 90 kalori dalam tubuh badan kita tahu?

ehem. so lepas ni bolehlah mintak parents you guys duit belanja untuk shopping. cakap dekat parents, nak bakar kalori dalam badan. heh.

  • mengemas rumah

pfft. perkara ini adalah satu perkara yang sangat tidak digemari oleh i. serious talking, i ni pemalas sangat sangat sangat T______T

“tapi i ada maid. buat apa nak kemas rumah”

maybe ada yang bagi alasan macam ini. tapi cuba tengok dulu manfaat dia. dengan spent time untuk kemas rumah on weekend, you guys lebih rapat dengan tempat tinggal sendiri, selain tu boleh juga membakar 450 kalori. wooo! banyak tu.

  • berasmara

gulp. cara yang satu ini hanya untuk mereka yang dah berkahwin lah. setiapkali melakukan hubungan kelamin dengan pasangan, boleh menyingkirkan 65 kalori. pfft. jangan tanya i kenapa. pergi tanya aunty-aunty yang dah berpengalaman :P

  • menari

suka menari? ehh i suka. sebab tu lah masa Digi challenge tu i menari sambil tak ada reti malu. eh malu sebenarnya. tapi dah kata pun challenge, kenalah buat kan. you guys, kurang daripada satu jam menari, you guys boleh membakar 230 kalori tau. gerakan dalam tarian yang penuh bertenaga sangat membantu untuk mengurangkan kalori dalam tubuh badan.

  • makan sedikit, tetapi kerap

setiap kali makan, sistem percernaaan dapat bekerja dan mencerna makanan kemudian menyerap nutrisi. untuk menghidupkan mesin percernaan dan melakukan proses ini tentunya memerlukan kalori. sebab itu, amalkan makan sedikit tetapi kerap kerana dapat membakar lebih banyak kalori.

  • jangan abaikan sarapan

i selalu abaikan sarapan. bangun tidur pukul 12pm terus lunch T_______T

orang yang mengabaikan sarapan cenderung lebih banyak mengambil kalori pada waktu makan tengahari, petang atau malam. so, setiap hari you guys perlu ambil sarapan untuk mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan.

  • minum lapan gelas sehari

minum lapan gelas sehari (dua liter) sehari dapat membantu membakar 100 kalori dalam tubuh. mungkin kedengaran tidak terlalu besar, namun kalau dihitung dalam seminggu, boleh mencapai 700 kali atau 2800 sebulan. tapi ingat, jangan minum air terlalu berlebihan, nanti boleh mengancam kesihatan pulak.

One Response to “Tips : Cara mudah bakar kalori”

  1. wanaNo Gravatar
    13Jan

    all good tips, paling best yang shopping tu ;)
    confirm gigih shopping lepas ni.

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:j: :i: :h: :g: :f: :e: :d: :c: :b: :a: