Archive for January, 2010

27
Jan

Felt and baby meow

Posted under Craft, Family, felt fabric, Friends, Kucing, Oliey No Comments



Ini order yang I dapat daripada beberapa customer. Sengaja nak letak dekat entri ni. Nak tunjuk contoh. Senang kalau customer lain nak order, boleh tunjuk contoh mana satu dia nak.

Oyya, untuk pengetahuan kakak Yonna and kakak Diya, felt names untuk kakak Diya macam nama ‘Mira‘ tu. Tapi kakak Diya punya warna lain T_________T Harap-harap dapatlah siasat siapa ‘Rahim‘ tersebut. Pfft. Suka hati dia je nak curi parcel orang, kan?

Semua item dekat atas ni dijangka tiba kepada tuan masing-masing pada hari ini. Ada yang pos pakai pos laju and ada yang pakai pos ekspress. Hopefully semuanya sampai dengan selamat.


Oyya (lagi), malam tadi after maghrib, Kiki dah mula sakit and mintak dibelai oleh Mama. Gambar di atas adalah beberapa jam sebelum kelahiran anak-anak Kiki.


Pagi tadi, Mama bangun pukul 4am dan tengok Kiki dah beranak dah. Hoorayyyy! Mula-mula keluar dua ekor. Seekor hidup, seekor lagi mati dalam keadaan masih dalam sarung/kantung. Lepas itu keluar lagi dua ekor, juga keadaan yang sama. Seekor hidup, seekor lagi mati dalam keadaan masih dalam sarung/kantung. Yang hidup pulak dibiarkan dengan uri. Nampak sangat Kiki tak tahu apa-apa lagi.


Kiki tengah lemah sekarang. Well, anak Kiki adalah BUKAN anak Oliey T________T

UPDATE: Baby lagi sekor tu mati jugak. Baby tu semua tak cukup bulan lagi sebenarnya :(

26
Jan

Tips: Serangan dan symptom migraine

Posted under Tips 35 Comments


Siapa ada migraine? I ada migraine, tapi lama dah tak kena serang dengan penyakit tu. Harap-harap tak payah lah datang lagi dah. Kalau dah kena serang migraine, I boleh rasa nak mati sangat dah. Jangan harap boleh berjalan-jalan macam biasa. Lebih-lebih lagi kalau kena cuaca yang panas.


Macamana nak tahu ada migraine? Okay ini adalah gejala ataupun symptom migraine:
  1. Sakit kepala yang berdenyut-denyut, lazimnya hanya berlaku pada sebelah kepala sahaja. Mengikut pengalaman I, I selalu diserang pada kepala kanan. Kesakitannya agak teruk, kadang-kadang terasa di belakang biji mata atau di belakang kepala ataupun di bahagian tengkok. Selalunya kesakitan berpanjangan selama 6-48 jam. I selalu kena dalam 24-30 jam.
  2. Rasa mual dan sometimes muntah.
  3. Rasa sejuk, letih dan kebas-kebas.
  4. Sensitif terhadap cahaya ataupun bunyi bising. Mama I akan suruh I tidur dalam bilik gelap kalau I diserang migraine. Selalu tutup langsir dan tak akan ada cahaya yang terkena pada diri I terutamanya mata. Bunyi bising pun akan mengakibatkan migraine bertambah teruk T_____T
  5. Berpeluh-peluh.
Bagi sesetengah pesakit migraine, termasuk diri I sendiri, terdapat “aura” iaitu tanda-tanda amaran bahawa migraine akan mula menyerang. Contohnya, pandangan menjadi kabur, ternampak garisan zigzag ataupun kelihatan bintang-bintang di mata. Kalau I dah dapat tanda macam ni, jangan harap I akan keluar rumah.
Migraine akan menyerang apabila:
  1. Tekanan-tekanan emosi ataupun tekanan fizikal.
  2. Makanan – Coklat, makanan yang mengandungi MSG (monosodium glutamate), makanan yang mengandungi tyramine seperti ayam, kekacang.
  3. Daging yang mengandungi nitrates seperti sosej dan salami.
  4. Bawang besar, mentega kacang, produk susu.
  5. Persekitaran – bau-bauan seperti minyak wangi, bunyi bising, missed meals, pertukaran masa tidur, pertukaran hormon seperti haid dan hamil, merokok atau asap rokok.
Ini tips yang berkesan semasa mendapat serangan migraine.
  • Meminum banyak air agar badan tidak kering terutama jika terdapat muntah-muntah.
  • Berehat di bilik yang senyap, gelap dan sejuk.
  • Letakkan kain yang sejuk di kepala.
  • Makan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.
  • Bersabar dan berdoa agar Allah menghapuskan dosa-dosa kita melalui kesakitan yang kita lalui ini.
Menurut I, kesakitan yang paling sakit adalah sakit gigi dan gusi. Kedua adalah migraine. Menurut I lah T____T

Page 2 of 1012345...10...Last »