Menjawab persoalan anda

- macamana nak buat layout 3 column?
jawapan i yang sebenarnya memang tak tahu. sebab coding asal layout i ni dibagi oleh liyanaa.com sebab dia suruh i tukar daripada classic templates ke xml layout ni. tapi bila i dah buat entri private hari tu, dayah yang baik hati pulak bagi link untuk layout 3 column ni. haaa. kira beruntung lah you guys sebab dapat link tu. sekali zassss je dah dapat 3 column. lepas tu pandai-pandai lah edit kasi cantik. i pun mula-mula belajar jugak baru pandai. pelan-pelan kayuh lah. kalau nak tutorial apa-apa, i recommend blog kak ceera.
- macamana nak buat header macamni and transparent?
i buat header ni dekat adobe photoshop cs4. mana nak dapat photoshop tu tolong lah jangan tanya i banyak-banyak kali. i marah nanti. you guys beruntung gila tau sebab dapat download photoshop secara percuma dekat sini. kalau i dulu kan masa still study, macam nak pengsan cari adobe photoshop yang full version tapi yang local punya. nak beli original memang tak mampu lah kan. mencari ke sana sini, sanggup download guna ares sampai berhari-hari.
buat transparent tak adalah susah mana. masa nak create tu, siap-siap lah tick dekat transparent lepas tu nak save tu save la dengan cara save for web & devices. jangan lupa letak format as .gif atau .png sahaja.
- macamana nak buat site stats?
hello. i pun mula-mula susah sangat cari benda tu. tapi if you guys betul-betul nak, please jangan malas untuk google. ni takkkkk. baru google sekali tak dapat, terus tanya i minta coding. bukan tanya kat mana dapat, terus minta coding dia T______T itu i tak kisah lah. tapi bila dah bagi, i bagilah yang sebijik macam i punya, malaslah nak tukar warna font dia. eh sekali dia pakai font color yang sebijik macam i jugak. at least tukarlah
- macamana buat ‘hello candyfloss‘ macam dekat dalam entri?
100% menggunakan adobe photoshop cs4. tutorial nak buat animation pun you guys boleh google. i memanglah tak google sebab i ada memang dah ada basic since form 4. siapa budak multimedia pun mesti tahu nak buat animation kan?
- macamana nak dapat domain .com macam i?
jawapan dia, senang je. register dekat mana-mana web yang jual domain. ada duit, bank in. selesai. mana ada domain .com free? kalau ada, kat mana? meh bagitahu i? kalau ada, i pun nak lah. siapa tak nak free, kan? bwheheheheh.
- macamana nak buat blog macam ni?
hahahahaha soalan ni memang mintak kena cium agaknya. you guys, bila orang tanya macam ni dekat i, apa jawapan yang sesuai agaknya heh? i kena bagi dia coding blog i ke? soalan dia sebenarnya meminta jawapan yang macamana? T________T

and please heh. kalau nak tanya something, reveal lah link blog.
okay dah. lepas ni, no more merengek-rengek heh? i dah penat sangat nak jawab (-______-”)


Leave a Comment