16
Dec
chrrrrppppppppp! -hirup udara tengah malam. kalau kau baca entri ni bukan tengah malam tak payah nak hirup sama. heh.
ambil masa lama untuk update pasal peristiwa enam disember. bulu ketiak dah tumbuh dua kali ganda pun tak update-update lagi pasal peristiwa enam disember. tak senonoh doh. apa seronok sangat peristiwa enam disember ni sampai habis satu bulatan bumi ni di war war kan? tak blah. sebenarnya tak lah best mana. bagi kau lah. kot.
setiap enam haribulan adalah anniversary i dengan syafi. so enam disember tu kira dah two years and three months lah kan weh? okay fine. serius hari tu have fun sangat sampai tak reti nak balik rumah. orang dekat rumah called banyak kali tapi malas nak layan. kan dah cakap awal-awal, enam disember adalah hari berpoya-poya. janganlah kacau.

celebrate bukan hanya berdua. tapi bertujuh. hoh. ramai kan? biasalah. kuncu-kuncu. pukul lapan pagi syafi dah suruh siap apa semua. awal gila. rasa macam nak pergi menikah. rushing-rushing siap. sampai dekat rumah bandar tun razak, semua pun tidur lagi. kroh krohh.
bila dah siap; destinasi pertama pergi ampang superbowl dekat flamingo. perempuan semua naik myvi. lelaki pulak bawak kereta i je. sukalah diaorang, mengaum ngaum bunyi ekzos.

diaorang semua jaguh main bowling. i pun. syafi je tak jaguh. asyik-asyik masuk longkang. heh tapi itu masa acara panaskan badan je tu. second round, syafi terus jadi paling jaguh. dah lah jaguh memenangi hati i. memang bertuah betul i dapat syafi tu. pandai main bowling, pandai masak, pandai loya buruk, pandai mengada. bertuah.

tengok tu tangan dia. kan baru lepas
eksiden tu. seboleh-boleh nak hangout jugak sebab dia nak gembirakan i ni. bertuah. nasib baik sebelum pergi tu mama dah suruh i letak dettol dekat luka tu. macamana tak eksiden. jalan tu licin. siapa entah pandai-pandai letak minyak atas jalan. orang ramai kata, polis yang letak minyak supaya budak-budak tak merempit malam hujung minggu. eleh. macamlah tak ada tempat lain diaorang boleh merempit pun. ni dah menyusahkan bakal suami i je. nasib baik bukan i yang kena melamar syafi untuk kahwin, kalau tak jatuh lah harga hantaran. hekhek.

main bowling punya lah beriya. sampaikan guna bola bowling yang sama je. tak nak tukar-tukar. yang berat semua jangan harap nak angkat. angkat size 7 je sudah. kang patah pulak tangan angkat yang size 10.
gambar nak man
top je. heh. main tekan-tekan dekat photoscape sekali keluar macam ni. boleh jelah. man
top jugak.
to be continue.
You can leave a response, or trackback from your own site.