Nov
Perjalanan ke Dewan Merak Kayangan




i bersiap macam magic lepas tu i terus gerak dari petaling jaya dengan syafi. thankyou syafi, sebab selalu ada dengan i.
i pergi ambil kakak lyana dekat ktm dato’ harun, sebab yang itu paling dekat dengan rumah kakak i. fuh, first time jumpa kakak lyana. mula-mula macam takut tapi lepas tu kitaorang rapat secara sendiri and berbual macam dah enam puluh tahun kenal. eceh padahal umur baru setahun jagung manis. heh. kitaorang terus rushing pergi ampang point, pick up nurull dekat sana. tunggu nurull dah dekat setengah jam, nurull kata angah dia pergi isi minyak tapi i rasa macam angah dia pergi cari gali minyak. okay i bergurau, itu bukan gurauan kasar kan? :P
okay pukul 11.15am macam tu kitaorang dah ada dengan nurull. and terus i drive secara tergesa-gesa ke gombak. jalan ke rumah ynn entah ingat entah tak ni. i bergantung pada co-driver jelah. syafi je pandai sup sap sup sap jalan ni, i mana reti T___T tersesat sikit je nak pergi rumah ynn. sampai rumah ynn dalam pukul 11.45am and huda pun dah ada dekat rumah ynn. i dah macam berfikir macamana diaorang nak sumbat sekali empat orang dekat seat belakang. so i deal dengan huda, minta tolong huda bawak kereta i. tapi huda tak biasa dengan kereta i and huda macam ter-mer-bahaya-kan diri sendiri. i risau and suruh huda stop dekat petronas and i pun drive. terpaksalah diaorang ni disumbatkan dekat belakang macam ikan dalam tin. sorry girls, nanti tunggu i beli bas, kita naik ramai-ramai lagi :D hik
ambil nafas kejap lima minit (-___-”)

okay dah. boleh sambung balik. haa. lepas tu kan, i pergi masuk lebuhraya duke, nak ke jalan ampang tu. tapi hari tu boleh pulak jalan ke ampang dekat lebuhraya duke tu tutup. what the f? jalan ditutup semata-mata ada marathon $%#*( apatah dekat situ. hesh. macam ni lah malaysia. menyusahkan rakyat. dah i terpaksa lah pusing siap pergi damansara, petaling jaya balik and pusing satu kl ni ha hoi. penat tak penat? rasa macam nak mengamuk tapi sebab happy hari tu i buat macam cool je padahal i rasa dah macam nak terbang je dah.

bila dah sampai, aina pulak tunggu kitaorang dekat depan menara celcom. nak masuk hall sama-sama. and dekat situ ada tiga ke empat wedding entah. nasib baik tak salah pergi wedding walaupun hampir-hampir dah nak salah sebab pergi masuk dewan lain and tengok tema warna biru habis hancur luluh hati sebab biru dia sangat tak gorgeous HAHAHA.
and akhirnya dapat parking dengan sibuk sangat i nak buat semua bumper mengikut sistem ‘S’. haa. actually i nak bagitahu you guys. selama i berdriving ni, first time i belajar buat ‘S’ dekat bumper. itupun sebab bumper dekat gombak bukan main tinggi semua sampai i buat spekulasi bahawa gombak ramai mat rempit heh.
okay okay ni baru cerita pasal perjalanan. nanti cerita pasal lain lagi and nah lah tengok gambar we all sikit dulu.




