Archive for November, 2009

17
Nov

Hospital kerajaan yang lalai

Posted under Driving, Family No Comments

hello you guys. you guys semua sihat kan? jaga kesihatan tau. jangan jadi macam i T_________T semalam seharian dekat hospital sultanah aminah johor bahru. seriously macam benci. since i hilang kepercayaan dekat hospital kerajaan (sebab masa arwah abah i sakit, diaorang macam tak tahu nak buat apa), i rasa tak nak jejak dah hospital kerajaan. memanglah ajal maut di tangan Allah SWT, tapi kita sebagai manusia and doktor sebagai doktor, kenalah ikhtiar kan? tapi i tahu diri. manalah mampu nak pergi hospital swasta. setakat check tu bolehlah, if dah kena masuk wad, tak mampu nak bayar agaknya.

masa i pergi, i dengan mama kena tunggu almost 1 hour untuk masuk bilik doktor. 1 hour memang sekejap bagi orang sihat, tapi bagi orang sakit? kalau nak mati pun sempat sangat dah. dah lah tu, masuk jumpa doktor tak sampai seminit pun. adalah dalam 30 saat. doktor dah lah garang. suruh orang jalan cepat-cepat. dah lah tengah sakit. tak ada otak punya doktor. lepas tu i kena pergi buat urine test. tunggu result almost 1 hour lagi. sebenarnya urine test tu tak sampai 1 hour pun. 5 minit je. tapi nurse dah terbuang urine test i. macam tak ada otak, kan? LALAI! menyusahkan orang. i tengah sakit ni. boleh pulak kena tunggu berjam-jam dekat situ. kalau boleh baring tak apa. ini kena duduk dekat kerusi keras. hesh.

ambil urine test lagi sekali. nombor giliran 1096 – tak sampai lima minit pun dah kena panggil ambil result. result : weak positive (-____-”)

masuk balik bilik doktor garang tu. dia kata badan i kurang air. mana tak nya, apa i makan, apa i minum, semua keluar balik. muntah-muntah macam orang tak ada kerja lain dah. doktor cakap macam ni dengan i;

“pergi bilik no.11. awak kena masuk air 2 botol. lepas tu kita check urine test sekali lagi. kalau still weak positive, baru kena tahan wad. sementara tu minum air 100 plus kalau awak tak nak kena tahan ward”

100 plus heh? dah lah benci bau air tu. nak telan apatah lagi. tapi mak mah pujuk and paksa, and mengenangkan tak nak masuk wad, telan jugak lah. kang kalau dah masuk wad, i memang tahu, bukan senang nak dapat keluar. i pernah merasa T______T

lepas dah masuk 2 botol air, and i pun dah minum bergantang-gantang air 100 plus, pergi buat urine test. nasib baik dah negative. kalau tak? hesh.

apapun, you guys doakan i sihat supaya boleh driving dengan selamat ke kl sabtu ni.

tolong jawab : menteri-menteri besar kerajaan, kalau sakit, diaorang masuk ke hospital KERAJAAN?

14
Nov

Leggings bercorak jeans

Posted under Daily buys, Family No Comments

thankyou semua sebab ambil berat and bagi semangat dekat i and family. and thankyou huda sebab call i banyak kali tapi i tak boleh angkat. setiap kali you call, mesti i tengah buat kerja. masak nasi, bagi mama makan, and saudara i ramai yang datang melawat. harap you faham.

okay entri kali ni i nak share cerita dengan you guys pasal leggings baru i. ala. yang i beli dekat bugis, singapore hari tu. dekat sana banyak sangat pattern leggings. i nak beli warna warni tapi macam mahal sangat sebab sehelai je dah $10. bila convert duit malaysia dah kira rm25. kalau nak beli banyak-banyak macam kena fikir banyak-banyak juga. hek.

i beli pattern ala-ala jeans. heh. tapi kaki i kurus sangat, macam tak sesuai je i pakai. sedih i. yakin nak gemuk lebih tapi tak gemuk pun. penat dah berusaha. dah lah i cepat mengalah. okay okay cerita pasal leggings. ada banyak lagi jenis leggings jeans. macam-macam jenis jeans i tengok. makin cantik, makin mahal.

buat koleksi leggings secara perlahan pun okay jugak kan? :P

kena tengok pada gaya lah kan. ada orang cakap, orang pakai tudung tak sesuai pakai leggings. tapi i selalu tengok orang pakai tudung then pakai leggings. sesuai je. comel je. tak ada pun nampak tak sesuai? leggings ni kalau kena pada gaya, memang comel lah. and nak pakai leggings, kalau kaki tu berisi sikit, lagi lawa. kalau kaki macam i ni, tak selera je tengok. heh. kutuk kaki sendiri apa salahnya?

i nak leggings banyak-banyak lagi. boleh kurangkan shopping seluar jeans. ala i bukan beli seluar jeans yang mahal-mahal pun. sekadar boleh pakai tu kira okaylah. tak percaya? betul. i ni sederhana sangat orangnya. pakai seluar jeans beli dekat butik romp je. hahahahahaha.

ha esok mak cik i nak bawak mama i pergi klinik dekat pekan nenas, pontian. harap dapat kurangkan sakit mama.

Page 2 of 812345...Last »