17
Nov

Hospital kerajaan yang lalai

Filed in Driving, Family

hello you guys. you guys semua sihat kan? jaga kesihatan tau. jangan jadi macam i T_________T semalam seharian dekat hospital sultanah aminah johor bahru. seriously macam benci. since i hilang kepercayaan dekat hospital kerajaan (sebab masa arwah abah i sakit, diaorang macam tak tahu nak buat apa), i rasa tak nak jejak dah hospital kerajaan. memanglah ajal maut di tangan Allah SWT, tapi kita sebagai manusia and doktor sebagai doktor, kenalah ikhtiar kan? tapi i tahu diri. manalah mampu nak pergi hospital swasta. setakat check tu bolehlah, if dah kena masuk wad, tak mampu nak bayar agaknya.

masa i pergi, i dengan mama kena tunggu almost 1 hour untuk masuk bilik doktor. 1 hour memang sekejap bagi orang sihat, tapi bagi orang sakit? kalau nak mati pun sempat sangat dah. dah lah tu, masuk jumpa doktor tak sampai seminit pun. adalah dalam 30 saat. doktor dah lah garang. suruh orang jalan cepat-cepat. dah lah tengah sakit. tak ada otak punya doktor. lepas tu i kena pergi buat urine test. tunggu result almost 1 hour lagi. sebenarnya urine test tu tak sampai 1 hour pun. 5 minit je. tapi nurse dah terbuang urine test i. macam tak ada otak, kan? LALAI! menyusahkan orang. i tengah sakit ni. boleh pulak kena tunggu berjam-jam dekat situ. kalau boleh baring tak apa. ini kena duduk dekat kerusi keras. hesh.

ambil urine test lagi sekali. nombor giliran 1096 – tak sampai lima minit pun dah kena panggil ambil result. result : weak positive (-____-”)

masuk balik bilik doktor garang tu. dia kata badan i kurang air. mana tak nya, apa i makan, apa i minum, semua keluar balik. muntah-muntah macam orang tak ada kerja lain dah. doktor cakap macam ni dengan i;

“pergi bilik no.11. awak kena masuk air 2 botol. lepas tu kita check urine test sekali lagi. kalau still weak positive, baru kena tahan wad. sementara tu minum air 100 plus kalau awak tak nak kena tahan ward”

100 plus heh? dah lah benci bau air tu. nak telan apatah lagi. tapi mak mah pujuk and paksa, and mengenangkan tak nak masuk wad, telan jugak lah. kang kalau dah masuk wad, i memang tahu, bukan senang nak dapat keluar. i pernah merasa T______T

lepas dah masuk 2 botol air, and i pun dah minum bergantang-gantang air 100 plus, pergi buat urine test. nasib baik dah negative. kalau tak? hesh.

apapun, you guys doakan i sihat supaya boleh driving dengan selamat ke kl sabtu ni.

tolong jawab : menteri-menteri besar kerajaan, kalau sakit, diaorang masuk ke hospital KERAJAAN?

Leave a Reply

CommentLuv badge
:j: :i: :h: :g: :f: :e: :d: :c: :b: :a: