I'm a Mommy's Driver. » #2 day Singapore

I'm A Mommy's Driver.

#2 day Singapore

ini entri singapore lagi. heh.

hari ahad. memang dah plan awal-awal nak pergi sentosa island. tapi disebabkan abang azam seboleh-boleh nak kasut futsal sala dia tu, kitaorang pergi queensway shopping centre dulu. dah lah masing-masing bangun lambat. kumpul tenaga. ngeh. yang paling lambat bangun tu i lah. orang terakhir bangun dari tidur. tapi orang pertama mandi. cis.

jeng jeng. kitaorang pergi berlima sahaja. sebab menaiki sebuah myvi warna putih yang cuma memuatkan lima orang sahaja. hihi. pemandu pelancong kitaorang kan photographer jugak, so apa-apa gambar semua dia ambil. bukan setakat gambar pulak tu, siap bawak video camera and record setiap aksi kitaorang. i nak upload dekat youtube kasi you guys tengok tapi pakai broadband, ingat boleh? T___________T

masa ni kitaorang still dekat tempat parking rumah mak mah. sambil tunggu enjin kereta panas, haruslah bergambar dulu kan you guys. hekhek. i rasa pergi sentosa island pakai leggings lagi best, selesa and santai. okay lepas dah ready semua, we alls bertolak pergi queensway shopping centre. treng trengggggg.

abang azam dah dapat dah kasut futsal sala dia. hari bertuah dia sebab dapat kasut yang memang tak ada dekat malaysia and original adidas dengan harga yang berbaloi, jauh beza dengan harga adidas dekat malaysia. yes. adidas dekat malaysia mahal sikit berbanding dekat singapore, walaupun after convert to ringgit malaysia. hihi. last stock tau kasut abang azam dapat and memang size dia. alhamdulillah.

dah sampai harbour front and puas pusing cari tempat nak beli ticket naik sentosa expressway.

bila dah jumpa, beli ticket $3 per person. and here we go :D

dalam tram. sentosa expressway. sekejap je dah sampai. kali ni kitaorang pergi tak dapat naik cable car sebab under maintanance. hek. i lah orang yang paling happy tak naik cable car sebab i memang gayat habis teehihi.

okay.

dah sampai imbiah station. and bermakna dah sampai sentosa island. entri lepas ni pasal perjalanan kitaorang dekat sentosa island pulak. heh. penatnya T_________T

and and oh, masa dekat harbour front, i nampak kedai ini. best. original sanrio.

ehem².

i rindu sangat dekat syafi sampai i rasa macam tak ada mood dekat sentosa island. kesian i sebab tak set auto roaming. tapi tak apa. sebab i dengan syafi dah boleh berbual through phone tanpa masalah dah. hik.

Posted on 10 November '09 by Rara, under family, love, vacation.








CommentLuv Enabled