14
Oct
Oct
Tips berkebaya Ep1
Filed in Random
you guys ada pasang niat untuk berkebaya? tapi takut? come on. yakin pada diri sendiri. bertudung? bukan satu masalah. you guys boleh menggayakan kebaya sebagai busana Muslimah. i think kalau tahu cara, mesti you guys nampak hot. jom check it out!

tips berkebaya untuk wanita bertudung
- rekaan kebaya mestilah disesuaikan dengan usia, bentuk badan and ketinggian you guys lah kan. jangan sampai you guys nampak tenggelam dalam kebaya yang over labuh atau sarat dengan renda or labuci.
- untuk tampil lebih muda macam i, ehem. pilih kebaya yang tak over labuh and longgar. renda secara sederhana menghiasa bahagian lengan atau bawah baju dah cukup. untuk yang dah berusia, ehem jangan tak mengaku. boleh gayakan kebaya labuh dengan corak sibar yang lebih berat bukan sarat ya.
- kalau nak pergi majlis waktu siang, pilih kebaya warna pastel dengan fabrik lembut beralun. contoh. sifon and sutera. warna gelap dengan lip lap lip lap bergermerlapan lebih manis kalau you guys pakai untuk majlis waktu malam. kalau nak glamour macam zaiton sameon, pilih kebaya bahan organza, broked or renda perancis ditatah batu-batu diamonte. fuh. malatops you guys.
- gaya semi formal tak semestinya memadankan kebaya dengan kain, boleh juga digayakan dengan skirt labuh ya ataupun palazo gitu. pilihan warna mestilah lebih gelap daripada padanan kebaya.
- bagi si manis pemakai tudung macam liyanaa.com. pilih kebaya yang jatuhnya melepasi pinggul ya. kalau kebaya sarat dengan renda, padankan dengan tudung polos atau bercorak sederhana. tentukan color yang sesuai antara tudung dengan kebaya, penting. hati-hati dengan corak tudung and deko pada kebaya.
- guna aksesori yang sesuai dengan warna serakan pada kebaya you guys yang hot ya. pilihan clutch, high heels, atau sandal tidak semestinya sedondon dengan baju, sekadar ada sedikit sentuhan rona dah cukup. untuk lebih selamat, pilih je aksesori warna hitam.

credit : intrend. mahu lebih banyak tips? langgani intrend sekarang di kedai majalah berdekatan. jengjengjengggg
cakap seksi : ini baru episod pertama :P

