I'm a Mommy's Driver.

Tips : Back to basics

ada beberapa bloggers yang leave message dekat shoutbox, ada juga yang comment, ada juga yang email. semua tanya i cara penjagaan badan. i sendiri pun cari juga tips penjagaan diri. well, biasalah kan, nama pun perempuan. mana boleh kecantikan dan perempuan dipisahkan. okay now kita cuba lah back to basics, khasiat bahan semulajadi ciptaan Allah SWT.

cara penjagaan muka

  • lobak

lobak kaya dengan vitamin E bermanfaat bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri wajah. juga sesuai bagi meningkatkan kelembapan pada kulit muka you guys yang kering-kering tu. parut lobak dan ratakan pada muka seperti mask. biarkan selama setengah jam. kemudian bersihkan dengan air.

  • avokado

you guys yang menghadapi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi boleh menggunakan avokado. tempek isi avokado pada seluruh muka. ia mampu menghalang pertumbuhan kulit berminyak sekaligus menjadi kulit lembut dan gebu gitu.

  • daun inai

ambil segenggam daun inai atau akar inai. rebus hingga airnya menjadi kekuningan dalam masa 15 minit. after that, tapis air tersebut dan biar sehingga suam sedikit. amalkan minum air rebusan inai. insyaAllah muka you guys nampak kemerah-merahan dan berseri-seri.

cara penjagaan tangan

  • asam jawa

ambil sedikit asam jawa dan ramaskan pada dua-dua telapak tangan. buang biji asam jawa dan biarkan kering selama 15 minit. amalkan selalu and insyaAllah nanti tangan you guys akan terasa lembut macam tangan i. psst. tangan i lembut sebab tak pernah buat kerja rumah lah you guys B-)

  • hampas teh

untuk you guys yang mempunyai masalah tangan kering, ambil hampas teh yang sudah tidak digunakan. kemudian sapu pada tangan and biarkan beberapa minit. selepas itu macam biasalah, basuh dengan air.

cara penjagaan kaki

  • hampas kelapa dan asam jawa

campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. sapukan juga sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik setiap hari. insyaAllah masalah kaki bersisik akan beransur baik.

  • air limau nipis dan bawang putih

campurkan sedikit perahan air limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. sapukan pada tumit kaki yang pecah. amalkan selalu sehingga sembuh.

  • minyak masak

masalah kaki melecet kan you guys? i pun selalu bermasalah macamni. sapukan sedikit minyak masak pada kaki yang melecet sebelum pakai kasut. insyaAllah kaki tak melecet dah lepastu.

  • asam jawa dan garam

kaki berpeluh dan berbau? jangan segan. benda ni normal lah kan bagi yang selalu pakai kasut jenis bertutup. sebab tu i jarang pakai kasut bertutup. so, sediakan sebesen air dan campurkan segenggam garam. rendamkan kaki and gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. selain dapat menghilangkan bau kaki, juga boleh menghilangkan masalah gatal-gatal pada kaki.

khasiat semulajadi bahan-bahan ni adalah solusi mudah khusus untuk you guys cuba. actually i pun tak tahu sangat pasal khasiat bahan-bahan semulajadi ni. macam biasa, i ambil tips ni dari intrend lah kan you guys. i kan duta intrend kan. siapa tak tahu? hahahahahahahahhaha. okay cukup.

Posted on 19 October '09 by Rara, under tips.








CommentLuv Enabled