28
Oct

This is my first time letak gambar bertudung

Filed in Friends
raraonly This is my first time letak gambar bertudung

eceh eceh. entri ini khas buat atikah yang email i lepas entri earring. atikah tanya sama ada i ini budak sekolah convent bukit nanas atau bukan. of course bukan. hihi. i bukan budak convent tapi boleh dikatakan berkawan jugak lah dengan diaorang tu. lebih-lebih lagi masa pergi tuition class. actually, atikah ingat i budak sekolah sana sebab i ada mention pasal i tindik telinga sampai dua dan tiga lubang. eh eh bila i cakap i bukan budak sekolah sana, atikah macam tak percaya and tanya lagi i budak sekolah mana dulu. and siap request nak tengok i zaman sekolah.

IMG 1848 This is my first time letak gambar bertudung

sekolah i ; SMK TAMAN SETIAWANGSA memang wajib pakai tudung. and rasanya this is my first time letak gambar i bertudung. wajib bertudung tapi perangai student, ehem. hanya pengetua and cikgu-cikgu jelah yang tahu. student perempuan bergaduh tarik-tarik tudung, bergelut-gelut depan pagar sekolah lepas balik sekolah adalah perkara yang terlalu biasa. kadang-kadang i tak tahu apa puncanya. berebut boyfriend lah agaknya.

and oh. perempuan sebelah i. yang bermuka bulat macam doraemon tersebut adalah kawan baik i dunia akhirat, norsham hajira. gambar di ambil semasa hari terakhir sebelum mengambil spm. bawak handphone pergi sekolah. apa ada hal.

IMG 1846 This is my first time letak gambar bertudung

sebelah i tu adalah cikgu kesayangan yang mengajar i subjek produksi multimedia, puan suraya hashim. seriously rindu cikgu tersebut tapi dah tak tahu contact number. and and, sebab cikgu tersebut lah i boleh dikatakan pandai sedikit bermain coding, berphotoshop, berdreamweaver, bermacromedia flash, and banyak sangat dia ajar. sampailah i mendapat sijil matapelajaran vokasional.

IMG 1849 This is my first time letak gambar bertudung

ehem. didapati kompeten bagi semua modul diatas ye. hihi. i memang pelajar terbaik. bukan senang nak kompeten dalam semua ni semasa berusia enam belas tahun, saat-saat nakal yang tiada tandingan, dasyat betul T_________T

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
:j: :i: :h: :g: :f: :e: :d: :c: :b: :a: