Archive for October, 2009
Oct
Melayang lima ratus ringgit
masa i sibuk nak beli gadget baru lah ada je benda rosak. cabaran betul. camera rosak, laptop rosak, handphone pun dah nak kena masuk tong sampah. i tengah fikir nak pakai handphone apa yang camera dia bagus, ada wifi, ada 3g and design ada style. kalau ada, tolong cadangkan. tapi jangan cadangkan blackberry sebab i dah tengok review dia, semua camera tak menepati citarasi i. and and kalau boleh tak nak touch screen, leceh nak sms masa driving. heh.
i memang ingat duit cpf singapore arwah abah tu nak kasi dekat mama je. tapi dah macam-macam benda pulak rosak and dapat pulak adik beradik yang kurang faham perasaan orang bila semua benda yang penting dalam hidup i dah rosak. i nak buat macamana. i kena lah beli gadget baru tu kan. paling penting, handphone lah. serious i kena beli sebab i memang tak suka pinjam handphone orang. sebab i jenis tak suka bila orang pinjam barang i. jujur cakap.
“hoi. tali aku nak terputus dah ni. baik kau hati-hati”
serious bag tu tak bercakap sepatah haram dengan i. tolong percaya. dia memang tak ada cakap apatah lagi pesan dekat i. warranty dah habis. i tak sambung warranty after setahun. i beli laptop ni dekat mid valley megamall. rajin lah pulak i nak pergi balik kl semata-mata sebab laptop ni. nekad. pergi je bawak dekat kedai komputer gelang patah tu. lima ratus ringgit malaysia kalau nak ganti baru. untuk kakak kecintaan hati, i dahulukan duit mama bukan bermakna i menggunakan duit mama untuk repair laptop i. i dah cashout nuffnang i semalam and bila dah tunaikan cek, i bagi semua duit tu dekat mama. ada balance dari duit tu, of course ada, semua i bagi mama. so tak payah risau risau.
nasihat untuk orang yang berkenaan; please jangan pandang rendah dekat i sebab i akan buktikan one day dekat you, you silap besar hina-hina i beberapa malam lepas.
dah berapa entri tak sebut nama syafi? okay kali ni nak sebut lah. rindu dekat dia. i love you, sayang.
Oct
Menaikkan earning Nuffnang?
hari yang sesuai untuk tekan button cashout pada nuffnang. and yes. buat kali kedua, raracandyflossdotcom cashout. earning pertama macam you guys dah tahu lah kan; rm100.69. earning kedua i malas nak cerita berapa dan berapa. yang mana alert dekat facebook, dia tahulah. i tapis kawan-kawan dekat facebook bersebab. i ambil masa yang lama untuk approve orang pun ada sebab tertentu.

sometimes i nak share sesuatu benda dekat blog atau twitter, ada orang perkotak-katikkan. ada orang tak puas hati bila i reveal pasal earning nuffnang i. so i malas nak reveal dekat blog. nanti ada orang bertambah tak puas hati. so kalau dekat facebook tu i ada bagitahu and you guys yang tahu, sila buat-buat macam tak tahu bila dekat blog heh. i percaya you guys semua. please appreciate.
i tak mampu puaskan hati semua orang. please faham i. please T__________T

no no no, i bukan budget i bagus sangat. and please jangan salah faham. seriously, i pernah kena hentam hanya disebabkan earning nuffnang i. macam-macam cerita i dengar dari orang dekat twitter yang tak puas hati. jadi untuk puaskan hati semua orang, lebih baik i tak perlu bercerita. pasal buffered campaign apa semua, i malas nak reveal dekat blog. yes of course. of course i sedih bila orang ada perasaan dengki dekat orang lain hanya disebabkan benda remeh temeh. maybe dia rasa tercabar. tak apa. i tak salahkan dia. and i dah lupakan and i jugak dah tak ambil hati and i anggap dia rasa tercabar. thats it.
ada orang tanya i, macamana nak naikkan earning nuffnang. i memang tak tahu nak jawab macamana. i still baru dekat nuffnang. adalah dalam 11 bulan. nasihat i, if earning you guys dah cecah rm51, you guys cashout jelah. tak payah nak tunggu banyak sangat. percaya pada i. lepas you guys dah cashout for the first time, you guys akan rasa earning you guys cepat je naik lepas tu. serious. and untung-untung akan selalu dapat buffered campaign.
why rm51? bukan rm50? minima untuk cashout memang rm50 tapi nuffnang tolak rm1 untuk process cheque. so spent lah dalam rm51.50 pun boleh la. cukup-cukup rm51 pun boleh lah agaknya. i cuma bagi sikit-sikit tips berdasarkan pengalaman. bukan nak kata i dah terror atau nak kata i dah cukup bagus atau nak kata i dah hebat macam redmummy. serious i rasa i tak akan jadi sehebat redmummy. and kalau you guys nak tips yang betul-betul boleh digunapakai, boleh pergi sini. mana tahu kalau ikut tips tu boleh membantu menaikkan earning, kan?
and you guys yang belum daftar nuffnang, pergi sign up sekarang.


