I'm a Mommy's Driver. » Goodbye parents in law selepas berkahwin?

I'm A Mommy's Driver.

Goodbye parents in law selepas berkahwin?

rasanya, entri ni i buat untuk syafi tapi apa salahnya kalau orang lain nak jadikan entri ni sebagai inspirasi pada masa akan datang. hihi. tapi siapalah i sampai nak suruh orang lain berinspirasikan entri-entri i. honestly, bila dah bercouple dengan seseorang, sesuatu yang kita harapkan adalah restu dari kedua-dua belah pihak keluarga. of course kena pandai ambil hati orang tua pasangan kita kan?

tapi yang i pernah jumpa setakat ni macam-macam ragam jugak. masa couple, hari-hari pergi jumpa future parents in law pun tak apa. bukan setakat tu, setiap bulan sanggup belanja future parents in law makan besar. sanggup lah buat apa je janji dapat menangkan hati orang tua pasangan dia tu sampailah dapat jadikan anak mereka sebagai isteri.

bila dah jadi isteri? first thing i harapkan, syafi tak akan lupakan keluarga i apatah lagi membelakangkan keluarga i. apatah lagi bersikap dingin atau tak mesra dengan mama. maybe masa belum kahwin, still segan, itu lain cerita. tapi please. nanti dah kahwin janganlah segan sangat sampai nampak macam sombong.

lagi satu, paling penting. janganlah nak kurang ajar atau nak tinggikan suara dekat parents pasangan. apatah lagi bila parents in law tu bagi ayat berkias macam contoh;

“kipas syiling ni berhabuk sangat dah” -ini bermakna parents in law minta tolong menantu dia tolong lap kan T_________T takkan tak faham? dungu sangat ke?

lepas tu you guys dengar parents in law you guys cakap macam tu, please lah jangan buat tak dengar. macam annoying. for sure parents in law akan kecil hati and boleh menyampah dekat you guys masa tu jugak. perasaan orang tua ni sensitif. so kalau parents sendiri you guys tak boleh nak jaga hati, jagalah hati parents in law. macam mama i selalu pesan dekat i;

“emak atau bapak mertua tak sama dengan emak bapak sendiri. kalau emak bapak sendiri, dia dah bela kita dari kecil, dah tahu baik buruk kita, apapun tetap darah daging. kalau emak bapak mertua, kita kecilkan hati diaorang, susah lah hidup”

and lagi satu, masa couple wah wah bukan main lagi kalau boleh setiap hari nak jumpa future in law. hati berbunga-bunga bila dapat jumpa future in law. bila dah kahwin, isteri pergi jumpa emak ayah dia, bukan main payah you guys nak bawak. alasan memang banyak. macam tak best lah kan? once parents in law dah kecil hati dengan kita, macam tak berguna lah kan?

perempuan pun. bila suami you guys macam dingin dengan ahli keluarga, apa salahnya tegur? bukan derhaka pun kan? tegur secara baik, insyaAllah boleh jadikan hidup you guys lebih bahagia. i belum berkahwin, maybe tak layak nak cakap hal macam ni, tapi i rasa macam annoying bila orang dah berkahwin, terus bersikap dingin dengan family in law.

orang kata, berkahwin ni untuk mengembangkan silaturrahim antara keluarga. nak membesarkan lagi ahli sesebuah keluarga. tapi kalau dah macam ni punya perangai, macam baik tak payah kahwin, kan? syafi, please take note. when i said this is about our future, itu bermakna i serious.

Posted on 29 October '09 by Rara, under family, love, tips.








CommentLuv Enabled