12
Oct
Oct
Driving tips
you guys yang disayangi sekalian, eceh eceh. kita perlu berhati-hati masa driving kan? terutamanya bila driving sorang-sorang and waktu malam kan? pastikan keselamatan diri diutamakan dengan tips berguna dari honda jazz and intrend ya you guys :P

sebelum memandu pagi tadi :B
digalakkan :
- masa you guys berjalan menuju ke kereta, be alert heh. perhatikan keadaan sekeliling and peka dengan bunyi yang mencurigakan. telinga tu kasi korek sikit kalau agak-agak dah lama tak korek :P
- make sure kunci kereta dah siap ada dekat tangan. so tak payah lah you guys kena cari-cari atau meraba-raba dalam handbag masa depan kereta. bila dah buka pintu kereta, masuk cepat and kunci kereta terus. tak payah nak terkedek-kedek letak handbag lepas tu tukar pakai selipar (sebab you guys pakai heels sebenarnya). kunci dulu kereta. penting.
- make sure jugak handphone you guys mudah dicapai. means, letak dekat dengan you guys lah kan. and kalau boleh set kan nombor penting sebagai mod speed dial untuk memudahkan you guys minta bantuan masa emergency.
- again. pintu kereta mesti dalam keadaan terkunci sepanjang masa. jangan lalai.
- letakkan handbag jauh dari tingkap.
- simpan alat keselamatan (contohnya pengunci stereng atau penyembur lada sulah) di dalam kereta. bawa peta, programkan sistem GPS (jika ada), beritahu seseorang mengenai perjalanan itu dan waktu you guys dijangka sampai. mana tahu kalau ada something yang buruk berlaku, orang tu boleh lah ambil tindakan apa-apa.
elakkan :
- bersolek sambil memandu. eh hello, i pernah tengok ya seorang perempuan pakai blusher dalam kereta sambil tengok-tengok cermin belakang tu and dia makeup makeup sambil driving. you guys nak ke berlaku apa-apa lepas tu dalam surat kematian tulis punca kematian adalah kemalangan kerana memandu sambil memerahkan pipi dengan blusher maybelline new york. eh apa class kan?
- kalau you guys memandu waktu malam, jangan nyalakan lampu tinggi kalau ada kereta di hadapan atau arah bertentangan. ini boleh menyebabkan ‘blindness’ and boleh jadi punca accident. oh oo!
- meletakkan handbag atau barang berharga (contoh. laptop) di tempat duduk penumpang di hadapan.
- tidak mengunci pintu kereta walaupun ketika sedang memandu atau keluar sekejap (contoh. membayar petrol)
- kalau terlibat dalam kemalangan, bawa bertenang. kalau kemalangan tu berlaku waktu siang, you guys boleh settlekan dekat police station. cuba hafal nombor plat kereta yang langgar kereta you guys (if langgar lari). kalau berlaku waktu malam, you guys please jangan keluar dari kereta. pergi terus ke police station and buat laporan. zaman sekarang ni macam-macam. takut dah ada orang plan nak langgar kereta you guys then sebenarnya niat nak merompak. siapa tahu kannnnnnnn? err scary betul! (-____-”)
- kalau perasan ada orang mengekori kereta you guys, jangan sesekali balik ke rumah. pergi ke police station berdekatan atau ke tempat sesak.
cakap seksi : kalau tak nak ikut tips ni tak payah bawak kereta. pergi bawak basikal sana :B


12Oct
thnc again kak rara.. kite selalu drive malam sebab bawak parents kua gi pekan.. tak suke kua siang sebab panas.. hehehe
mien´s last [type] ..final exam
[Reply]