Adakah anda tergolong dalam sikap buruk siku?

- KES SATU
ada pasangan putus cara baik and kira halal jelah semua barang yang dia pernah bagi dekat pasangan dia, and pasangan dia pun sama. kira nak buat kenangan yang mereka tu pernah bersama lah agaknya. kalau macam tu, kira senang lah kan? bila dah putus, berbincang and settled.
- KES DUA
ada pasangan, putus cara kurang baik. means, bergaduh lah kan. tak kiralah apa puncanya. ada orang lain ke, dah jemu ke tengok muka yang sama setiap hari, atau sebagainya lah kan. lepas tu dah bergaduh maki hamun, pergi pulak ambil pen dengan kertas, senaraikan barang yang pernah dia bagi dekat pasangan dia. lepastu sms atau email, mintak balik semua tu siap list kan barang and harga barang tu. cis. apa punya buruk siku orang macam ni?
- KES TIGA
ada lah yang putus cara baik jugak tapi oleh sebab cinta baru dia (pengganti) jadi batu api suruh mintak balik barang-barang dekat bekas tupperware (ex you guys lah kan), so terpaksa lah turutkan and mintak balik. yang pernah belanja makan dulu pun, siap kira harga nasi ayam goreng campur telur mata kerbau sekali dengan milo ais tu berapa RM. claim jangan tak claim. heh.
- KES EMPAT
ada orang pulak, tak payah mintak balik. dia bungkus sendiri bagi balik dekat ex dia tu. sebab tak sanggup nak tengok atau malas nak ingat balik memori lama. sometimes kenangan yang lepas tu buat kita sakit hati atau sedih. kalau dah macam tu, pulangkan semua barang-barang adalah yang terbaik lah kan. takkan nak buang kot? hihi.
by the way,
you guys ada macam rasa makan cili tak? kalau ada tu, macam janganlah sampai macamtu. bercinta dimulakan dengan baik, kalau nak diakhirkan pun, harap-harap dengan cara paling terbaik lah. anggap tak ada jodoh. jodoh kan dah ketentuan Allah SWT sejak dari azali. dah memang ada jodoh tertulis untuk setiap manusia.
selalunya,
kes macam ni, lelaki lah kot yang mintak balik barang-barang. atau sama je? setakat ni tak pernah lah pulak i jumpa perempuan yang mintak balik barang-barang. tapi tak kisahlah kan siapa yang jadi buruk siku tu. cuma kalau boleh, beringatlah. kalau you guys dah bagi seseorang hadiah, walau bergaduh macamana sekali pun, janganlah sampai benci membenci and mintak balik. tak elok.
cakap seksi : ini pendapat i. sebab baru-baru ni syafi ada cerita salah seorang kawan dia ada tersenarai dalam list di atas. haih :/ tu baru couple. belum kahwin. agaknya kalau dah kahwin lepas tu cerai, mintak balik duit buat kenduri and duit hantaran. perempuan pulak mintak balik tenaga yang dia keluarkan untuk meneran bayi mereka berdua? aik? T__________T

Leave a Comment