Archive for October, 2009

30
Oct

Jom menang nintendo wii!

Posted under Driving, Family, Heart No Comments

selamat sabtu. hari ini i bangun awal. pukul 8.05am mama dah kejut. kedebang kedebung pintu bilik i bila mama ketuk.

“hoi hoi. bangun. jom”
“ala. baru pukul lapannn” -sambil tutup muka dengan bantal
“ala mama nak mandikan nenek”

okay yelah yelah. terus bangun and call syafi. syafi ada event hari ni dekat awana genting highland. suruh syafi bangun and i pun on laptop. first thing i mesti tengok nuffnang dulu. nak tengok buffered campaign dah berapa. heh.

lepas mandi. i camwhoring depan webcam. macam biasa. gambar gedik.

tak nak kalah. orang lain pergi capture gambar mulut kasi muncung, i pun nak jugak. ok last last, lepas ni tak letak dah gambar mulut muncung² macam ni dah.

bersiap.

and berdriving ke cimb bank keluarkan duit, belikan nenek jajan (benda untuk dikunyah like keropok). lima belas minit selepas itu;

tadaaaaa. i dah sampai dekat rumah pak cik i. and tengok nenek tersayang. heh. adik i memang macam tu, kalau ajak camwhoring terus buat muka macam itu. kira ni live update lah dari i kan sebabnya gambar tu di capture dua minit yang lepas. hehek.
30
Oct

Tips kulit sihat dan cantik

Posted under Fashion, Tips No Comments

nak kulit sihat? tak perlulah sampai pergi berhabis duit dekat beauty saloon. kononnya nak manjakan diri. kalau kita sendiri pandai jaga kulit, tak akan ada masalah kulit suram atau sebagainya. yang penting, kita kena selalu manjakan diri dengan cara kita sendiri tanpa perlu mengeluarkan belanja ratus-ratusan ringgit. jom kita cuba tips yang dikongsikan oleh intrend ni!
  • makanan sihat

elakkan atau kurangkan makanan yang boleh menyebabkan muka berjerawat dan kulit berminyak. contohnya coklat, kentang goreng and minuman soda. banyakkan makan sayur (ehem) and buah-buahan, ia lebih mendorong untuk mendapatkan kulit sihat.

  • senaman and minum plain water

bersenam secara teratur mempengaruhi kesihatan kompleks kulit muka. selain itu, penting untuk you guys tahu, you guys kena minum lapan gelas plain water sehari. bila darah dalam badan berjalan lancar, ia boleh menjadikan kulit kita berseri balik. you guys juga kena tahu, bersenam and minum plain water boleh mengurangkan stress tau.

  • cuci muka sebelum tidur

haaa. siapa yang tak pernah cuci muka sebelum tidur? muka still ada blusher, ada mascara, eyeliner, lipstick, lepas tu terus tidur. bukan setakat pemalas, pengotor pun ada jugak heh. biasa-biasakanlah diri tu untuk basuh muka dengan air suam sebelum tidur. pembersih muka mestilah sesuai dengan kulit. and then sapukan penyegar, diikuti dengan pelembap. sekali seminggu, gunakan scrub atau revive gel untuk membuang kotoran lama yang menempel pada muka dan mengecilkan liang pori.

  • tidur yang cukup sangat penting

tidur yang cukup adalah tidur selama lapan jam setiap malam. confirm esok pagi you guys bangun dengan segar. bangun tidur tu jangan lupa mulakan hari dengan senyuman. sambil menggeliat tu, sambil senyumlah and cakap pada diri “have a nice day”. hihi. rasanya you guys tahu lah kot kalau tidur yang tak cukup boleh menyebabkan lingkaran hitam bawah mata.

  • lindungi kulit daripada cahaya matahari

penting sekali melindungi kulit daripada sinaran matahari yang menyebabkan berkeriput, terbakar dan kemerah-merahan. gunakan cream dengan spf 15.

  • berhenti merokok

ayyomaa, ayyopaaaa. ada tak perempuan yang merokok tengah baca ni? T_______T seriously, merokok boleh menyebabkan proses penuaan yang melampau; muka cepat berkedut.

terimalah muka sebelum tidur daripada i :’) TAKPAYAH kot nak hipokrit sebab i memang tak lawa.