Sep
Ini semua pasangan bercinta muda mudi dekat danga bay punya pasal
semalam hari paling fun. saat-saat akhir i beraya bersama kakak-kakak
kecomelan dan anak-anak buah kenakalan. spent time bersama mereka
di jusco bukit indah dan selepas itu ke danga bay pula. pengalaman
yang sangat manis i rasakan. thankyou mom. thankyou sisters.

poyo sikit sebab dekat belog kakak zaiton sameon dah ada picture
ini dan no plat dia mana ada cencored. i pulak pandai-pandai nak
pergi photoscape and letak mosaic cencored. poyo betul. malu i.
abang ipar i kata tayar kereta i dah haus ke apatah, bukannya i tahu
sangat. well, perempuan macam i, tahu guna kereta sahaja (-__-”)
so sebelum kitaorang pergi bersuka ria, abang ipar tolong pergi workshop,
gantikan kedua-dua tayar hadapan kereta i. thankyou abang khairull.


lepas pergi beli clutch idaman i dekat jusco bukit indah, mama
bercadang untuk ke danga bay. kawasan dah best dah, pemandangan
pun dah elok dah. tapi satu je buat spoiled. banyak sangat merpati
berjoli-joli dekat situ (pasangan bercinta muda mudi, pakcik makcik
juga ada tapi kurang sikit). tak ada mood nak makan kfc dekat situ
terus bungkus balik and bawak balik rumah saja ; sebab tak ada tempat
duduk dah. semua dah dipenuhkan oleh gagak dua sejoli. hekkk.


apa pasal i senyum macam itu? jangan tanya, please please.
itu sahaja yang i mampu. at least i tak buat drama lebih. itu memang
cara i. senyuman i. tak apa kan? hihi. i memang driver. baiklah. baiklah.
i memang driver. mana ada driver yang lebih comel dari ini? mana ada.
ahhh. i dah kata tak ada, means, tak ada. dah jangan nak perasan.
apapun semalam hari paling best. and hari ni kakak-kakak yang gorjes
i semua pulang ke pangkuan rumah masing-masing. semoga selamat.

babai everyone ! 

