Archive for August, 2009
Aug
Berjiran

rezeki Allah SWT, makanan lebih dari mencukupi.
Petang tadi, masa I tengah
online dalam bilik, tiba-tiba dengar
suara Mama, “Kiki, tammo tengok tv dekat-dekat, nanti sakit
mata” I rasa terkejut sangat kenapa pula Mama keluarkan statement
semacam aneh di cuping telinga I ini. I cuba intai apa berlaku dekat
hall. I tanya Mama kenapa, langsung Mama suruh ambil camera 

Rupanya
Kiki ambil tempat VIP, paling hadapan, dekat dengan
televisyen
Sebenarnya perkara ini tidaklah menterkejutkan I,
tapi statement Mama menegur Kiki sebentar tadi sangat aneh.
Masih aneh lagi sehingga kini. Bila I ingat balik, I rasa nak ternazak
sekarang. Kenapa manusia boleh buat binatang peliharaan semacam
anak sendiri
Tapi, kalau you all nak tahu, I ada beberapa orang
rakan yang takut akan kucing
I kurang suka kalau orang itu akan
cakap “Gelinya dengan kucing. Ee yuck ee yuck” Apa ini apa 
Sayangilah binatang. Sesungguhnya ia juga
ciptaan Yang Maha Esa.

Hari ini I dengan Mama tidak ke bazaar Ramadhan. Cuaca pula
dari tengah malam semalam hujan sahaja. Setiap kali berpuasa,
kebiasaanya Mama akan buat kuih buah melaka sebagai pencuci
mulut. Kuih ini lah salah satu kuih yang paling arwah Abah suka.


After Mama adunkan tepung dengan air pandan, I tolong Mama
bulatkan kecil-kecil. I lebih prefer bulat yang kecil, senang nak
masuk mulut. Kemudian letupkan dalam mulut
akan rasa air
gula. Kalau beli dekat bazaar Ramadhan, mesti ada kuih yang tak ada
gula, malahan sekadar tepung
air pandan. Biasalah orang
berniaga, untung sedikit, mulalah abaikan selera customer. Kan 

Bila kuih dah siap, Mama asingkan dalam beberapa bekas untuk
diberi kepada jiran tetangga. Mama memberi lebih kurang kepada lima
buah rumah
setiap rumah membalas balik dengan kuih muih,
buah mangga, nasi goreng
juga tomyam campur. Alhamdulillah
kehidupan dekat sini lebih ke arah mesra dengan jiran. Kalau dekat
KL, masing-masing buat hal sendiri
tak ada kisah apa nak jadi
dengan jiran. Apapun, terima kasih Ya Allah kerana Engkau
memberikan rezeki yang melimpah ruah. Amin 
Aug
Luahan hati
Eceh. Tajuk emosional.
Alhamdulillah, baru sekejap tadi, seluruh umat Islam sudahpun
berbuka puasa. Syukur pada tahun ini masih berbukabersama Mama
adik. Berharap pada tahun-tahun akan datangjuga akan berpeluang berbuka bersama keluarga tersayang.
I masih ingat, suatu ketika dahulu I pernah menangis
keranamemikirkan keluarga yang makin berkurang. Mula-mula kakak
pertama keluar dari rumah, mengikut suami. Kedua, arwah Abah
meninggal. Dua kerusi kekosongan di meja makan. Selepas itu, Mama
memilih untuk berpindah ke Johor, Angah pula bekerja di Kuala
Lumpur. Ada tiga buah kerusi pula yang kekurangan
Sunyi.Tapi apakan daya, memang itulah yang akan dilalui oleh semua
manusia walaupun ada di antaranya masih jauh lagi ke tahap itu.
I rindu nak berebut tempat duduk dengan Angah
Kadang-kadangmuka Angah masam sebab I dapat duduk di sebelah Abah
I rindumenunggu kepulangan Abah dari tempat kerja
ikut ke bazaarRamadhan. Masa itu I belum pandai drive lagi T_T Oh, rindunya

Semalam, I plan dengan Nurull untuk berjumpa memandangkan
beliau melawat saudara beliau yang duduk dekat area
rumah I.
Nurull memberi alamat rumah pak cik beliau di Jalan Nusaria
6/8, Taman Gelang Emas
Tapi malangnya, I langsung tidak
pernah dengar nama Taman atau nama jalan tersebut. Sumpah
tak pernah dengar langsung. I cuba cari through GPS, masih lagi
hampa. Satelit GPS juga tidak dapat mengesan tempat tersebut.

Puas juga I tekan GPS cari dekat mana Jalan Nusaria.
Memang sangat menghampakan
Tak ada langsung dalam list
GPS
Tak apa, mungkin tak ada rezeki nak berjumpa dengan
Nurull. Next time lah, InsyaAllah 


Ini kawasan
rumah I after 
berbuka puasa tadi. Sambil
bertwitter, I capture gambar
Keadaan masih sunyi,
maklumlah orang semua sedang menikmati waktu berbuka :’)
Esok sahur makan apa pula
Hihi. I dah simpan
ayam sambal
yang Mama masak untuk menu sahur nanti. Favourite.
Jumpa lagi kesayangan I semua. Babai 

