Archive for August, 2009

31
Aug

Windows 7 Ultimate

Posted under Laptop No Comments
Sekarang ini semua orang pun sibuk memperkatakan tentang
Windows 7. Apa Windows 7 ini Hebat sangatkah Eceh I pun
tak tahu sebenarnya. I baru berjinak-jinak menggunakannya.
Sekarang ini lagi sekali, kita fikir dari sudut positif lah kot;
Kalau ia tak hebat, orang tak akan sibuk sana sini cari Win 7.
Anggap jelah Window 7 ini hebat Kenapa I kata dia hebat
Okay mari I tunjuk dengan lebih hebat lagi.

Tengok desktop sahaja sudah tahu ianya hebat Tengoklah
taskbar. Transparent; Aero theme. Sumpah teruja. Before ini
I cuma pakai Windows Vista Home Basic; cikai betul. Lambat satu
hal, lagi satu hal semua orang tahu; Vista entah apa-apa.
Sudah tiba masanya beralih arah dengan bijak. Tak ada menyesal punya.
Sebab Vista memang not good Bermasalah, walaupun I pakai
original Vista.

Tengoklah juga start menu. Mengancam, bukan
I dah rasa fall in love gila masa pertama kali tengok Win7 Ultimate
berfungsi. Memang the best lah kan

Walaupun RAM tidaklah sehebat mana, tapi I rasa dah cukup
laju dah Win7 Ultimate ni. Sebab I dah cuba main The Sims 3,
lagi best Tak stuck macam masa I pakai Vista. Apa kata survey
Mengancam. Win7 hotties gila. Jakun I dibuatnya (-___-”)
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Win7, you all boleh ke sini.

I sudah tukar, anda bila lagi

31
Aug

Merdeka zaman sekolah

Posted under Friends, Malaysia No Comments
Dulu masa zaman persekolahan, semangat kemerdekaan mula
menggila bila bulan Ogos bermula. Sekolah rendah lagi lah tak blah.
Pergi audition nyanyian dekat bilik muzik jumpa Cikgu Kamaruddin
dengan tujuan nak masuk acara nyanyian masa konsert merdeka dekat
sekolah. Masa darjah empat
. Berkawan baik dengan Nor Shamila Shahadan
yang masa itu penyanyi terbaik dekat sekolah. Shamila mengajak I
untuk berduet dengan beliau pada acara tersebut. Sedih gila sebab
masa audition itu I demam Suara menjadi tidak begitu baik
Kemasukan I ditolak gara-gara demam yang berlanjutan. Kecewa I.
( Tapi memang ah. Suara I bukannya merdu pun )
Sepatutnya I menyanyi lagu “Bonda senyum riangggg, menerimaaa
bahtera merdeka.. tanah semenanjung, tanah semenanjung.. permata nilam..
Lagu itu I hafal lirik sampai sekarang Betul. Okay kalau tak percaya
nanti kita jumpa dekat mana-mana, I boleh nyanyikan. Haha.


Sekolah Kebangsaan Taman Setiawangsa, sekolah rendah I :’)

Selain itu, masa itulah cikgu kasi kertas lagu-lagu patriotik.
Dekat dalam bilik ( mesti seorang ) akan menyanyi lagu tersebut
sambil menggunakan microphone berbentuk sikat rambut Cewah.
Kononnya lah I perasan I di atas pentas dekat dewan sekolah, sambil
berdiri atas kerusi belajar, kadang-kadang naik terus atas katil
.
I ingat lagi. I pernah juga terkantoi beberapa kali dengan arwah Abah
sebab menyanyi macam orang gila siap practice cakap

Para hadirin sekalian. Saya bla bla bla ( nama penuh ) dari kelas 4 Harapan
akan menyanyikan lagu Bahtera Merdeka

Haha sumpah sedih gila sampai kena buat macam itu lepaskan perasaan
yang tak boleh masuk pertandingan sebab demam. Betul. I sedihhhh.

Bila dekat sekolah menengah, I dah menjadi malu nak menyanyi
depan khalayak orang ramai. I bertukar kedudukan dari menjadi
penyanyi kepada penghias pentas. I tell you, I rajin tolong cikgu
pendidikan seni ( Puan Aishah ) pergi hias pentas. Gunting huruf,
tampal. Lepas itu mewarna sepanduk. Semua itu I suka
. Tahu kenapa
Masa itulah I boleh melarikan diri daripada subject class yang I benci
I suruh lah kawan yang class lain tu panggil I dekat class lepas itu
dia akan cakap dengan cikgu dekat depan itu

“Assalamualaikum Puan NSJYRY ( nama dirahsiakan, nanti dia google habis ah dia tahu I tak suka subject dia ). Puan Aishah panggil RARA
( bukan nama popular ) untuk projek hias pentas”

HAHAHAHA I memang selalu buat macam itu. Selalu gila tahu tak
Okay lepas itu masa acara konsert merdeka sekolah menengah,
I dah pandai malas pergi sekolah dengan bagi alasan dekat Mama

Malas nak sekolah. Sakit perut. Lagipun ada konsert merdeka, bukannya belajar pun. Buang masa” Ngehngeh (-_-”)

Cukup dah I kantoikan diri sendiri tentang masa lampau. Babai

HAPPY BIRTHDAY 52 MALAYSIA