May
Tomodachi
Lately, Rara rasa semacam tak ada perkara yang gembira 
Melainkan hari-hari dengan beloved Syafi, family
bloggers.
Bila nak cerita, memang susah. Tapi sampai bila nak simpan 
Ini blog. Bukan tempat menjatuhkan maruah orang.
And yes, that’s right. Tapi kali ini bukannya untuk menjatuhkan.
Tapi untuk meminta pandangan. Pandangan siapa
Oww no 
Tak akan lah budak Rara ni nak mintak pandangan nenek dia 
Yes, of course lah anda. Siapa anda
Okay takda mengaku, sudah.

( Sengaja tayang gambar pakai earing. Okay, ada censored )
Tapi lagi sorang dah hilang. Sebenarnya kawan baik ada ramai.
Tak terkira. Tapi yang betul – betul baik, cuma dua.
Tapi sejak akhir – akhir ni.. err.. sejak beberapa bulan lepas,
Rara perasan, diaorang ni semacam tak ada ambil kisah

Ambil kisah tentang Rara. Terasa disisihkan sangat sedih, bukan

Mungkin diaorang tak sengaja, itu tak pasti lah. Tapi sangat
terasa bila Rara datang rumah lama dekat Setiawangsa tu,
ajak diaorang makan malam, rasanya tak ada
banyak berbual.
Diaorang berbincang hal yang Rara tak tahu apa – apa
Diaorang
boleh berbual apa saja. Itu hak diaorang. Tapi tak fikir pula apa
perasaan orang yang datang dari jauh yang nak berbual tapi
di anggap seperti tidak wujud di satu meja makan tersebut 
Okay, itu mungkin cuma perasaan. Mungkin.
Sebenarnya, sejak itu, hati dah mula lain
Tersisih. Pedih.
Tapi semalam, Rara lembutkan hati. Tak mahu terlalu ego.
Send message dekat diaorang. Tahu apa 

: Hai A, kau apa khabar 
Kawan A tak reply walaupun satu perkataan “Baik”
Tak ada. Sumpah tak ada. Okay mungkin dia busy. Tak apa.
: Hai B, apa khabar
Kau tengah buat apa
Eh jiran kau
tu apa nama dia eh 
( Tanya pasal jiran dia sebab jiran sebelah rumah Rara adalah
adik kepada jiran kepada B tersebut )
: Hah
Aku tak faham 
: Jiran kau tu nama Azizah ke 
: Entah. Aku dalam bas on the way balik KL.
: Oh yeke
Berapa lama kau dekat KL 
: Dah nak sampai pun
: Kat KL sebulan ke 
: Tak. Dua bulan.

Lepas tu Rara dah tak reply. Balas pun macam nak tak nak.
Okay mungkin sekali lagi perasaan sangat sensitif ^$*!#^@
mungkin B tersebut sangat penat. Tak apa. Faham.
Tadi, Rara message A
Tanya dia kenapa tak reply message,
dah tak nak kawan ke apa entah. Lepas tu dia reply.
“Sape yg xnk kwn ngn sape skrg ni.. ak tul2 kecik ati ngn ko..
yela ko kn mane nk dtg jmp ak da.. 2mggu kt kl pun snyp je..“

Rara ada reply lepas tu 
Rara explain dekat dia.
Tapi tak ada reply lagi dah. Kecewa. Tapi tak apa.
Mungkin dia ada masalah. Kita faham. Think positive. Positive.
Tapi, A jugak baca blog ni kadang – kadang. B
Tak tahu lah.
Kalau A ada baca entri ni, Rara nak explain biar jelas semua.
Rara bukan tak nak datang jumpa. Tapi kena faham.
Rara stay dekat Cheras masa dekat KL hari tu. Kadang – kadang
stay dengan parents Syafi dekat Hulu Langat. Jauh. Nak datang,
tak ada transport. Syafi memang boleh tolong hantar. Tapi,
Rara tak nak benda sama jadi lagi. Kiranya masa makan malam
tu, A dengan B tak selesa nak berbual dengan Rara sebab ada
Syafi, mungkin
Malu lah kot walaupun dah banyak kali jumpa.
Rara pernah ajak jumpa, bukan sekali, banyak kali.
Dekat Timesquare, itu paling dekat. Tapi A dengan B selalu
bagi alasan, tempat tu jauh dengan diaorang. Sebenarnya, tak jauh.
Naik bas pun sampai jugak. See
Kalau Rara dah datang dari JB
ke KL, apa salahnya diaorang penat sikit nak datang Timesquare 
Dari Setiawangsa ke Bukit Bintang tu apa lah sangat
T____T
Tak akan still nak harap Rara jugak datang Setiawangsa 
Tolonglah faham. Dah dewasa. Dah boleh fikir panjang.
Sepatutnya siapa yang kecik hati dengan siapa 

Entahlah. Bingung sangat
Tak boleh tidur sejak semalam 

