Archive for May, 2009
May
Kitty Aoiro
Hello readers. Rasanya dah lama tak ada entri Hello Kitty.
Sangat sibuk lah lately ni, bukan
Memang tak akan
sempat lah nak buat hal yang diluar dari hal yang penting atau
dengan kata lain, hal yang tidak terlalu penting. Insya Allah bila
habis semua urusan, akan kembali normal seperti biasa.
Err.. Bukan bermaksud sekarang tidak normal. Ahh.
Malas ah nak terangkan. Lain kali Rara terangkan. Lain kali.
Lain kali tidak membawa maksud esok atau lusa.
Mungkin tahun depan. Eh bukan kah kita nak cerita tentang
Hello Kitty
Ni apa ni
Ye ah. Ye ah. Okay let’s go.

Aik
Kenapa warna biru
Bukan kah Rara anti warna biru 
Terpaksa redha. Ini pemberian dari kakak kedua. Ya, Angah.
Hello Kitty lamp ini dibeli di kedai Hello Kitty berhampiran rumah.
Stock terakhir
Harga cuma RM3.90. Murah. Berbaloi – baloi.
Sesuailah dengan tema Konsert Search yang ditaja oleh Celcom.
Menggunakan trademark ‘ Berbaloi – baloi ‘. Biru sama biru.
Tak faham
Ah. Lupakan. Anda memang suka begitu %C$GYR^@

Murah tapi berkualiti
Rara tak nafikan, Rara mana mampu nak
beli Sanrio Original setiap Hello Kitty item
Kopak ah duit nanti.
Kita kena tahu berjimat cermat untuk memudahkan urusan belanja
barang kahwin dekat Nilai 3 nanti
Ceh. Takyah tanya bila, takyah.

Bila berlampu lagi comel walaupun warna biru T______T
Yang penting lampu dia berwarna putih
bukan kuning.
Benci lampu warna kuning. Tak suka. Anti. Nyah kau dari sini 
Maka semua lampu warna kuning pun berlalu pergi. Cewah.

Angah
belanja skin lingerie ( OD Control )
Majolica Majorca.
Kalau Angah tak belanja, kenalah tunggu kahwin nanti baru boleh
mintak dengan
suami tersayang
HAHAHA.
Moisturizes skin while absorbing excess sebum. As essential
makeup base that preps both oily skin and dry skin.
Eh. Sebelum terlupa, Rara nak announce, blog ni telah terpilih
sebagai InTrend Blog Winner June 2009. Terima kasih.
Masa untuk tidur. Salam sayang. Babai 
May
Akumu
Hai readers yang manis
Hari ni Rara nak bercerita tentang
nightmare
yang terjadi beberapa minggu lepas
Mungkin ada
readers yang tak tahu apa
. Tapi followers Rara dekat twitter
mesti tahu apakah yang terjadi. Beginilah. Beberapa minggu lepas
Rara ditimpa satu kejadian yang mengejutkan
Bukan menerima
duit semacam durian runtuh. Bukan mendapat jumpa dengan anak raja.
Sama sekali bukan. Tapi Rara dikejutkan dengan seorang stranger
yang suka mengendap atau dengan kata lain menceroboh kawasan
rumah. Stranger tersebut cuba membuka tingkap di bilik Rara.
Itu cerita bulan lepas. Ini ada cerita latest lagi 

Rumah yang Rara duduk sekarang cuma berpagar dawai hijau.
Mama belum lagi mengupah orang membuat pagar tembok.
Nampak
Dawai pada pagar tersebut telah rosak teruk.
Kejadian ini berlaku
semasa Rara ke Kuala Lumpur
tiada
di rumah. Sebenarnya, menurut Mama, pagar tersebut roboh habis.
Stranger tersebut potong ke hapa entah dawai tersebut &^#$%
Itu pun dah elok sikit sebab Mama cuba betulkan T_____T

Teruk lah, bukan
Nampak rumah tu
Itu adalah rumah jiran.
Jarang bertegur. Err.. Rasanya belum pernah tegur pun.
Semalam jiran tersebut mentegur Mama dengan membagitahu
hal berkaitan. Jiran ada nampak stranger tersebut menghendap
di tingkap bilik
buat muka tak bersalah melangkah keluar pagar
yang telah dirobohkan oleh diri sendiri. Kejadian berlaku jam 6 pagi.
Apakah tujuan stranger 

Ini adalah kawasan tepi bilik Rara
Gelap. Tiada lampu 
Nampak terang kerana flash camera
yang mahal boleh tahan. Ceh.
Tambahan pula, jiran sebelah masih membuka lampu
belum tidur.
Sebenarnya, gelap. Terlalu gelap. Tak akan nampak apa
.
Persoalannya. Apakah tujuan stranger tersebut


Readers tolong jaga diri. Babai 

