Archive for April, 2009

27
Apr

Kuromegane

Posted under Daily buys, Laptop No Comments

sejak malam tadi, post ni sepatutnya dah disiapkan
tapi bila syafi cakap nak tidur, terus takda mood nak update.
janganlah marah nak buat macamana, syafi je sumber
inspirasi untuk blog ni sebenarnya. oh i love you sayang
eh anda jangan merungut. sekarang ni musim rindu.
kasi chance lah sikit err.. sayang kan sayang kan

malam tadi berkemas barang dalam laci dressing table
semasa berkemas, terjumpa pula dengan microsoft box tersebut.
software microsoft office home student 2007 tersebut
dibeli semasa membeli laptop dell 1420 ni. bila pakai
windows vista ni, mana boleh pakai software important macamtu
yang bercirikan pirate. mesti original. supaya takda masalah.
beli software ni dengan harga rm499 mahal kan
buang duit sahaja beli pakai cuma sekali. menyesal takda guna.

tapi kawan semua menasihatkan, tolong jangan menyesal.
sebab kalau nak format laptop ke hapa ke, mesti akan guna
software tersebut lagi. tapi persoalannya, bila masa
nak format laptop virus apa guna pula anti virus err

beberapa hari lepas, ada membeli garnier eye contour
whitening cream tersebut. bila cuba, taktahu lah berkesan atau
tidak. rasanya sama je. mungkin belum berkesan lah mungkin.
eyebag ni dah penuh semacam pakai eye shadow secara banyak
bawah mata menggunakan eye shadow warna gelap

kalau tak silap , sunglasses ni dibeli bulan dua belas
tahun lepas. tapi belum pernah pakai lagi. nanti kalau ke kl
mungkin nak pakai lah. mungkin lagi.
eh apa anda ingat tak hot ke pakai sunglasses
cuba bayangkan pakai sunglasses jalan tempat
berangin, mengatur langkah penuh gaya, apa anda ingat
takda orang terasa semacam nak amik jadi model iklan
eh eh nak tahu tak ( taknak tahu tak apa ) order spect yang
warna putih, belang, bentuk hati.. err.. taktahu nak describe
macamana. takda sabar nak jumpa eny.

ok belum breakfast, anda bagaimana

26
Apr

Howaito Neko

Posted under Kucing, Oliey No Comments

lebih kurang pukul satu setengah petang tadi,
ada bebi-neko berwarna putih campur kelabu sedikit
datang rumah comel mestilah comel neko tersebut
datang tanpa ditemani oleh ibunya. dia keseorangan (seorang )
berbulu agak lebat bermata bulat. bila dah kata pun bebi-neko,
dia mestilah kuat bergurau. suka melompat. suka bermain.
suka bermain bola. tolong jangan fikir bukan dekat sini.

comel kan dia sebenarnya memang nawaitu hati ni nak amik bela dia.
tapi bila fikir nanti, macam mana kalau tuan dia cari dia
sangat kesianlah, bukan cukuplah family
pernah merasa kehilangan oliey tersayang. pedih terhiris hati.
tak tahu sama ada oliey mati atau diambil orang. sampai sekarang masih
menjadi persoalan. namun oliey tak pernah berkunjung tiba
( wah ayat mantap dah mula keluar mencelah )

sebenarnya, semasa bebi-neko ni datang, hati sangat kuat
mengatakan dia adalah anak kepada oliey. tak mustahil, bukan
sebab cara makan, cara tidur, cara bergurau, cara duduk
sama betul dengan oliey tapi tak apalah, anggap je bukan rezeki.

ya Allah memang betul macam oliey cara dia tidur macam tu
corak bulu pun sama. cuma bebi-neko ni berwarna terang sikit.
mungkin Allah nak uji , nak tengok sampai hati atau
tak untuk merampas bebi-neko tersebut daripada tuan dia
jawapannya : tidak. tak akan buat macam tu. ( gila )
sumpah tak sampai hati walaupun hati ni meronta mahukan
pengganti oliey. tak mahu tak mahu

kalau anda macamana akan ambil atau lepaskan
tolong membagi feedback. babai

Page 1 of 212