13
Mar

Selamat Tinggal Duit

hikhik. title takda boleh blah. semacam sangat in love dengan duit

tapi mesti ucapkan selamat tinggal duit sebab sekarang ni duit
akan melayang berterbangan secara kejam. kasihan duit.
nafsu bershopping semakin bertubi datang tanpa menghirau
berapakah duit yang tinggal dalam wallet. ok lepasni kena berjimat
secara banyak. nanti balik johor kena cari duit dengan tekun.
ok, dah berjanji pada diri sendiri, nak mensimpan lagi duit dengan banyak

sebelum pergi berjumpa dengan eny, pergi bershopping di timesquare.
takda banyak barang pun yang dibeli sebab S&J shop macam dah
kehabisan banyak stock. rasa kecewa tergugat iman

haikal pegang apa tu beli benda tu sebab rasa comel
sebenarnya macam too scary tau, tapi bila pegang, rasa comel sangat
ok terus beli tanpa arah tujuan. haikal pun suka pupu tau. hee
(pupu adalah bukan nama sebenar untuk benda tu)

haa doraemon lunch box ni belikan untuk adik.
pening kepala taktahu nak belikan apa untuk adik. harap dia suka.
petang ni nak keluar lagi cari barang lagi untuk adik
tapi susah lah kalau nak belikan. takut dia tak berkenan.
lagipun adik tu bukan jenis menghargai barang pemberian orang
orangnya jenis kasar takda lemah lembut sangat. hehe

rilakkuma handphone strap ni comel jugak. sekarang ni dah mula
jatuh dalam cinta dengan rilakkuma. rilakkuma berwarna coklat
tapi girlfriend dia ni dipanggil apa sebenarnya beli dua
satu rilakkuma untuk syafi, yang ni untuk . sweet tak. hihi


hello kitty yang ni kan, dah susah nak cari.
kalau jumpa pun, yang seakan dah buruk takda bersih.
masa jumpa kat johor pun semacam takda sanggup nak beli.
then pergi mencari di S&J shop jusco wangsa maju
S&J shop timesquare pun dah takda stock. cepat habis tau.
and luckily, masa pergi sunway pyramid, ada lagi stock, itupun
cuma tinggal beberapa stock sahaja lagi.


haa. comel tak hello kitty candle ni takda sanggup sebenarnya
nak guna. kalau guna, maknanya seperti membakar hello kitty
dengan kejam. takda hati perut limpa. masa nak beli pun,
fikir dua tiga kali. harga sangat murah tapi takkan lah nak bakar pula
syafi cakap, “kalau taknak bakar, simpan je. jangan bakar”
masa tu syafi terus amik letak dalam bakul. ok thankyou sayang

ok lah. petang ni masa untuk shopping lagi. babai darlings

Leave a Reply

CommentLuv badge
:j: :i: :h: :g: :f: :e: :d: :c: :b: :a: