10
Nov

//151

Filed in Mobile Phone

Selamat petang, cuaca sangat sejuk hari ni sebab hujan tak berhenti dari pagi Sekarang ini hujan dah berhenti tapi still menggigil kesejukan lah. Sepatutnya hari ni Rara and Mama nak keluar town tapi kalau macam ni tak jadilah

Actually hari ni dah dapat dah contoh perca kain yang Juanita pos kan. Warna bronze tu ala ala emas, cantik lah warna tu Thanks to Juanita sebab susah susah pos perca kain tu. Insya Allah kalau ada kesempatan, kitaorang buatlah baju nya okay

Ni nak share pasal keitai yang pernah Rara gunakan since guna keitai sebab Husna asyik bertanyakan tentang keitai yang Rara guna sekarang

Gambar di atas adalah yang pernah digunakan

1. NOKIA 3310
Memiliki handphone yang pertama iaitu Nokia 3310 pada 25 December 2002. Pada mulanya handphone ini adalah milik kepada kakak pertama dan kemudian diwasiatkan pula kepada Rara. Yaa, memang cikai je kan handphone pertama tapi masa tu handphone ni tiptop lah kan. Kalau keluar agak bangga sebab dalam group kawan kawan, Rara yang pertama memakai handphone :P Handphone ini pergi mana ye? Rara pun tak ingatlah. Mungkin di trade in kot?

2. NOKIA BUTTERFLY
Tak ingatlah apa model handphone ni, ramai panggil Butterfly je. Handphone ni memang smart je sebab size yang kecil dan nipis. Handphone ini juga telah diwasiatkan oleh kakak pertama Tapi jodoh dengan butterfly ni tak lama.. Handphone ni hilang kat Cyber Cafe berdekatan Jumma, Setiawangsa. Memang sedih sangat sebab bukan atas kecuaian sendiri. Sebab kawan Rara cakap nak tengok handphone, bila dia tengah tengok Rara pergi bayar kat kat tauke CC tu lepastu terus keluar. Ingatkan kawan tu bawak sekali handphone Rara, tapi malangnya dia tinggalkan kat atas meja komputer tu

3. PANASONIC
Dibelikan oleh arwah Abah tersayang keesokan hari selepas kehilangan butterfly. Handphone ni juga tak ingatlah apa model tapi amat kecil dan comel. Masa pakai tu, ramai tegur sebab Rara gantung kat leher, orang akan cakap “Sesuai lah dengan si pemakai, kecil dan comel!” Hehe. Tapi handphone ni tak berapa bagus pulak sebab keypad terlalu kecil dan sangat tak best. Jadi Rara pulak wasiatkan kepada kakak pertama Agagagaga

4. NOKIA 3660
Wahh handphone ini sangat best lah walaupun size agak besar. Masa tu handphone ni top jugak. Sebabnya masa tu Rara berkawan dengan budak budak Pangsapuri ATM Setiawangsa tu, diaorang sangat mahu memiliki handphone ni, jadi rasa agak berbangga sebab dapat memiliki handphone ni. Act, handphone ni dihadiahkan masa birthday Rara pada tahun 2004 oleh bekas tupperware

5. NOKIA NGAGE QD
Handphone ini dibelikan oleh Mama tersayang selepas insiden putus hubungan dengan bekas tupperware; dia mintak balik Nokia 3660, yaa sangat buruk siku! Hahaha tapi takpelah, telah dipulangkan secara balas dendam dan Rara dapat QD pulak. Wahh handphone ni agak bertahan lama hingga ke masuk alam college lah. Lepas tu agak tak best bila ada classmate pakai handphone yang sama dan terus trade in QD ini

6. MOTOROLA V3
Handphone special edition Pink ini telah dimiliki selepas Rara membagitahu arwah Abah yang Rara teringin sangat nak handphone Motorola ini. Tanpa sebarang rengekan atau merajuk, arwah Abah membelikannya dengan cara yang surprises bila arwah Abah membawa Rara ke kedai handphone dan terus mencari cari handphone ini. Dan untuk pengetahuan kawan kawan, handphone ini adalah yang terakhir pemberian arwah Abah dan masih digunakan hingga sekarang

7. NOKIA N73
Ahh mula mula merengek jugak kat Mama nak handphone ini selepas rasa gian nak membeli handphone baru Tapi sangat tak best lah bila handphone ni terlalu besar dan tak sesuai untuk tangan yang comel ni nak memegang jadi handphone ini hanya bertahan hampir dua bulan sahaja dengan Rara dan selepas itu ia di trade in agagagaga

8. SONY ERICSON W580i
Haaa inilah handphone yang sedang digunakan sekarang Berwarna pink yang cantik dan sangat best lah. Susah nak calar. Sudah digunakan beberapa bulan tapi satu calar pun tiada ok. Hehe. Bukan sebab pandai jaga tapi memang jenis skin handphone yang susah untuk calar. Sangat cantik dan menarik lah sebab bila dalam LRT atau bas, orang akan tegur “Cantik handphone awak!”

Aaaaaa penatnyaaa penatnyaaa type semua ni Tapi happy sangat sebab dapat shared something hehehe

Leave a Reply

CommentLuv badge
:j: :i: :h: :g: :f: :e: :d: :c: :b: :a: