Archive for September, 2008

19
Sep

//118; ohh chokilala

Posted under Random No Comments

Dear my beyutipul readers,

Awww, janganlah jeles dgn Rara lagi. Sbb today Rara menerima lawatan dri Pak Encek Despatch lg lh. Wuu sgt happy. Terima kasih kepada Cik Chokilala kerana sudi menghadiahkn beberapa hadiah *Byknye hadiah* Seronot seronot
:16:
Act Cik Chokilala sgt berbaik hati. Tetapi persoalannye, case yg berwarna biru itu, adakah beliau memperlikan Rara? Itu seperti tangan & kuku gergasi!
:44:
*Teringat kisah yg terjadi suatu ketika dahulu. Dan sejak itulah Cik Chokilala itu memberikan Rara gelaran ‘gergasi’* :smiley12:








Kepada Mak Encek Ynn & Mak Encek Tyha, sila lah jangan jeles awww. I tengah pening nak reply item apa untuk Cik Chokilala ni. Ade idea tak?

Cik Cecoki, meh dekat sikit,nak sayang, hug hug u, awww, aura lesbo dtg sekejap

Silalah jemput makan-makan eraset set itu. Ada burger, dan pelbagai lagi.
*Haa! Ta puase?*

16
Sep

//116; Abah

Posted under Random No Comments

Currently : Listen Raya’s song

Tiba2 hati sayu sangat2 sebab teringat saat2 pemergian Abah. Dulu kalau time puasa and dah tentunya buat persiapan utk raya, Abah akan sediakan VCD lagu raya dan pasang tiap pagi, kuat2 supaya anak2 dia bangun tidur awal T_T Lepastu anak2 Abah akan kemas2 rumah dan buat apa yang patut. Kalau buat kuih, kadang2 Abah pun ada tolong2 jugak kan. Kadang2 Abah tengok jea. Masuk tahun ni adalah tahun kedua kami sekeluarga beraya tanpa Abah. Tapi ingatan Rara pada Abah, tak pernah lekang walaupun sesaat. Kadang2 mulut ni tiba2 terungkap perkataan “Abah”. Dan selalunya, kalau duduk kat ruang tamu, mesti termenung tengok gambar Abah. Dalam hati, “Oh Tuhan! Betul ke Abah sudah kembali kepadaMu?” Keadaan yang sunyi tanpa kawan2 dan kakak2 membuatkan Rara lebih sedih Cuba bayangkan hidup tanpa Abah, tanpa kawan2, tanpa kakak2? Mereka semua jauhhhhhh. Jauh dari Rara. Rara kat sini? Hanya dengan Mama dan Adik. Dan kdg2 juga Rara tak mesra dgn mereka mcm biase.

Kehidupan Rara di Kuala Lumpur… Tempat kelahiran dan mmg sejak kecil menetap di Kuala Lumpur. Berkawan, bermesra semua di Kuala Lumpur. Dan memang susah bagi orang yang sudah menetap di Kuala Lumpur tiba2 berpindah ke tempat lain, kan? Begitu juga Rara. Rara rasa sungguh asing. Tapi apakan daya, Rara mesti ikut Mama. Tak mungkinlah Mama akan mengizinkan Rara menetap di Kuala Lumpur tanpa Mama sbb Rara pernah melakukan kesalahan yg mmg sgt2 berat dan sgt2 berdosa. Rara sudah menyesal tapi untuk kembalikan kepercayaan Mama, tidak mungkin Ohh biarlah Rara terus menyesal dan menyesal.

Abah. Rindu sangat kat Abah. Rindu nak dengar Abah ketawa. Rindu nak dengar Abah melawak. Rindu nak tengok Abah marah. Rindu nak dengar Abah tanye “Taknak beli ke baju ni?” Dulu kalau pergi shopping, Rara mmg susah sgt nak tunjuk apa yg Rara berkenan. Then Abah selalu akan suggest baju2 yang comel2, Abah pun tahu Rara suka baju dan kasut yg mcmana. Kalau pilih kasut, selalunya Abah yg pilihkan. Abah, kenapa skrg ni semua kena pilih sendiri? T_T

Last message dari Abah :
Ok,take care..abah blk esk..buat yg tbaik..smoga ank abah success..
- 1st April 2007 18:19pm

Message itu adalah yg terakhir dan masih lg Rara simpan sampai skrg. Mase tu, Abah berada di Kelantan, out station. Abah adalah seorang polis yg gagah dan hebat berkhidmat di Depoh Pengangkutan Jalan Semarak *Bersebelah dgn bekas college Rara* Abah bertugas sebagai Koperal tetapi gaji Abah melebihi gaji polis berjawatan Sarjan. Itu adalah kerana Abah berkhidmat terlalu berdedikasi. Memang ramai rakan sekerja Abah memuji. Masa Abah di Kelantan, Rara memberi message meminta restu untuk mengambil final exam. Rara mintak doa Abah dan Mama. Sepanjang Abah di Kelantan, Abah selalu message2 dgn Rara, sbb Rara tabiasa kalau Abah ta dtg melawat Rara di college. Selalunya tiap pagi Abah akan ajak breakfast di kedai depan college. Dan, untuk pengetahuan semua, dengan restu dan doa Abah dan Mama, Rara mendapat pointer yg tinggi dan cukup membanggakan. Tetapi, result itu tidak sempat untuk Rara tunjuk pada Abah T_T

Abah balik dari Kelantan terus sakit dan tak bole bangun T_T Act, doktor sendiri tidak dpt mengesan punca sakit itu. Semasa Abah sudah kembali ke Rahmatullah, barulah doktor mengesahkan Abah menghidap Luekimia. Saat2 pemergian Abah sungguh memilukan *Nangis* Saudara mara dari jauh dan dekat semua dtg utk melihat keadaan Abah Rara kesian tengok Abah. Semasa dlm van jenazah, Rara hanya mampu menitiskan airmata dan membaca Yassin sahaja. Tidak bolehkah Rara bergurau senda dgn Abah lg? T____T Mia, sahabat baik Rara, tidak pernah putus memberi semangat pada Rara dan selalu ada disisi Rara. Rara masih terbayang melihat tubuh Abah kaku.

Abah.. Maafkan atas semua kesilapan yang pernah anakmu ini lakukan. Ampunkan seluruh dosa anakmu ini, Abah..! Al-Fatihah

Page 4 of 7« First...23456...Last »