Archive for July, 2008
Jul
open in a new window
Bagaimanakah caranya untuk membuat link dimana apabila seseorang meng”click” pada link tersebut dan akan terus membuka tetingkap baru (open in new window)
Jika anda ingin membuat link…
code berikut
<a href=”http://ur_whatever_weblinks/”>Text</a>
adalah diperlukan…
anda hanya perlu meletakkan code
target=”_blank”
di dalam code link tadi..
contohnya ;
<a href=”http://ur_whatever_weblinks/” target=”_blank”>Text</a>
Oleh itu , saya dengan berbesar hati untuk memberi sekalung tahniah dan credit untuk Fizz kerana telah membantu saya untuk membuat (open in new window) ! ;P
Jul
aktiviti sabtu :)
HAHA , lepas post pasal cara2 nak buat link untuk comment , kita cerita pulak pasal aktiviti saya untuk hari ni . Agak penat ! Haih . Daripada semalam , mama kemas rumah dan hari ni pulak turn untuk kemas bilik saya . Kemas bukan sebab saje2 , HAHA , tapi sebab ada orang nak datang esok ! Esok Pak Itam , pakcik saya akan hantar nenek saya yang telah uzur (tak boleh bangun langsung dah..) ke rumah saya . Sebab tibalah masa untuk mama pulak jaga nenek saya tuh setelah bertahun2 Pak Itam jaga . Takpelah , itu kan tanggungjawab mama jugak . Lagipon boleh la saya berborak2 dengan nenek nanti . Best tau ! Sebab nenek dah nyanyuk . So , dia tak ingat apa2 dah , even anak sendiri pon dia tak kenal :) Kadang2 saya suka main2kan dia . Wakaka :P HAA . Ni adalah wajah bilik saya setelah dikemaskini :DD
Lawa tak ? Atau lagi lawa yang sebelum nih ? Cuba bezakan ! Sebelum ini. Hee . Sila berikan pendapat anda :) Ohhh ! Tadi masa kemas2 tuh , saya peluk teddy bear yang mama hadiahkan sempena birthday saya tahun lepas ! Rindu kat dia ! Dah lama tak peluk dia tau . Dia terpaksa diletakkan di dalam plastik bagi mengelakkan habuk menganggu dia :P Besar teddy bear tuh adalah lagi besar daripada saya . Bayangkan yeh ! Tinggi saya adalah 158cm dan berat saya adalah 39kg :) Teddy bear itu diberi nama “Wiwi” . Ohh sungguh comel dia kan ?

