Jul
aktiviti sabtu :)
HAHA , lepas post pasal cara2 nak buat link untuk comment , kita cerita pulak pasal aktiviti saya untuk hari ni . Agak penat ! Haih . Daripada semalam , mama kemas rumah dan hari ni pulak turn untuk kemas bilik saya . Kemas bukan sebab saje2 , HAHA , tapi sebab ada orang nak datang esok ! Esok Pak Itam , pakcik saya akan hantar nenek saya yang telah uzur (tak boleh bangun langsung dah..) ke rumah saya . Sebab tibalah masa untuk mama pulak jaga nenek saya tuh setelah bertahun2 Pak Itam jaga . Takpelah , itu kan tanggungjawab mama jugak . Lagipon boleh la saya berborak2 dengan nenek nanti . Best tau ! Sebab nenek dah nyanyuk . So , dia tak ingat apa2 dah , even anak sendiri pon dia tak kenal :) Kadang2 saya suka main2kan dia . Wakaka :P HAA . Ni adalah wajah bilik saya setelah dikemaskini :DD
Lawa tak ? Atau lagi lawa yang sebelum nih ? Cuba bezakan ! Sebelum ini. Hee . Sila berikan pendapat anda :) Ohhh ! Tadi masa kemas2 tuh , saya peluk teddy bear yang mama hadiahkan sempena birthday saya tahun lepas ! Rindu kat dia ! Dah lama tak peluk dia tau . Dia terpaksa diletakkan di dalam plastik bagi mengelakkan habuk menganggu dia :P Besar teddy bear tuh adalah lagi besar daripada saya . Bayangkan yeh ! Tinggi saya adalah 158cm dan berat saya adalah 39kg :) Teddy bear itu diberi nama “Wiwi” . Ohh sungguh comel dia kan ?

